Followers

Tuesday, January 21, 2014

kos sara hidup buat mama lynn tension

bulan ni betul-betul menguji diri mama lynn. silap sendiri jugak bila da ada saving tapi gunakan untuk hal remeh temeh. rasa serabut jugak la few day ni memikirkan gaji yang x dapat2 lagi ni. terasa lambatnya nak tiba 23 januari. nak nagis.. tragis sangat mama lynn ni kan tapi itulah hakikatnya . kalau takde duit memang serabut. susah hati betul.

dalam mind ni rasa nak berbisnes plak. yang boleh jana extra income untuk support perbelanjaan yang makin meningkat. 2014 ni barang apa je yang tak naik. hehee klishe je kan. tapi yang pasti brokoli dah murah sekarang ni. baru-baru ni g econsave beli saiz segenggam tu baru rm1.68. tapi en suami lak yang allergic ngan sayur-sayur berangin ni. eh... brokoli tu berangin jugak ker eh ???

mama lynn ada terfikir yang salah tak orang tu buat bisness dia beli dengan harga murah then jual ngan harga tinggi. inilah punca kenapa mama lynn serba salah nak join bisnes ni, bukan apa, katalah u alls beli 1 produk ni dengan harga rm100 padahal penjual tu dapatkan beli dari pemborong tak sampai rm50 pun. berkatkah duit keuntungan yang sebegitu. mama lynn rasa KEJAM kalau kita terlalu selfish mengejar keuntungan tanpa memikirkan hak pembeli. tapi itulah trend bisnes yang ada sekarang.


:: IKLAN ::

buat masa ni mama lynn supply produk  frozen je. jom intai produk segar dari dapur rumah mama lynn.






karipap pusing frozen & cucur badak frozen untuk tempahan. sesiapa nak selit order boleh msg @ call 017-6321498 . no 011 sebelum ni x ley nak guna 2-3 hari ni... so ape2 ley order by no 017 tu ye... in shaa Allah sekali rasa pasti nak lagi. 


*** penghantaran disediakan terus kepada anda di sekitar kapar, meru dan pusat bandar klang & shah alam. untuk kawasan lain penghantaran boleh dipertimbangkan. 

list harga :
karipap pusing frozen home made
inti kentang :rm4.00 /10 biji
inti ayam, sardin @daging :rm5.00 /10 biji

cucur badak frozen home made : rm4.00 /10 biji

**** tempahan untuk siap goreng juga diterima untuk majlis kenduri dll



....  sambung entri balik 

bila kos sara hidup makin meningkat memang mama lynn rasa terbeban sangat. cuma ape pun menyimpan tu WAJIB dipraktikkan. saving kalau tak banyak pun janji masa kita terdesak kita ada duit kat tangan. seboleh-bolehnya dalam hidup mama lynn ni tak suka nak menyusahkan orang lain.  solution mama lynn buat OT bila ada kerja. tu pun takde la selalu. macam bulan ni baru sehari je OT masa cuti thaipusam haritu. datang OT bukan la lepak kat opis sambil goyang kaki tapi mama lynn siapkan kerja pejabat yang tertunda. kena fikir jugak HALAL HARAM setiap sen yang masuk ke poket kita. 

macam supply produk frozen ni bukan mama lynn yang buat tapi life share partner  mama lynn. mama kepada anak-anak mama lynn. sekurang-kurangnya bila masing-masing mencari rezeki, duit belanja rumah pun sentiasa ada. kalau mama lynn susah pun dia boleh bantu. alhamdulillah, bersyukur ada life share partner  yang baik macam ni. hehe... 

DOA mama lynn agar Allah permudahkan mama lynn, en suami, life share partner , emak, abah dan adik beradik mama lynn peroleh rezeki yang halal dan berkat. lepas ni kena plan untuk menyimpan EXTRA sikit.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

6 pesanan kasih sayang:

  1. ok la tu ada side income dah.mudah-mudahan akan sentiasa lebih maju jaya.insyaAllah.=)

    ReplyDelete
  2. Tahniah dah bisnes kecil-kecilan moga perniagaan maju hendaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq zaidalifah.. mudah2an kan.. bisnes ni x amik untung pun. mama lynn tlg supply je

      Delete
  3. waa dah ader bisnes mamalyn moga berjaya k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lizz klu nak order boleh la call, whatsapp r we chat mama lynn di 011-11646607

      Delete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar