Followers

Thursday, February 27, 2014

menghitung detik

tak sabar rasanya. itu ungkapan ikhlas dari dalam hati ini. tak sabar nak ke mana ? in shaa Allah jika tiada aral mama lynn dan keluarga akan menunaikan ibadah umrah pada 9 hingga 21 april 2014. mudah-mudahan urusan nak ke tanah suci dipermudahkan. itulah impian setiap orang Islam kan.

esok mama lynn akan menyelesaikan urusan pengesahan dokumen di wisma putra. susah jugak prosedur yang ditetapkan sekarang ni. dokumen pengenalan diri seperti surat beranak dan sijil nikah perlu mendapatkan pengesahan dari wisma putra selain JPN. tak sure pulak kenapa kena uruskan sendiri. rasanya biasanya umrah agency yang patut buat tapi tak apalah. sedikit pengorbanan perlu dilakukan untuk ke tempat idaman.

alhamdulillah duit yang mama lynn simpan untuk bayar pakej pun dah cukup. tu pun bersyukur sangat-sangat cos abah mama lynn sponsor lebih dari separuh kos umrah. tinggal jelaskan baki dan prepare duit belanja kat sana nanti je. mama lynn takde banyak saving tapi berkat kesungguhan dan doa pada Nya , dapat jugak mama lynn sediakan dalam tempoh yang singkat. 2-3 bulan ni memang mama lynn terpaksa menahan diri dari berbelanja. in shaa Allah ada hikmahnya. yang penting kesungguhan nak ke tanah suci. 

mama lynn kadang-kadang risau dengan persediaan diri. kita pun sedia maklum yang kalau nak ke sana kita kena rajin banyakkan ibadah. ya mama lynn masih culas-culas. moga Allah memberikan kesungguhan kepada diri ini untuk beribadah. in shaa Allah mama lynn bajet gaji bulan Mac nanti baru nak cari pakaian yang lebih sesuai untuk ke sana. bila bukak almari tengok pakaian yang ada terasa jahilnya diri ni. banyak lagi yang terkurang dalam diri untuk menjadi wanita solehah.

mama lynn mohon doa dari semua agar segala prosedur dipermudahkan. in shaa Allah.. pada yang berkemampuan tu, jangan tunggu datang seru. dah ada duit tu terus je la daftar untuk umrah. tak sabar nak berada di depan kaabah. hanya Allah sahaja yang tahu rahsia hati ini. kita semua insan terpilih sebab kita yang memilih untuk dipilih. in shaa Allah.. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

4 lelaki rentung kereta terbabas di Klang


KLANG: Empat lelaki rentung manakala seorang lagi cedera ringan selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh tembok kedai emas di Batu 10 Jalan Kapar, di sini, kira-kira jam 3.30 pagi tadi.

Kelima-lima mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Klang menghala ke Kapar apabila kereta yang dipandu laju itu terbabas melanggar lampu isyarat di selekoh jalan itu sebelum merempuh tembok kedai berkenaan. 






Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat
   
KREDIT

p/s : kejadian berlaku di pekan kapar . pagi tadi masa g kerja tak terpandang pun kedai pajak sebelah balai polis tu kena rempuh cos lalu pun awal pagi sangat cuma terpandang lampu isyarat kat situ tumbang dan semua lampu isyarat tak berfungsi. kalau dari posting FB kenalan mama lynn kesemua mereka berbangsa cina. moga kejadian begini dijauhkan dari kita semua. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, February 24, 2014

simpan rahsia diri sendiri

kadang-kadang bila kita tersinggung cepat2 je ke notify di laman sosial. tiada lagi rahsia sehinggakan orang luar sendiri tahu apa yang terjadi dalam kehidupan kita sehar-hari. kalau yang dah berumahtangga tu pulak seolah-olah kita menjaja cerita rumahtangga di mata orang lain. tak lagi kita menjaga maruah pasangan kita.

tu lah kelemahan kita dalam menggunakan laman sosial. kita tak melihat perkara-perkara ini akan memudaratkan diri kita di kemudian hari. kita tak nampak apa yang kita tulis itu mungkin akan menyinggung hati mana-mana pihak.

mama lynn sendiri kadang-kadang tersilap langkah. ada kalanya bila mama lynn terasa hati cepat-cepat mama lynn berkongsi di laman sosial. bila fikir-fikir balik rasa macam budak-budak pun ada. adakah tulisan kita tu kita memberi harapan yang insan yang menyakiti hati kita tu notice dan akan say sorry? kalau ada beruntunglah tapi kalau yang memang takde kaitan ngan kita memang takde faedah pun.


kita ni kadang-kadang terlupa yang tulisan kita tu nanti akan juga menjadi punca cakap-cakap orang di belakang. bila orang mengata mulalah kita gelabah sedangkan kita yang membuka ruang untuk orang bercerita yang tak baik tentang diri kita.

sebaik-baiknya kongsikan yang baik-baik sahaja yang boleh juga menjadi motivasi kepada orang lain. kalau dah tak boleh nak tahan diri sekalipun kongsikan cerita-cerita gembira tentang diri. yang tak best tu biarlah jadi rahsia diri u alls. hidup kita bukan untuk di jaja. kadang-kadang kita kena hargai nilai privacy dalam kehidupan kita. jaga nama baik pasangan kita, in shaa Allah kalau u all gaduh pun x lama mana. jangan sampai kerana sedih dan amarah diri perbalahan pulak yang terjadi.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, February 21, 2014

BR1M dah masuk ?

hari ni x news feed kat FB mama lynn penuh cerita BR1M dah dikreditkan ke akaun penerima. diwar-warkan juga untuk pembayaran pada 20 dan 21 februari ni bagi penerima bujang. bagi status berkahwin in shaa Allah kalau tiada aral akan di kreditkan terus ke akaun u alls esok (22.2.2014).

mama lynn tertanya-tanya jugak luluskah permohonan BR1M mama lynn . manalah tahu kan kalau-kalau kali ni syarat permohonan agak ketat. Alhamdulillah rezeki mama lynn ada. jenuh jugak la mama lynn call hotline LHDN 03-7713 6666. memang susah sangat-sangat nak tembusi talian. boleh SEMAK kat sini jugak.

syukur .. dengan adanya BR1M ni dapatlah mama lynn menyelesaikan hal-hal yang tertunggak. harap-harap lepas ni BR1M akan dikekalkan pemberiannya. sekurang-kurangnya dapat jugak la membantu tatkala sesak macam ni.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, February 14, 2014

cubit peha kanan peha kiri terasa

u alls tahu tak pengertian "cubit peha kanan peha kiri terasa". pengertian dari Wikipedia adalah  "Jika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga. " tetapi yang mama lynn  fahami adalah bila ahli keluarga kita berasa susah , kita pun kan merasa tempiasnya jugak. macam tu jugak la bila ahli keluarga kita merasa sedih, kita pun kan turut bersedih.

abaikan saja taksirannya.... bagi mama lynn hidup atas dunia ni tak boleh nak pentingkan diri sendiri. ikatan saudara sangat-sangat penting. lagi-lagi perkara yang melibatkan adik beradik dan keluarga. katalah adik-beradik kita dalam kesusahan. tergamakkah kita melihat mereka menempuhnya sendiri. adalah KEJAM kalau kita boleh tidur lena, tetapi ahli keluarga kita yang lain tak lena tidur memikirkan masalah dalam kehidupan.adalah tidak adil untuk kita makan sedap-sedap tetapi ahli keluarga kita yang lain entah makan entahkan tidak. lauk apalah yang menjadi santapan hariannya.

mama lynn tak rasa bantuan tu atas material semata-mata. percaya atau tidak kuasa DOA lebih besar maknanya. sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk adik beradik dan kaum keluarga. doakan mereka mendapat rezeki yang halal dan dipermudahkan dalam menjalani kehidupun. 

terima kasih Allah kerana menghadirkan dan melimpahkan rasa kasih-sayang yang tidak terhingga di dalam diri ini. ya ... mama lynn akui yang mama lynn akan cepat terasa dan tersentuh bila insan disekeliling terutamanya ahli keluarga sendiri diberi dugaan dalam kehidupan. waima kalau diri sendiri berada dalam kesusahan pun , rasa gelisah kan sentiasa ada. ingatan mama lynn untuk diri sendiri dan juga yang lain ... tanamkanlah sifat seperti ini. kita hidup atas dunia ni pun bukan untuk diri sendiri. mudah-mudahan ahli keluarga kita sentiasa dekat dengan Yang Maha Kuasa, ditetapkan iman dan dipermudahkan urusan sehari-hari.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

Petua 1 : 
Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : 
Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat....

Petua 3 : 
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : 
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : 
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 :
Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : 
Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : 
Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: 
Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

review cerita anak-anak : afif fikri









mama lynn ada special review untuk anak-anak saudara mama lynn dan anak-anak mama lynn. mama lynn akan buat by turn. mama lynn akan mulakan 1st review ni dengan cerita tentang anak sulung adik lelaki mama lynn, "afif fikri bin ahmad firdaus". tahun ni umur afif kan mencecah 5 tahun.

day by day melihat afif membesar. rasanya itulah saat yang membuatkan hati mama lynn tersentuh. how close both of us till rite now... walaupun hakikatnya mama lynn ni hanya mak ngah afif tapi since afif kecik gelaran mak ngah tu tak pernah kedengaran. same goes to abg aqeel dan aiman faliq. anak-anak saudara mama lynn panggil mama lynn "mama".....dan itu lah datangnya nick name kat blog ni. "mama lynn". untuk makcik2 diorang yang lain pun sama. ada nick masing2. ada ayong, kakak , mummy & maksu. ayong ngan maksu tu je la maintain old skool , yang lain bajet2 mude sangat.

teringat sewaktu kelahiran afif fikri. 29.10.2009. afif dilahirkan secara pembedahan. ada kisah disebalik pembedahan tersebut. malam sebelum afif lahir ke dunia perut ibu afif (siti razdiah merangkap adik ipar mama lynn ) memulas-mulas. disebabkan terlampau sakit adik lelaki mama lynn membawanya ke hospital.  setelah pemeriksaan dilakukan siti disyaki mengalami simptom appendix. doktor mencadangkan pembedahan dilakukan segera untuk membuang appendix. bila pembedahan membuang appendix dilakukan boleh plak doktor salah membuat andaian. adik ipar mama lynn takde appendix pun. nak tak nak pembedahan dilakukan untuk adik ipar bersalin awal. kenapa ?? mama lynn pun x berapa jelas sebabnya. mungkin takut baby lemas kot. afif lahir di usia kandungan ibunya 8 bulan ++. kiranya afif lahir tak cukup bulan la.

masa ni family mama lynn agak kecewa dengan pihak hospital. tapi mungkin dah ketentuan Allah.. kasihan kat adik ipar mama lynn kena tanggung sakit macam tu. padahal perut dia memulas tu sebab keracunan makanan. lama jugak adik ipar kena stay kat hospital. permulaan tu memang agak kritikal jugak la. mujur la mak mama lynn bekerja di hospital tersebut. mak memang sentiasa memantau keadaan adik ipar.  nak dijadikan cerita, sepanjang tempoh berpantang tu luka kat perut adik ipar terbukak sedikit. masa ni memang ujian sakit Allah berikan pada siti. alhamdulillah berbulan-bulan akhirnya siti kembali sihat.

kembali cerita tentang afif, dia memang anak yang bijak dan pintar. satu perkara yang kadang-kadang buat orang sekeliling pening afif terlalu banyak soalan. kadang-kadang soalan afif tak mampu kita nak jawab. biasanya mama lynn layankan je kerenah afif. mama lynn percaya , one day afif akan jadi anak yang pintar dalam pelajaran. ada cara menangani anak-anak yang terlalu banyak bertanya. 

rapatnya mama lynn dengan afif memang macam anak kandung. dari kecil sikit-sikit cari mama. ahli keluarga lain pun dah sedia maklum. sekarang ni pun kalau datang main ngan anak-anak kat rumah , bila time kena balik afif akan memprotes. menangis-nangis dia tak nak balik. sampaikan abah mama lynn bising tak bagi afif datang rumah mama dia ni cos nanti tak dapat nak spend time ngan cucu.

yang best dan behavenya afif ni bila dia x pandai bermewah-mewah macam kanak-kanak lain. afif tak pandai nak demand itu ini. dia memang tak dibiasakan dengan permainan yang macam-macam. apatah lagi figura-figura superhero kegemaran kanak-kanak lain. yang ni mama lynn memang respect. sebagai ibu saudara mama lynn pun memang jarang memanjakan afif dengan permainan..tapi kalau attention memang mama lynn kan berikan. 

mama lynn mahu afif membesar menjadi anak yang soleh dan pintar yang boleh jadi kebanggaan ibu dan ayahnya. moga afif kan membahagiakan kedua orang tuanya. mama lynn bukanlah nak kata diantara semua mama lynn melebihkan afif cuma afif ada keistimewaan dia yang tersendiri. mama lynn pun tak tahu nak describe macam mana. cuma kalau terpukul dia memang mama lynn akan rasa menyesal sangat-sangat. no ones know apa yang bermain diminda anak-anak. di usia ni dia sekadar mahukan perhatian dan belaian.

panjang sangat kisah afif ni. tengoklah if takde apa-apa plan boleh la afif tidur rumah mama dia weekend ni. at least bila duduk rumah mama lynn berkawan jugak la afif dengan diana dan zahir. in shaa Allah next review tentang muhammad aqeel azraei bin amir hussin pulak merangkap anak kesayangan kakak mama lynn. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, February 12, 2014

wedding pak mie & pak man


alkisah baru nak share cerita mama lynn balik KEDAH awal bulan aritu, ekceli 2 hb lepas pak long en suami telah mengadakan reception wedding untuk kedua anak lelakinya serentak. kira majlis sambut menantu la ni. majlis diadakan di kg iboi, kupang yang terletak di daerah baling. mama lynn sejak 1hb tu memang dah berkampung kat situ. sehari sebelum tu majlis di rumah pengantin perempuan di sungai petani (adik a.k.a pak mie. abang nye majlis dibuat 2 bulan sebelum tu).

apa yang menariknya kedua beradik ni merupakan tentera. mama lynn tak ingat tentera darat ke udara, yang pasti both dalam kerjaya yang sama. mempelai x bersanding pun. sekadar makan beradab je. bila da buat serentak macam ni jemputan memang ramai sangat. mama lynn tak sempat pun nak bergambar dengan pengantin. maklumlah ramai sangat peminat + mama lynn sendiri x berapa sihat. so sekadar ambil gambar kedua pasang pengantin je la.

menu kenduri kalau kat kampung mestilah daging. warggghh yang ni mama lynn sedih sikit la cos da terbiasa makan ayam. hehe tapi daging pun sedap. menu-menu kampung memang membangkit selera. ulam -ulam dan sambal belacan pun ada jugak di samping acar buah. even tak sihat pun makan tetap makan.

mama lynn memang suka sangat kalau dapat balik kupang ni, kat sini view memang sangat-sangat cantik. sawah padi pun ada kat sebelah rumah pak long. paling best sempat jugak la beli kopi kampung. buat stok kat rumah sebulan dua ni. kopi kampung ni memang sangat sedap. sepupu mak mertua mama lynn yang buat sendiri. home made memang puas hati. pergghhh sekali rasa memang terangkat.

++ paling best both pengantin perempuan namanya sama. norhafizah. hehe jenuh la nak panggil kalau dapat menantu nama sama ni. so lagi senang panggil fiza pak man dan fiza pak mie. ape pun semoga rumahtangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.  




pak mie & isteri

pak man & isteri

majlis makan beradab



** yang ni pulak ainur damia. anak saudara en suami. alahai comel betul anak menakan mak lang ni. geram pulak mak lang tengok. rasa nak geget-geget je. ainur ni lain sangat rupanya dari abang dan kakaknya. menghitung hari bila lagi dapat balik KEDAH. suka sangat kalau balik sana. meriah cos anak menakan memang ramai kalau nak compare ngan belah mama lynn. MAK LANG rindu damia !!!!





♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 minggu tanpa entri

wahh bersawang da blog kecik mama lynn ni . huhuhu bz sangat ke sampai x sempat langsung nak update blog. bukan malas cuma 2 minggu ni kesihatan mama lynn turun naik. alhamdulillah feel better rite now. cuma masih ada kahak yang bersisa kat tekak mama lynn ni.

once da menaip ada la plak idea nak menulis kan. story teller memang macam ni. hehe.. lepas je kena back pain haritu mama lynn kena demam panas pulak. start demam masa mama lynn balik kampung en suami. KEDAH panas sangat di siang hari. panas dia buat kepala mama lynn sakit sangat + demam pun menyinggah. balik kampung untuk wedding cousin en suami tapi mama lynn tak dapat nak menolong langsung. tapi bab selera makan ok je.selebihnya masa mama lynn lebih banyak terbaring menahan sakit. hahaii lagi-lagi bila mula-mula nak demam tu. air mata sedih tu mula la gugur (tak tahan sakit sebenarnya).

demam mama lynn berlanjutan sampai mama lynn balik kapar balik. isnin minggu lepas mama lynn memang apply cuti. selasa ngan rabu tu sambung MC. minggu lepas 2 hari je la mama lynn kerja. dalam masa 2 minggu tu 3x mama lynn berulang alik ambil ubat. 1st tu sebab back pain, 2nd time isnin lepas ambil ubat demam + sakit2 sampingan dan sabtu lepas ni mama lynn ke klinik sebab sakit tekak dan batuk teruk. suara mama lynn totally dah macam rock star. tekak pun perit. paling teruk tidur malam asyik terjaga, kesian kat en suami terganggu tidurnya. sesekali sakit macam ni lah gayanya. memang lama nak baik. redha je la dengan ujian Allah. moga terhapus dosa-dosa kecil mama lynn.

da sihat ni rasa bersyukur sangat-sangat. bukan pe kalau x sihat tu nak buat apa pun serba tak kena. nak update blog jauh sekali. tq Allah di atas nafas yang masih dipinjamkan ni. hari ni terdetik nak update blog cos kebetulan mama lynn join GA yang kawan blogger mama lynn INTAN BERLIAN anjurkan. dah alang-alang tu buat jugak la 1 entri . kot kot dapat mengubat kerinduan pembaca. hahaa .. sangat perasan kan. in shaa Allah will update latter =) ngan entri yang lebih menarik.. doakan mama lynn sihat ye. 


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

"IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"

 
 nape la terlepas pandang yang GA intan berlian ni tutup 16hb. mujur la ada masa lagi =) yeayy join jugak la . moga2 ada la rezeki mama lynn. 

korang tak nak join ker ? senang sangat kot syarat penyertaan .. 

Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar