Followers

Thursday, March 13, 2014

amalan : zikir "AL-WAHHAB"







"AL-WAHHAB"
Nama Allah yang ke-17

...
Maksud:

The Giver of All, He who donates all blessings to his creatures.
Yang Maha Penganugerah.



mama lynn bukan lah jenis yang pandai dalam agama tetapi bila dapat manfaat ni rasa nak share dengan u all semua. hari ni kakak mama lynn mintak mama lynn amalkan "Ya Wahhab" sebanyak 1000x sehari. kata kakak mama lynn manfaat dari zikir ni sangat-sangat banyak. Al-Wahhab bermaksud "Yang Maha Penganugerah / Maha Pemberi". merupakan yang ke 17 dari Nama Allah. subhanallah... 

mama lynn tahu yang mesti u all semua tahu kan fadhilat amalan zikir ni. sempat jugak la mama lynn buat carian fadhilat zikir ni seperi kat bawah ni. in shaa Allah semoga dengan perkongsian ni kan dapat jadi amalan kita sehari-hari :

1. Menjadi terkaya dan terkenal
Bila membaca YA WAHHAB 300 kali setiap hari atau selepas solat fardhu, insyaAllah anda akan dikurniakan kekayaan, kemakmuran dan kemasyuran. Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca YA WAHHAB 41 kali di sujud terakhir, insyaAllah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.

2. Permintaan dimakbulkan
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan. Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan.

3. Mencari pekerjaan
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab.Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).

4. Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya,kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali.Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

5. Menjauhi kelaparan
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.

6. Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.

p/s : mama lynn bukanlah pandai dalam agama tapi mama lynn impikan menjadi wanita solehah satu hari nanti. in shaa Allah... ++ amalan zikir ni jangan kita niat nak senang dunia je tapi kita niat zikir kita kepada Allah ..


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. thanks sb ingatkan kelebihan utk berzikir dgn nama2 Allah SWT ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah2an semua yg singgah mendapat manfaat

      Delete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar