Followers

Wednesday, January 8, 2014

Mahal & Kenaikan Harga VS Jimat

MAHAL !!!!! NAIK HARGA !!!! 2 isu ni sentiasa bermain dibibir rakyat Malaysia akhir-akhir ni. jangan cakap yang u alls tak kisah atau boleh terima kenyataan PERIT ni. hahaiii .... 1st sekali mama lynn bukan nak cakap tentang isu politik. mama lynn tak mahu mana-mana pihak tersinggung dengan entri mama lynn ni. sekadar luahan rasa seorang wanita yang hanya bekerja sebagai pembantu tadbir gred N17.

mama lynn sangat-sangat terkesan dengan segala KENAIKAN tak kiralah barang apa pun. sejak harga minyak naik, gula naik ...... penyakit naik harga ni menjadi-jadi pulak. paling terbaru kenaikan harga makanan di kantin sekolah. dah masuk hari ke 8 di tahun baru ni baru sibuk nak tulis entri ni. biar terlambat asalkan mama lynn dapat share apa yang mama lynn rasakan. mujur jugalah anak bujang mama lynn bersekolah di kawasan pekan je. kalau duduk tengah bandar tak tahu lah berapa duit belanja nak kena peruntukkan sehari-hari.

kat kapar ni harga makanan kat kantin sekolah consider terkawal lagi. ekceli mama lynn ada sedikit tips untuk ibubapa di luar sana. mama lynn percaya yang anak-anak ni susah nak train diorang bawak bekal g sekolah kan. why not kita bekalkan apa yang di jual di kantin sekolah yang anak-anak suka sangat makan. yang boleh dikatakan dia akan repeat beli hari-hari. tak salah kita tanya anak-anak kita "kat sekolah tadi makan apa ? " tak pun "apa yang along suka makan kat kantin sekolah " . dari situ kita boleh develop sikap bawa bekal dari rumah. belanja sekolah pun boleh dijimatkan. alhamdulillah anak bujang mama lynn tak terlalu boros dalam berbelanja. mamanya akan berikan rm2 untuk 1 sessi persekolahan. balik sekolah mesti tanya ada baki tak. kebiasaannya mesti berbaki rm1. so.. rm1 tu mamanya akan collect balik then sessi petang akan gunakan duit yang sama + rm1 lagi. balik sekolah sessi petang pun akan tanya semula belanja sekolah tadi ada baki tak. biasanya zahir akan dibekalkan dengan air , so x payah dah keluar duit untuk beli air di sekolah. kan dah boleh berjimat di situ.





panjang pulak ulasan belanja sekolah ni. almaklum sejak anak bujang sorang tu masuk skool mak dia ni pulak yang seronok tengok perkembangan anak. untungnya zahir ada mama dan mak yang sentiasa care tentang dirinya. (menyimpang isu kejap)

belanja dapur pun juga terkesan. lagi-lagi keluarga mama lynn ni business kecil-kecilan karipap pusing frozen + cucur badak frozen. kos makin meningkat tapi harga produk nak dinaikkan tak sampai hati pulak.


** nak iklan kejap 



karipap pusing frozen & cucur badak frozen untuk tempahan. sesiapa nak selit order boleh msg, whatsapp, we chat @ call sy di 011-11646607 (office hour) atau msg @ call 017-6321498 (after office hour) . jom cepat2 order. in shaa Allah sekali rasa pasti nak lagi. 

*** penghantaran disediakan terus kepada anda di sekitar kapar, meru dan pusat bandar klang & shah alam. untuk kawasan lain penghantaran boleh dipertimbangkan. 

list harga :
karipap pusing frozen home made
inti kentang :rm4.00 /10 biji
inti ayam, sardin @daging :rm5.00 /10 biji

cucur badak frozen home made : rm4.00 /10 biji

**** tempahan untuk siap goreng juga diterima untuk majlis kenduri dll









latest harga plastik untuk bungkus produk dah naik pulak. kata tuan kedai tu "harga kos dah meningkat". terkedulah jugak...

baru-baru ni ke pasar borong, harga telur pun dah naik jugak .. hahai... konon nak save la bajet nak beli telur tapi sama jugak macam beli makanan basah lain. beli bawang rm3 pun boleh kira dapat berapa biji je. mngeluh pun takde sapa nak dengar suara mama lynn ni. SABARLAH duhai hati.

tak tahu la pulak lepas ni harga barang apa lagi yang naik. dengan pendapatan keluarga yang bukanlah besar ni nampak gaya kenalah elakkan aktiviti riadah yang menggunakan belanja yang tinggi. semoga kita semua tabah lah mengeluarkan duit poket untuk berbelanja. kena get ready, tahun depan nak kena cukai GST pulak. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. salam rabu..kalau dekat boleh juga cuba hasil tangan lynn =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... klu turun area sini ley la call... try rasa. comfirm nak lagi (tp bukan mama lynn yg buat tau..hehe)

      Delete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar