Followers

Friday, February 14, 2014

cubit peha kanan peha kiri terasa

u alls tahu tak pengertian "cubit peha kanan peha kiri terasa". pengertian dari Wikipedia adalah  "Jika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga. " tetapi yang mama lynn  fahami adalah bila ahli keluarga kita berasa susah , kita pun kan merasa tempiasnya jugak. macam tu jugak la bila ahli keluarga kita merasa sedih, kita pun kan turut bersedih.

abaikan saja taksirannya.... bagi mama lynn hidup atas dunia ni tak boleh nak pentingkan diri sendiri. ikatan saudara sangat-sangat penting. lagi-lagi perkara yang melibatkan adik beradik dan keluarga. katalah adik-beradik kita dalam kesusahan. tergamakkah kita melihat mereka menempuhnya sendiri. adalah KEJAM kalau kita boleh tidur lena, tetapi ahli keluarga kita yang lain tak lena tidur memikirkan masalah dalam kehidupan.adalah tidak adil untuk kita makan sedap-sedap tetapi ahli keluarga kita yang lain entah makan entahkan tidak. lauk apalah yang menjadi santapan hariannya.

mama lynn tak rasa bantuan tu atas material semata-mata. percaya atau tidak kuasa DOA lebih besar maknanya. sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk adik beradik dan kaum keluarga. doakan mereka mendapat rezeki yang halal dan dipermudahkan dalam menjalani kehidupun. 

terima kasih Allah kerana menghadirkan dan melimpahkan rasa kasih-sayang yang tidak terhingga di dalam diri ini. ya ... mama lynn akui yang mama lynn akan cepat terasa dan tersentuh bila insan disekeliling terutamanya ahli keluarga sendiri diberi dugaan dalam kehidupan. waima kalau diri sendiri berada dalam kesusahan pun , rasa gelisah kan sentiasa ada. ingatan mama lynn untuk diri sendiri dan juga yang lain ... tanamkanlah sifat seperti ini. kita hidup atas dunia ni pun bukan untuk diri sendiri. mudah-mudahan ahli keluarga kita sentiasa dekat dengan Yang Maha Kuasa, ditetapkan iman dan dipermudahkan urusan sehari-hari.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. Assalamualaikum lynn. betul, kalau kita tengok siblings kesusahan, memang tak sampai hati nak biarkan dia tanggung kesusahan seorang diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah senang biarlah bersama. zaman skrg nk harapkan bantuan org luar mmg payah. klu kt x bantu keluarga sendiri siapa lagi

      Delete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar