Followers

Thursday, February 27, 2014

menghitung detik

tak sabar rasanya. itu ungkapan ikhlas dari dalam hati ini. tak sabar nak ke mana ? in shaa Allah jika tiada aral mama lynn dan keluarga akan menunaikan ibadah umrah pada 9 hingga 21 april 2014. mudah-mudahan urusan nak ke tanah suci dipermudahkan. itulah impian setiap orang Islam kan.

esok mama lynn akan menyelesaikan urusan pengesahan dokumen di wisma putra. susah jugak prosedur yang ditetapkan sekarang ni. dokumen pengenalan diri seperti surat beranak dan sijil nikah perlu mendapatkan pengesahan dari wisma putra selain JPN. tak sure pulak kenapa kena uruskan sendiri. rasanya biasanya umrah agency yang patut buat tapi tak apalah. sedikit pengorbanan perlu dilakukan untuk ke tempat idaman.

alhamdulillah duit yang mama lynn simpan untuk bayar pakej pun dah cukup. tu pun bersyukur sangat-sangat cos abah mama lynn sponsor lebih dari separuh kos umrah. tinggal jelaskan baki dan prepare duit belanja kat sana nanti je. mama lynn takde banyak saving tapi berkat kesungguhan dan doa pada Nya , dapat jugak mama lynn sediakan dalam tempoh yang singkat. 2-3 bulan ni memang mama lynn terpaksa menahan diri dari berbelanja. in shaa Allah ada hikmahnya. yang penting kesungguhan nak ke tanah suci. 

mama lynn kadang-kadang risau dengan persediaan diri. kita pun sedia maklum yang kalau nak ke sana kita kena rajin banyakkan ibadah. ya mama lynn masih culas-culas. moga Allah memberikan kesungguhan kepada diri ini untuk beribadah. in shaa Allah mama lynn bajet gaji bulan Mac nanti baru nak cari pakaian yang lebih sesuai untuk ke sana. bila bukak almari tengok pakaian yang ada terasa jahilnya diri ni. banyak lagi yang terkurang dalam diri untuk menjadi wanita solehah.

mama lynn mohon doa dari semua agar segala prosedur dipermudahkan. in shaa Allah.. pada yang berkemampuan tu, jangan tunggu datang seru. dah ada duit tu terus je la daftar untuk umrah. tak sabar nak berada di depan kaabah. hanya Allah sahaja yang tahu rahsia hati ini. kita semua insan terpilih sebab kita yang memilih untuk dipilih. in shaa Allah.. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

10 pesanan kasih sayang:

  1. semoga selamat pergi and balik,selamat mengerjakan umrah :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak, semoga dipermudahkan urusan kamu kak. sheila nak kirim doa boleh? Doakan sheila selamat bersalin dan dimurahkan rezeki menyusu anak.. terima kasih banyak kak lynn. sheila doakan kamu dikurniakan zuriat.. doa depan kaabah dengan penuh tulus ya. in shaa Allah, Allah mendengar ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. shiela.. in shaa Allah. nnt klu nak kirim doa msg kat akak ye. 011-11646607. tp da dkat2 date tu br msg.. takut akak lupa la plak.

      Delete
    2. ok kak, sheila dah whatsapp akak tu. hehee ~~~

      Delete
    3. akak nye whatsapp da x ley pakai buat sementara waktu ni. nnt shiela msg balik ye... hp akak just boleh msg n call shj

      Delete
  3. Semoga dipermudahkan niat kita ni..amin

    ReplyDelete
  4. tahniah mama lyn,,smoge dpemudahkan urusan disini dan disana ya=) doakan saye pula lepasni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ... in shaa Allah sy doakan satu hari nnt hasrat awk tertunai. amin

      Delete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar