Followers

Wednesday, February 12, 2014

wedding pak mie & pak man


alkisah baru nak share cerita mama lynn balik KEDAH awal bulan aritu, ekceli 2 hb lepas pak long en suami telah mengadakan reception wedding untuk kedua anak lelakinya serentak. kira majlis sambut menantu la ni. majlis diadakan di kg iboi, kupang yang terletak di daerah baling. mama lynn sejak 1hb tu memang dah berkampung kat situ. sehari sebelum tu majlis di rumah pengantin perempuan di sungai petani (adik a.k.a pak mie. abang nye majlis dibuat 2 bulan sebelum tu).

apa yang menariknya kedua beradik ni merupakan tentera. mama lynn tak ingat tentera darat ke udara, yang pasti both dalam kerjaya yang sama. mempelai x bersanding pun. sekadar makan beradab je. bila da buat serentak macam ni jemputan memang ramai sangat. mama lynn tak sempat pun nak bergambar dengan pengantin. maklumlah ramai sangat peminat + mama lynn sendiri x berapa sihat. so sekadar ambil gambar kedua pasang pengantin je la.

menu kenduri kalau kat kampung mestilah daging. warggghh yang ni mama lynn sedih sikit la cos da terbiasa makan ayam. hehe tapi daging pun sedap. menu-menu kampung memang membangkit selera. ulam -ulam dan sambal belacan pun ada jugak di samping acar buah. even tak sihat pun makan tetap makan.

mama lynn memang suka sangat kalau dapat balik kupang ni, kat sini view memang sangat-sangat cantik. sawah padi pun ada kat sebelah rumah pak long. paling best sempat jugak la beli kopi kampung. buat stok kat rumah sebulan dua ni. kopi kampung ni memang sangat sedap. sepupu mak mertua mama lynn yang buat sendiri. home made memang puas hati. pergghhh sekali rasa memang terangkat.

++ paling best both pengantin perempuan namanya sama. norhafizah. hehe jenuh la nak panggil kalau dapat menantu nama sama ni. so lagi senang panggil fiza pak man dan fiza pak mie. ape pun semoga rumahtangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.  




pak mie & isteri

pak man & isteri

majlis makan beradab



** yang ni pulak ainur damia. anak saudara en suami. alahai comel betul anak menakan mak lang ni. geram pulak mak lang tengok. rasa nak geget-geget je. ainur ni lain sangat rupanya dari abang dan kakaknya. menghitung hari bila lagi dapat balik KEDAH. suka sangat kalau balik sana. meriah cos anak menakan memang ramai kalau nak compare ngan belah mama lynn. MAK LANG rindu damia !!!!





♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

1 pesanan kasih sayang:

  1. Minta maaf korang semua, saya bukan spammer, just cuba nak cari rezeki lebey, taraf hidup da makin naik, pendapatan ayah RM150 sahaja sebulan, saya ada 11 adik beradik, tgh cuba benda baru ni, kalo menjadi, semoga dpt membantu keluarga saya.

    Easy get money, just register will get 25dolar, try it now :)
    Mari buat duit mudah saja, mula2 register dah dapat 25dolar, cuba la

    Click atau copy link di bawah ini
    http://stayreward.com/index.php?share=114766

    My Blog
    http://gsiym.blogspot.com/2014/02/cara-buat-duit-paling-mudah-dari-rumah.html

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar