Followers

Monday, February 24, 2014

simpan rahsia diri sendiri

kadang-kadang bila kita tersinggung cepat2 je ke notify di laman sosial. tiada lagi rahsia sehinggakan orang luar sendiri tahu apa yang terjadi dalam kehidupan kita sehar-hari. kalau yang dah berumahtangga tu pulak seolah-olah kita menjaja cerita rumahtangga di mata orang lain. tak lagi kita menjaga maruah pasangan kita.

tu lah kelemahan kita dalam menggunakan laman sosial. kita tak melihat perkara-perkara ini akan memudaratkan diri kita di kemudian hari. kita tak nampak apa yang kita tulis itu mungkin akan menyinggung hati mana-mana pihak.

mama lynn sendiri kadang-kadang tersilap langkah. ada kalanya bila mama lynn terasa hati cepat-cepat mama lynn berkongsi di laman sosial. bila fikir-fikir balik rasa macam budak-budak pun ada. adakah tulisan kita tu kita memberi harapan yang insan yang menyakiti hati kita tu notice dan akan say sorry? kalau ada beruntunglah tapi kalau yang memang takde kaitan ngan kita memang takde faedah pun.


kita ni kadang-kadang terlupa yang tulisan kita tu nanti akan juga menjadi punca cakap-cakap orang di belakang. bila orang mengata mulalah kita gelabah sedangkan kita yang membuka ruang untuk orang bercerita yang tak baik tentang diri kita.

sebaik-baiknya kongsikan yang baik-baik sahaja yang boleh juga menjadi motivasi kepada orang lain. kalau dah tak boleh nak tahan diri sekalipun kongsikan cerita-cerita gembira tentang diri. yang tak best tu biarlah jadi rahsia diri u alls. hidup kita bukan untuk di jaja. kadang-kadang kita kena hargai nilai privacy dalam kehidupan kita. jaga nama baik pasangan kita, in shaa Allah kalau u all gaduh pun x lama mana. jangan sampai kerana sedih dan amarah diri perbalahan pulak yang terjadi.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

3 pesanan kasih sayang:

  1. Assalamualaikum kak, nice entri... sheila pun sejak nikah memang takda nak update status sangat... amik comman je, yang personal simpan sendiri ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup ..betul tu. seeloknya mcm tu la kan. walau ape pun tekanan yg kt hadapi xyah nak share ..nnt dr rahsia 1 dunia boleh tahu

      Delete
  2. Btl..kena berhati2 bila guna laman sosial ni...kena kawal emosi

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar