Followers

Friday, February 14, 2014

review cerita anak-anak : afif fikri









mama lynn ada special review untuk anak-anak saudara mama lynn dan anak-anak mama lynn. mama lynn akan buat by turn. mama lynn akan mulakan 1st review ni dengan cerita tentang anak sulung adik lelaki mama lynn, "afif fikri bin ahmad firdaus". tahun ni umur afif kan mencecah 5 tahun.

day by day melihat afif membesar. rasanya itulah saat yang membuatkan hati mama lynn tersentuh. how close both of us till rite now... walaupun hakikatnya mama lynn ni hanya mak ngah afif tapi since afif kecik gelaran mak ngah tu tak pernah kedengaran. same goes to abg aqeel dan aiman faliq. anak-anak saudara mama lynn panggil mama lynn "mama".....dan itu lah datangnya nick name kat blog ni. "mama lynn". untuk makcik2 diorang yang lain pun sama. ada nick masing2. ada ayong, kakak , mummy & maksu. ayong ngan maksu tu je la maintain old skool , yang lain bajet2 mude sangat.

teringat sewaktu kelahiran afif fikri. 29.10.2009. afif dilahirkan secara pembedahan. ada kisah disebalik pembedahan tersebut. malam sebelum afif lahir ke dunia perut ibu afif (siti razdiah merangkap adik ipar mama lynn ) memulas-mulas. disebabkan terlampau sakit adik lelaki mama lynn membawanya ke hospital.  setelah pemeriksaan dilakukan siti disyaki mengalami simptom appendix. doktor mencadangkan pembedahan dilakukan segera untuk membuang appendix. bila pembedahan membuang appendix dilakukan boleh plak doktor salah membuat andaian. adik ipar mama lynn takde appendix pun. nak tak nak pembedahan dilakukan untuk adik ipar bersalin awal. kenapa ?? mama lynn pun x berapa jelas sebabnya. mungkin takut baby lemas kot. afif lahir di usia kandungan ibunya 8 bulan ++. kiranya afif lahir tak cukup bulan la.

masa ni family mama lynn agak kecewa dengan pihak hospital. tapi mungkin dah ketentuan Allah.. kasihan kat adik ipar mama lynn kena tanggung sakit macam tu. padahal perut dia memulas tu sebab keracunan makanan. lama jugak adik ipar kena stay kat hospital. permulaan tu memang agak kritikal jugak la. mujur la mak mama lynn bekerja di hospital tersebut. mak memang sentiasa memantau keadaan adik ipar.  nak dijadikan cerita, sepanjang tempoh berpantang tu luka kat perut adik ipar terbukak sedikit. masa ni memang ujian sakit Allah berikan pada siti. alhamdulillah berbulan-bulan akhirnya siti kembali sihat.

kembali cerita tentang afif, dia memang anak yang bijak dan pintar. satu perkara yang kadang-kadang buat orang sekeliling pening afif terlalu banyak soalan. kadang-kadang soalan afif tak mampu kita nak jawab. biasanya mama lynn layankan je kerenah afif. mama lynn percaya , one day afif akan jadi anak yang pintar dalam pelajaran. ada cara menangani anak-anak yang terlalu banyak bertanya. 

rapatnya mama lynn dengan afif memang macam anak kandung. dari kecil sikit-sikit cari mama. ahli keluarga lain pun dah sedia maklum. sekarang ni pun kalau datang main ngan anak-anak kat rumah , bila time kena balik afif akan memprotes. menangis-nangis dia tak nak balik. sampaikan abah mama lynn bising tak bagi afif datang rumah mama dia ni cos nanti tak dapat nak spend time ngan cucu.

yang best dan behavenya afif ni bila dia x pandai bermewah-mewah macam kanak-kanak lain. afif tak pandai nak demand itu ini. dia memang tak dibiasakan dengan permainan yang macam-macam. apatah lagi figura-figura superhero kegemaran kanak-kanak lain. yang ni mama lynn memang respect. sebagai ibu saudara mama lynn pun memang jarang memanjakan afif dengan permainan..tapi kalau attention memang mama lynn kan berikan. 

mama lynn mahu afif membesar menjadi anak yang soleh dan pintar yang boleh jadi kebanggaan ibu dan ayahnya. moga afif kan membahagiakan kedua orang tuanya. mama lynn bukanlah nak kata diantara semua mama lynn melebihkan afif cuma afif ada keistimewaan dia yang tersendiri. mama lynn pun tak tahu nak describe macam mana. cuma kalau terpukul dia memang mama lynn akan rasa menyesal sangat-sangat. no ones know apa yang bermain diminda anak-anak. di usia ni dia sekadar mahukan perhatian dan belaian.

panjang sangat kisah afif ni. tengoklah if takde apa-apa plan boleh la afif tidur rumah mama dia weekend ni. at least bila duduk rumah mama lynn berkawan jugak la afif dengan diana dan zahir. in shaa Allah next review tentang muhammad aqeel azraei bin amir hussin pulak merangkap anak kesayangan kakak mama lynn. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar