Followers

Friday, March 28, 2014

Cara Mengerjakan Umrah & Persediaan Diri


sedikit perkongsian berkenaan cara mengerjakan umrah. mama lynn tak rajin nak study dari buku. lagi seronok belajar dari internet. alhamdulillah banyak jugak dapat pengetahuan. cuma kena study lebih untuk setiap rukun, wajib dan sunat. in shaa Allah akan fahami secara mendalam lepas ni.

mudah2an tiada penangguhan hendaknya. kita pun tak jangka ujian yang Allah nak bagi pada setiap hamba Nya. dari laman FB umrah travel yang mama lynn follow ni banyak jugak yang kena tangguh. tu pun atas sebab visa x lulus. tadi da call agen mama lynn dan keluarga. makcik tu inform in shaa Allah 6.4.2014 tu memang tarikh kumpulan kami berlepas. kalau tangguh pun mayb 3 hari lepas tu. takpe la .. berserah pada Allah. 

tak tahu nak gambarkan perasaan hati ni. teruja nak mengerjakan umrah dan menziarahi tanah suci. buat masa ni sedang giat melalukan persediaan untuk ke sana. semalam baru beli barang sikit2. lunch hour ni nak sambung shopping lagi. alah x beli banyak pun. plan nak cari stokin kaki dan sarung lengan. pastu keperluan peribadi lain. 

balik kerja ni nak g umah ajen untuk collect beg dan telekung. alhamdulillah bila dah nak ambil beg tu hint nak ke sana tu dah ada. doakan mama lynn ye. bukan senang kita nak jadi tetamu Allah kan. even mama lynn ni bukan orang yang berkemampuan tapi rezeki nak ke sana tu dah sampai. bersyukur sangat-sangat. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, March 27, 2014

#MH370 sekadar peringatan


ambil iktibar dari kejadian ini
segala KEBURUKAN kita jauhi
segala KEBAIKAN kita dekati
perbaiki diri
in shaa Allah 

DIA nak kita bersatu
kembali ke jalan NYA
sebab...

kita dah terlalu jauh dari DIA

kembali ke jalan ALLAH
kemungkaran sama-sama kita jauhi
ujian #MH370 kan buat kita lebih mendekati DIA

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, March 26, 2014

wordless wednesday



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

cerita duka cerita suka

maafkan mama lynn tiada entri menarik untuk di kongsi beberapa hari ni. masih bersedih dengan peristiwa yang menimpa negara kita. MH370 kan jadi ingatan pada setiap warganegara. masih bersisa perasaan sedih dan sebak dalam hati ini sehinggakan sampai nak tidur pun masih teringat-ingat.


kubur tak bernisan tapi sebarang kemungkinan tak mustahil berlaku kerana sehingga sekarang masih belum ada apa-apa penemuan berkaitan serpihan pesawat. Allah adalah sebaik-baik perancang. kalau benar mereka sudah tiada , bagi yang beragama Islam kita sedekahkan al-fatihah. seribu satu rahsia yang bakal terungkai seandainya kotak hitam berjaya di temui. biarlah ianya menjawab telahan satu dunia. biarlah ianya menjawab tuduhan yang dilemparkan ke atas kru-kru kapal terbang tersebut. 

berbalik kepada entri, pagi-pagi ni mama lynn update lagi senarai peserta "Kisah Dongeng Mama Lynn 2nd Giveaway".  alhamdulillah setelah hampir 12 hari GA mama lynn dilancarkan feedback yang diterima cukup baik. setakat ni dah pun masuk 40 penyertaan dari para blogger. terasa BAHAGIA kejap even mama lynn ni blogger kecil-kecilan. ramai jugak yang mendoakan perjalanan umrah mama lynn nanti dipermudahkan. Ya Allah... tersentuh rasa hati ni. in shaa Allah ahad minggu depan 6.4.2014 mama lynn akan bertolak ke tanah suci. apa pun buat masa sekarang ni mama lynn sedang menanti kelulusan VISA. bab VISA ni la yang mama lynn takuti... bukan senang jugak nak dapat kelulusan VISA. semoga Dia permudahkan niat kami sekeluarga. in shaa ALLAH.

another segmen yang mama lynn anjurkan masih dibuka sehingga 30.3.2014. segmen : sihat bersama SHAKLEE . penyertaan BARU je 12 orang. hahai .. kenapa ye segmen ngan adiah best camni kurang dapat support. jom la sama-sama join. ALFALFA dari shaklee menanti u all. tak nak ke produk kesihatan yang best ni. meh la mama lynn cerita sedikit kebaikan alfalfa.

20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

1.    Merawat gangguan pencernaan
2.    Mengawal kolestrol dalam darah
3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7.    Mengurangkan simptom menopous
8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9.    Merawat masalah sembelit
10.  Menyahkan toksik dalam tubuh
11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13.  Membantu masalah penghadaman
14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17.  Meningkatkan kesihatan prostat
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki

macam mana ? ada berani tak nak join segmen ni? mama lynn cabar u all join ok dan kalau menang tu korang konsider kan jadi testimoni mama lynn. nak tgk berkesan tak bila u all ambil alfalfa ni. BUKAN tipu2 ye... biar jadi bukti buat semua di luar sana. 

eh.... need to stop dulu la. dah masuk time kerja ni. bedak seinci pun tak tempek lagi. ada cerita best nanti mama lynn kongsikan ye. 


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, March 25, 2014

#PRAYFORMH370


[BREAKING NEWS]
UPDATES FROM THE ‪#‎MH370‬ PRESS CONFERENCE
AT PWTC, 24th March 2014, 10PM
By the Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak
...
With deep regret, I have been informed that MH370 ended in the Southern Indian Ocean. A press conference will be held tomorrow with further details.

At the earliest opportunity, we shared this info out of commitment to openness and respect to the families.

Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development.

For them, the past few weeks have been heartbreaking. I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy and allow them the space they need at this very difficult time.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, March 21, 2014

W.A.R.I.S Feat. Dato' Hattan - Gadis Jolobu [Official Music Video]



p/s : mv di kriktik. ape pun lagu ni memang best
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

resepi : koktail buah mudah




pagi ni nak share 1 resepi yang sangat2 mudah untuk u all boleh buat tatkala blur nak hidangkan apa pada jamuan hari jadi atau bila ada tetamu datang ke rumah.

koktail buah mudah

bahan-bahan :
1 tin susu cair
1 tin koktail buah
1 liter air masak
air gula secukupnya
ais

cara-cara :
mix semua bahan di atas di dalam 1 bekas. kalau nak manis boleh tambah gula then kalau terasa manis boleh la tambah air masak. masukkan ais akhir sekali

senang kan + budak2 pun suka cos biasanya koktail buah ni ada pelbagai jenis buah kat dalamnya.  boleh jugak dibancuh ketika u all g picnic atau buat pot luck kat office.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

bila ku kalut di pagi hari




both muka bajet2 gedik + perasan cun dengan bantuan camera360. alkisah ada cerita plak ngan shawl hitam mama lynn ni.  nak dijadikan cerita pagi ni mama lynn dah buat shawl ni berlubang. kalut nak bersiap g kerja punya pasal. sudahnya terpaksa la campak dalam plastik sampah je.

mama lynn memang sangat2 comfort bila mengenakan shawl atau apa-apa jenis tudung yang tak ber awning macam syria tu. dah lama sangat x pakai tudung ada awning. boleh dikatakan semua tudung mama lynn yang berawning kat rumah tu dah selamat dijadikan syria pun.

kena cari jugak sehelai shawl hitam macam ni. walaupun harganya sangat la murah tapi ni jugak la yang menjadi favorite mama lynn. senang nak pakai + match ngan semua baju. kira color yang paling safe la kan.

morale of the story lain kali kalau nak iron baju kena allert la kan ngan heat iron tu. karang x pasal-pasal berlubang baju u all. ni bukan pengalaman pertama mama lynn tapi dah kesekian kalinya repeat the same situation. bukan rezeki diri ni. kena selalu positif.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

done follow semua peserta "Kisah Dongeng Mama Lynn 2nd Giveaway"

pagi ni mama lynn ambil masa kejap untuk follow semua peserta giveaway mama lynn  "Kisah Dongeng Mama Lynn 2nd Giveaway". setakat pukul 8.00 pagi ni peserta dah pun mencapai 30 orang. kira ok la jugak penyertaan dalam masa 7 hari GA dianjurkan. tapi ada gak 1 @ 2 blog mama lynn tak dapat nak follow. tak tau nape susah sangat nak follow. dah try klik tapi tak berjaya lagi.

semalam mama lynn tak sempat nak menulis entri. hari ni tengok la petang-petang sikit. hari ni kat office agak pack jugak cos pagi ni ada metting, mayb selesai tengahari ni. then lunch hour lak da janji ngan BFF nak g lepak kat rumah dia. masuk office nanti la baru ambil mood menulis.

buat semua yang rajin nak bersegmen kat belah kanan u all tu ada 2 stick post berkaitan ngan GA dan segmen yang mama lynn anjurkan. kat situ ada details. rajin-rajinkan diri klik dan join ye.

semak senarai peserta   GA "Kisah Dongeng Mama Lynn 2nd Giveaway" di:


Senarai Peserta "Kisah Dongeng Mama Lynn 2nd Giveaway"


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, March 19, 2014

anak bertuah mama lynn








budak bertuah....lama mama lynn tak tulis entri berkaitan anak-anak mama lynn. NURUL NADIANA NAJWA BINTI ABU YAZLI. kalau nak buat kesimpulan peribadi anak dara sorang ni memang tak tertulis. diana ni anak yang agak aktif . ade je perkara yang dia nak explore. kalau tengok dia main xde dah macam gegirl lain tapi dah macam abgnya pulak.

diana kalau ayah dia nak g kerja comfirm akan desak ayah bawak g meronda dulu. senang je pun nak tackle hati diana di awal pagi. bawak pusing naik van sekejap pun jadi. tak yah tunggu 1 pusingan pun, kalau dah dapat meronda tu dia dah puas hati. boleh la lepaskan ayahnya g kerja dengan tenang. 

kalau berpakaian pulak asyik nak pakai jeans je. anak dara sorang ni memang addict ngan seluar jeans dan tshirt berkolar . diana panggil tshirt tu as kemeja. alahai la anak. kalau g kenduri kawin pun memang xde baju lain dia nak sarung. sesekali tu je la dia nak sarung skirt tak pun baju kurung. sedangkan ikut ayahnya g meronda pagi-pagi tu pun nak pakai jeans ok. kalau tak ikut kehendaknya nanti mulalah memberontak. 

yang paling best budak bertuah ni dia cepat je cool down kan hati mama lynn yang cepat membara ni. suka kiss pipi mak dia ni then akan cakap "adik sayang mak". alahai la anak, hilang terus rasa marah. orang kata bab membodek tu nombor satu. tu belum lagi kalau dia peluk kita. touching je hati ni. mungkin juga sebab buat masa ni dia yang bongsu tu manja sikit. tak tahu la kalau2 akan ada adik nanti macam mana pulak ragam kak ngah diana ni kan.

diana ni pantang tau kalau tengok orang tengah makan. comfirm dia nak makan jugak walaupun dia sebenarnya dah pun makan. kalau kat rumah tu mama lynn atau mamanya nak makan mesti diana nak tumpang sekaki. mama lynn rasa happy tengok diana makan. cara dia suap nasi ke mulut ..alahai comel sangat la adik. tapi yang peliknya walaupun diana kuat makan tetap jugak tak gemuk2. mungkin diana ikut metabolisma mamanya kalau ikut mak dia ni memang tembam la diana sekarang.

sebagai mak , mama lynn harapkan diana membesar menjadi anak yang solehah dan pintar. kadang2 memang susah nak fahami rentak anak-anak kecil ni. mama lynn akui mama lynn cepat juga marah-marah tapi takde la sampai nak naik tangan. kalau da geram tu tangankan manja-manja je. selalu set dalam mind ni dia budak2 lagi. sape tahu kan satu hari nanti diana kan jadi anak yang menyenangkan hati ibubapa. in shaa Allah.budak-budak ni kita kena faham jugak kenapa dia bersikap demikian dan tak boleh la kita nak jatuhkan hukuman semata-mata. anak ni pun pinjaman dari Allah untuk kita , jadi hargailah dan didiklah dia sebaiknya.



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Panduan Solat Sunat Dhuha

panduan mengerjakan solat dhuha





♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

penangan enti GA buat stat naik mencanak



kalau ikutkan blog mama lynn ni suam-suam kuku pengunjungnya tapi dalam seminggu ni sambutan terhadap entri yang satu ni sangat-sangat menggalakkan. mungkin angkanya tak la sebanyak mana tapi dah cukup buat mama lynn tersenyum dan gembira.

sebagai blogger memang menjadi idaman setiap entri yang dihasilkan mendapat perhatian umum. tak sangka pulak impact dari GA mama lynn ni besar rupanya even yang join GA tu belum cecah 50 orang. sedar tak sedar rupanya penganjuran GA atau segmen membantu stats di blog kita meningkat. lepas ni boleh la mama lynn fikirkan GA dan segmen lain pulak disamping memantapkan hasil penulisan. 

pada yang berminat nak menang hadiah misteri dari mama lynn boleh la singgah SINI untuk penyertaan ye. tarikh tamat GA ada lebih kurang 3 minggu ++ lagi. ape pun terima kasih buat semua supporter. sekarang mood blog walking mama lynn pun dah membuak-buak...

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe



hari ni mood mama lynn untuk blogwalking dan join segmen la pulak. terjumpa segmen yang best + kebetulan mama lynn memang xde power bank lagi. mana la tahu kalau2 ada rezeki kan. u all yang berminat boleh je klik banner untuk penyertaan. wish me luck. in shaa Allah

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

segmen : sihat bersama SHAKLEE (TEMPOH SEGMEN DILANJUTKAN)



MOHON PERHATIAN !!!

memandangkan penyertaan segmen ; sihat bersama SHAKLEE kurang mendapat sambutan bila hanya 7 peserta je yang turut serta dan due segmen akan tamat pada esok hari (20.3.2014), mama lynn hari ini dengan rasa berbesar hati membuat makluman yang segmen ini akan DILANJUTKAN SEHINGGA 30 MAC 2014.

eh korang tak nak menang ALFALFA dari SHAKLEE ke ? syarat-syarat penyertaan pun tak la susah mana. rugi la kan kalau peluang dapat produk kesihatan ni dilepaskan begitu sahaja. kalau u all tak nak guna produk tu boleh je dijadikan hadiah buat yang tersayang.

pada yang nak join ..... jom cepat2 ambil bahagian. SLOGAN yang terbaik akan diumumkan sebagai pemenang. 

klik SINI untuk menyertai


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, March 18, 2014

macam nak join business SHAKLEE je

kalau u all nak tahu segmen : sihat bersama SHAKLEE yang mama lynn anjurkan tu telah mendapat tajaan dari kakak mama lynn . kakak mama lynn merupakan salah seorang agen SHAKLEE yang sah. bila melihat pencapaian kakak dalam 4 bulan mama lynn bagaikan dah terpesona dengan aura SHAKLEE . manakan tidak , keberkesanan produk dan juga sangat BERBALOI-BALOI kalau jadi pengedar ni.

terasa macam nak jadi pengedar sah jugak. sebelum ni kakak mama lynn offer nak sponsor keahlian tapi mama lynn pulak jual mahal. agak2 kalau gedik2 sikit pujuk kakak dapat tak keahlian percuma tu ? memang best la kan jadi pengedar atas dasar suka-suka boleh jana extra income. dari cubaan bulan pertama 2 angka sekarang da capai 3 angka dan hint nak capai 4 angka tu macam dah nampak. isshh rugi la kan kalau sekadar jadi pengguna je. asyik duk promo tapi x jadi ahli rugi la kan.

u all kalau berminat nak join pun boleh la pm kakak mama lynn kat facebook beliau. kalau nak shopping produk kesihatan SHAKLEE pun boleh. in shaa Allah keberkesanan produk tak jadi pertikaian dah. memang tip top. kalau tak takde la abah mama lynn repeat VIVIX . dah nak masuk botol ketiga dah.

mama lynn in shaa Allah memang nak turut serta sebagai pengedar sah tapi tunggu kembalinya dari menunaikan umrah nanti. kalau sekarang bajet tak berapa nak cukup untuk register keahlian. tapi kalau orang nak sponsor sekarang pun boleh sign in as pengedar sah (free sape x nak kan).


Hana Kamarul  017-2100247


SHAKLEE ni disamping kita guna sambil-sambil tu boleh la kita jana pendapatan tambahan. mana tahu kalau-kalau ianya dapat membantu u all. lagipun bila produknya bagus memang customer akan sentiasa demand dan repeat order. jangan lepaskan peluang ni.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, March 17, 2014

Double "segmen" dan "GIVEAWAY" dari mama lynn

dah cuba macam-macam segmen dan GA tapi takde rezeki lagi nak menang. jom cuba join segmen dan GA yang mama lynn anjurkan. masih ada masa lagi untuk u all turut serta + hadiah yang menanti sangat berbaloi untuk kesihatan anda dan in shaa Allah ada manfaatnya.

KLIK banner untuk penyertaan

Tamat Pada 20.3.2014

Tamat Pada 15.4.2014
 



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, March 14, 2014

"Nazirahnyerr miniGA sempena 3rd Anniversary"

klik BANNER ye kalau nak join

hari ni terlebih rajin nak blog walking. terjumpa pulak mini GA yang best ni, saja2 la cuba2 nasib. mana tahu ada rezeki. u all tak nak join ke ? ada 3 hari lagi tau sebelum penyertaan tamat. wish me luck..

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Are You A Smoov Operator?



p/s : terasa terhibur dengan iklan daripada nescafe ni. jarang-jarang konsep sebegini digunakan di malaysia.
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Kelebihan Membaca Surah Al-Khafi Pada Hari Jumaat



( H.R Baihaqi) : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya.”

(HR Hakim 3349) : “Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat.”

(HR Ahmad) : Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:

“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”

(HR Ibnu Katsir) : Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”

(Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243) : Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’.
Imam Ahmad berkata yang daripada Abi Darda’ ra. yakni daripada Nabi saw, Baginda SAW bersabda:
“ sesiapa yang menghafaz 10 ayat permulaan surah Al-Kahf maka terhindar daripada dajjal”
dan
Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’ ra. bahawa Nabi saw bersabda : “sesiapa yang membaca 10 ayat akhir daripada surah al Al-Kahf maka terhindarlah ia daripada fitnah dajjal.”


KREDIT
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

PRODUK FROZEN : TEMPAHAN DIBUKA SEPANJANG MINGGU




TEMPAHAN produk frozen dibuka sepanjang minggu. SEDAP dan dijual dengan harga yang sangat-sangat berpatutan. berminat hubungi Lynn Kamarul 011-11646607

SENARAI HARGA:
karipap pusing inti kentang : RM4.00 / pack
karipap pusing inti ayam / daging / sardine : RM5.00 / pack
cucur badak : RM4.00 / pack
sardine roll : RM4.00 / pack

samosa ayam : RM4.00 / pack
donut : RM3.00 / pack

*** 1 pack = 10 biji

  • penghantaran disediakan di sekitar pekan kapar, pekan meru, pusat bandar klang dan pusat bandar shah alam serta kawasan terdekat
  • TEMPAHAN juga dibuka untuk siap goreng untuk majlis kenduri dll. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

"Kisah Dongeng Mama Lynn 2nd Giveaway"




sekian lama tak  buat apa-apa giveaway, ekceli sepanjang mama lynn ber "blog" ni baru sekali je mama lynn anjurkan giveaway a.k.a GA. hari ni rasa berbesar hati nak anjurkan 2nd giveaway untuk rakan-rakan blogger. mana tahu dengan penganjuran GA ni mama lynn kan lebih rajin nak review blog orang. memandangkan M besar selalu je datang , ngan cara buat GA ni la nak buat diri ni rajin sikit.

mama lynn akan sentiasa promote GA ni dari masa ke semasa cos target mama lynn biarlah tempoh penyertaannya panjang sikit. wahh sebulan tu. jangan cakap u alls tak sempat nak join ye. in shaa Allah penyertaan peserta mama lynn akan update by 31 mac ni. then the full updated akan mama lynn buat 21 april 2014. kenapa lama sangat nak tunggu full updated  untuk senarai peserta ? in shaa Allah 6 - 18 april ni mama lynn akan menunaikan ibadah umrah so sepanjang tempoh tu mama lynn memang takkan ber "blog". nak kena bagi full attention pada ibadah umrah. ambil masa sikit la ye. bagi masa kat u alls jugak untuk join. 

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
  • Warganegara Malaysia 
  •  Mempunyai blog  sendiri
  •  Buat satu entry bertajuk "Kisah Dongeng Mama Lynn 2nd Giveaway".  
  •  Letak banner di atas kat penyertaan u alls (make sure link kan dengan entri ni)
  •  Tinggalkan link entri penyertaan korang di ruangan komen entri ni.
  • Giveaway bermula dari 15 Mac 2014 - 15 April 2014

HADIAH :

bab hadiah ni mesti korang demand yang best-best kan.blogger kecil-kecilan ni tak mampu nak sediakan hadiah mahal-mahal. boleh tak kalau hadiahnya mama lynn bagi surprise sikit. in shaa Allah mama lynn nak cari hadiah tu kat tanah suci. mana tahu bermanfaat untuk kalian semua. in shaa Allah.

"SEMOGA BERJAYA YE. IN SHAA ALLAH MAMA LYNN AKAN SEDIAKAN 5 HADIAH UNTUK KAWAN-KAWAN BLOGGER SEMUA. JANGAN LUPA WAR-WARKAN PADA RAKAN-RAKAN BLOGGER YANG LAIN MENGENAI GIVEAWAY MAMA LYNN NI. "

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, March 13, 2014

amalan : zikir "AL-WAHHAB"







"AL-WAHHAB"
Nama Allah yang ke-17

...
Maksud:

The Giver of All, He who donates all blessings to his creatures.
Yang Maha Penganugerah.



mama lynn bukan lah jenis yang pandai dalam agama tetapi bila dapat manfaat ni rasa nak share dengan u all semua. hari ni kakak mama lynn mintak mama lynn amalkan "Ya Wahhab" sebanyak 1000x sehari. kata kakak mama lynn manfaat dari zikir ni sangat-sangat banyak. Al-Wahhab bermaksud "Yang Maha Penganugerah / Maha Pemberi". merupakan yang ke 17 dari Nama Allah. subhanallah... 

mama lynn tahu yang mesti u all semua tahu kan fadhilat amalan zikir ni. sempat jugak la mama lynn buat carian fadhilat zikir ni seperi kat bawah ni. in shaa Allah semoga dengan perkongsian ni kan dapat jadi amalan kita sehari-hari :

1. Menjadi terkaya dan terkenal
Bila membaca YA WAHHAB 300 kali setiap hari atau selepas solat fardhu, insyaAllah anda akan dikurniakan kekayaan, kemakmuran dan kemasyuran. Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca YA WAHHAB 41 kali di sujud terakhir, insyaAllah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.

2. Permintaan dimakbulkan
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan. Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan.

3. Mencari pekerjaan
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab.Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).

4. Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya,kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali.Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

5. Menjauhi kelaparan
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.

6. Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.

p/s : mama lynn bukanlah pandai dalam agama tapi mama lynn impikan menjadi wanita solehah satu hari nanti. in shaa Allah... ++ amalan zikir ni jangan kita niat nak senang dunia je tapi kita niat zikir kita kepada Allah ..


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

segmen : sihat bersama SHAKLEE


syukur ke hadrat Allah , hari ni mama lynn akan melancarkan segmen : sihat bersama SHAKLEE. ekceli GIVEAWAY dari mama lynn akan bermula pada 15.3.2014  (jangan lepaskan peluang menang hadiah best) . apapun, setelah berbincang 2 hala bersama sponsor maka tercetuslah idea untuk menghasilkan segmen ni. kira dalam minggu ni mama lynn create 1 segmen dan 1 giveaway. sedikit sebanyak dengan segmen ni dapatlah kita semua berkongsi sedikit pengetahuan mengenai produk kesihatan SHAKLEE.




SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Warganegara Malaysia
2. Mempunyai blog sendiri
3. Buat entri bertajuk  "segmen : sihat bersama SHAKLEE "
4. Letak banner di atas dan link kan dengan entri ini.
5. Like page FB Vitamin keluarga shakle'e  
 +++ make sure u all letak link fb korang ye. senang mama lynn nak semak betul ke u all dah like
6. Lengkapkan  slogan ni " Saya sukakan produk shaklee kerana......... " (tidak lebih 15 patah perkataan)
7. Tinggalkan link entri penyertaan di ruangan komen entri ini. 
8. Penyertaan dibuka mulai 13.3.2014 hingga 20.3.2014 (seminggu je) 



amacam senang tak syarat-syarat penyertaan segmen ni ? tak susah mana pun. agak2 kalau malas nak taip entri u all boleh copy paste je entri mama lynn ni. at least ada gak effort nak menang hadiah kan ++ hadiahnya produk kesihatan yang memang the best .


 hadiah yang best untuk segmen ni adalah....................





tapi bukan botol besar tau .. korang akan dapat yang botol depan tu. stok untuk SEBULAN. dalam tu ada 330 biji. tak ke best hadiah segmen ni. tak rugi pun kalau korang nak join. mama lynn akan pilih 1 pemenang berdasarkan SLOGAN yang terbaik.


mama lynn nak wish gud luck untuk semua yang bakal menyertai segmen ni. in shaa Allah by isnin (17.3.2014) ni mama lynn akan update senarai peserta. sape kata join segmen ni merugikan. sekadar buat entri dapat hadiah yang best macam ni. 



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

sekadar menghormati MH370

kenapa mama lynn malas sangat nak tulis entri dalam minggu ni ? kalau ikutkan hati macam-macam mama lynn nak tulis tapi mood menulis tu tak datang. mama lynn sekadar menghormati kehilangan pesawat MH370. jangan minta mama lynn ulas berita semasa berkenaan misteri kehilangan tersebut. mama lynn tak pandai nak ulas ++ mama lynn tak nak tambah apa-apa lagi spekulasi. biarlah di pihak media sahaja yang bercerita. mungkin blogger-blogger lain ada updated berita terkini tentang isu tersebut tapi mama lynn memang tak mahu. bukan bermaksud tak ambil tahu cuma tak nak menyampaikan sesuatu yang tidak sahih.

mama lynn tetap ada hati dan perasaan. masih ambil kisah hati-hati insan yang terkesan dengan kehilangan pesawat MH370. kita sendiri tak dapat nak tanggung apa yang ahli keluarga yang terlibat rasakan. sebak.... SEBAK sangat-sangat bila memikirkan nasib mereka. semoga ALLAH SWT memberikan petunjuk. segala-galanya di atas ke hendak Nya.


alhamdulillah mama lynn respect dengan ERA.fm. sepanjang minggu ni mereka cukup-cukup menghormati situasi tersebut. tak putus-putus bacaan doa di mainkan. walaupun ianya sekadar rakaman, bila ramai yang meng"amin" kan in shaa Allah doa kita semua sampai pada DIA. sama-sama kita terus berdoa dan jangan berhenti untuk mencari. in shaa Allah dengan izin Nya MH370 kan kembali kepada kita semua.




♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

jerebu meruncing

Paparan IPU dari 6.00am hingga 8.00am pada 13-03-2014
hari ni 2nd day mama lynn kena drop adik kat kg pandan. ekceli drop kat rumah besan mak mama lynn. adik perempuan mama lynn yang bekerja di pejabat serahan klang selatan (POS MALAYSIA) kebiasaannya pergi kerja bersama kakak iparnya (adik ipar mama lynn ).adik ipar mama lynn bekerja di pejabat pos , pandamaran. memandangkan adik ipar mama lynn tidur kat rumah mak dia sepanjang minggu ni so kena la buat extra kerja plak as driver. pagi2 kul 5.40 pg mama lynn dah keluar rumah then jemput mak ngan adik. mula2 drop adik kat kg pandan then bergegas drop mak kat hospital klang. macam pagi ni terawal jugak la keluar. sampai hospital 6.20++ . lepas drop mak, mama lynn bergegas ke tempat kerja pulak. as usual singgah solat subuh kat tol sg rasau,klang.

berbalik kepada tajuk entri hari ni berkaitan "jerebu" , pagi ni jerebu agak ketara teruk jugak. mama lynn yang memandu ke tempat kerja pun terkena tempiasnya jugak. konon2 pasang aircond x bukak tingkap takde la terhidu asap jerebu. sesak nafas kejap dibuatnya. nak drive pun kena lebih berhati-hati memandangkan pemandangan agak terhad.

pagi ni sempat bukan laman web jabatan alam sekitar. bacaan ipu pagi ni dari pukul 6 pagi hingga 8 pagi adalah seperti gambar di atas. bacaan agak tidak sihat untuk penduduk di sekitar banting, kuala selangor, pelabuhan klang, petaling jaya dan shah alam. 

masa turun ke kafe untuk beli breakfast pagi ni, mama lynn terasa yang jerebu tu terkesan di ruang basement parking. rasa tak selesa sangat untuk bernafas. nampak gaya tiada perancangan untuk keluar ke mana-mana tengahari ni. memandangkan mama lynn agak alah pada cuaca sebegini prefer lepak kat office je la. karang batuk dan semput susahkan orang lain pulak. 

hope cuaca jerebu ni akan beransur pulih secepat mungkin. teringat masa mama lynn ke kursus umrah sabtu lepas, area kg johan setia agak kritikal jugak jerebunya. yang penting banyakkan minum air masak + pakai mask kalau ada aktiviti luar. mencegah lebih baik dari mengubati.

di antara gambar-gambar cuaca jerebu dari FB kenalan mama lynn 



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, March 11, 2014

merenung erti kehidupan

hidup ini suatu pengajaran
kadang2 kita buat salah dan kita berusaha untuk perbetulkannya
tapi kadang2 kita buat salah tapi kita mengabaikannya

hidup ini suatu cabaran
kadang2 kita berusaha untuk menjayakannya
tapi kadang2 kita biarkan hari2 berlalu tanpa ada apa2

hidup kita ada keikhlasan
kadang2 kita buat semua perkara dengan jujur
tapi kadang2 kita buat kerana terpaksa

hidup ini suatu kepuasan
kadang2 kita gembira dengan pencapaian diri kita
tapi kadang2 pencapaian kita tak pernah membuat kita suka

hiduplah kita dengan apa pun jua cara kita
tanpa kita lupa yang hidup ini suatu persinggahan
tak kan ada yang kekal buat diri kita
selain 3 perkara

hiduplah kita dengan bahagia
tanpa kita lupa ada yang meratap hiba
kerana bahagia kita bukan untuk diri kita semata2
tapi melihat orang bahagia kita kan turut bahagia

11.3.2014 , 12.22pm
:: merenung erti kehidupan ::
kata hati AKU

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

pray for MH370



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, March 5, 2014

Tuesday, March 4, 2014

tempahan produk frozen dibuka sepanjang minggu


"karipap pusing" inti ayam / daging / sardin : rm5.00 / pack.  inti kentang : rm4.00/ pack

cucur badak frozen : rm4.00 / pack
sardin roll : rm4.00 / pack




samosa ayam : rm4.00 / pack


donut : rm3.00 / pack

tak sempat nak masak breakfast dan prepare minum petang ?
jangan risau... PRODUK FROZEN lah penyelesaiannya..
keluarkan dari fridge than goreng. tak payah nak ke kedai dah.
boleh di masak bila2 sahaja. 

*** 1 pack ada 10 biji

++ produk frozen mama lynn memang takde additional bahan pengawet ye. yang paling penting cara u alls simpan untuk mengekalkan rasa dan ketahanan produk.

in shaa Allah sekali rasa pasti nak lagi. ramai sangat customer yang repeat order produk frozen kami dan dah jadi regular customer pun. jom cepat2 oder by msg @ call 011-11646607


++ COD di sekitar pusat bandar shah alam , pusat bandar klang, kapar , meru dan kawasan2 sekitar yang terdekat. tempahan untuk kenduri pun mama lynn ambil cuma kalau lebih dari 300 biji kena bayar deposit dulu.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar