Followers

Tuesday, January 21, 2014

ujian Allah buat hamba Nya yang kerdil

tak tahu nak kata hari ni bad day mama lynn atau tak. mungkin takde rezeki + Allah menguji. ya... cuba menerima ujian itu dengan sabar . setakat ni mama lynn masih mampu mengawal rasa walau di dalam hati bergelodak rasa kecewa. Allah dah aturkan yang terbaik buat setiap hamba Nya. mahu sentiasa positif.

hari ni duty mama lynn di kaunter jabatan. sampai time lunch hour terus terkocoh-kocoh ke bank untuk tukarkan syiling kepada wang kertas. sebelum tu singgah toilet. entah macam mana handphone yang ada dalam kocek seluar boleh termasuk dalam lubang kat lantai toilet. mama lynn hanya mampu memandang tanpa mampu berkata-kata.

macam ni la hp mama lynn yang jatuh gedebuss tu

urusan bank harus didahulukan. mama lynn berjalan kaki ke maybank depan mbsa ni je. sampai kat bank nak amik nombor untuk tukar syiling tapi petugas kaunter tu maklumkan yang mama lynn perlu masukkan syiling tersebut di dalam mesin syiling then bila dapat slip baru ambil nombor untuk bank in ke dalam akaun. queue kat dalam pulak ngam2 50 orang. dah la slip tu valid till petang ni je. nak tak nak memang kena uruskan hari ni jugak. dekat sejam jugak la bersantai kat maybank tu, selesai urusan di kaunter baru withdraw through atm machine pulak. hahai... satu satu lak kerjanya. 

balik opis da 2.10 ptg. try call bahagian penyelenggaraan bangunan kot-kot boleh dapatkan balik hp tu. alhamdulillah kul 3 tadi mama lynn da dapat hp tu balik cuma keadaannya agak menyedihkan. kat skrin da penuh air. mama lynn keluarkan sim kad dan memori kad kot-kot boleh guna lagi. kalau dah takde rezeki nak buat macam mana. urmm .. nak bukak pun x boleh. kawan2 suggest mama lynn biarkan je dulu air dalam hp tu tersejat sendiri. 

smelly. nama pun jatuh kat saluran air. macam2 bau ada. tak nak meratap sedih. dugaan kecil je ni. mama lynn kena positif. Allah sedang menguji diri ni. semoga mama lynn sentiasa tabah hendaknya. dugaan nak ke tanah sucikah ini ? takpelah.... in shaa Allah hati ni mampu lagi bersabar cuma bersedih tu tetap tak dapat nak dielakkan.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

1 pesanan kasih sayang:

  1. memang dugaan betul ni..
    dugaan...mungkin ader hikmahnyer ni...sabar yek...
    saya pernah juga kena dugaan pasai phone ni...
    beli phone baru seminggu..
    hp jatuh pecah skrin...sedih...
    nak tukar 700 huhu..berkat sabo en hubby betulkan sendiri beli online skrin 100 jek..

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar