Followers

Friday, January 24, 2014

impian yang takkan pernah padam

akhir-akhir ni banyak kali dengar berita tentang berita kehamilan orang. tak kira lah artis popular seperti didie aliar dan scha alyahya atau insan-insan disekeliling dan yang terbaru teman blogger mama lynn iaitu intan berlian da buat announcement ujian kehamilannya pagi tadi. mama lynn tumpang gembira mendengar perkhabaran tersebut. tahniah ina untuk baby yang ketiga. makin murah rezeki ina , macam bisness ephyra tu jugak . 

buat ibu-ibu mengandung diluar sana mama lynn doakan perjalanan selama 9 bulan menghamili amanah Allah SWT itu sentiasa dipermudahkan. moga kalian diberikan kesihatan tubuh badan. mama lynn tahu bukan senang nak mengharungi saat-saat mengandung ni. tapi dalam kepayahan tu Allah bagi keajaiban diakhirnya. hilang segala lelah bila melihat bayi tu lahir kelak.

mama lynn walaupun dah 4 tahun 6 bulan berumahtangga ni masih belum diberikan kesempatan oleh Allah untuk mengandung. mungkin ada hikmah disebaliknya. sebolehnya mama lynn tak mahu ada sifat cemburu melihat orang lain berbadan dua tapi sedikit sebanyak perasaan sedih dan hiba tu pasti ada. kadang-kadang terasa hinanya diri bila tak mampu melahirkan zuriat sendiri. tapi mama lynn cuba positifkan diri. mama lynn masih ada zahir dan diana. mama lynn juga ada aqeel, afif fikri dan aiman faliq. merekalah cinta hati ini. sebab tu mama lynn sebolehnya tak nak tinggal berasingan dari zahir dan diana. biarlah kami sebumbung buat selamanya. mama lynn bahagia dengan adanya mereka.

bila bercakap tentang simptom ibu mengandung mama lynn memang ada simptom tu sejak dulu lagi. bila fikir balik mama lynn masih beruntung walaupun tak mengandung tapi Allah bagi rasa macam ibu mengandung. ya mama lynn ni memang jenis akan mual-mual dan muntah bila dalam suhu yang sejuk. tak tau la kenapa sampai jadi macam tu. kawan-kawan kalau berdepan ngan mama lynn dalam situasi tu mesti buat andaian yang mama lynn ni pregnant. takpelah , itu pun DOA jugak kan. +++ time nak datang bulan tu mesti mengidam nak makan itu ini. kadang-kadang rasa kelakar pun ada. 

buat anda yg sudi doakan mama lynn. DOA kalian amat-amat mama lynn hargai. siapa tahu dengan doa kalian mama lynn diberikan rezeki tu kelak. in shaa Allah...

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

12 pesanan kasih sayang:

  1. insyallah..saya doakan impian lynn termakbul..amin :) jangan stress2 ye

    ReplyDelete
  2. Sy doakan mama lynn dikurniakan rezeki utk pregnant...amin..
    Sy skang dh 5 bln pregnant ..penantian selama 2 tahun setengah..Allah tahu apa yg terbaik utk kita insyaAllah..:-)

    ReplyDelete
  3. Thanks lynn... InsyaAllah... moga ada rezeki lynn jugak pasni... saya doakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ina... kuasa doa insan disekeliling pun besar jugak

      Delete
  4. sy dh berkhawin setahun sebulan tp masih belum hamil. hati agak sedikit sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf klu sy buat awk bersedih tp itulah hakikat yg kt x boleh nak tepis

      Delete
  5. Assalamualaikum awak. semoga terus kuat dan tabah menghadapi dugaan cabaran ni. sheila doakan akak dikurniakan zuriat yang banyak dan comel2.. Sheila follow sini, salam perkenalan ya (",)

    sheila pun pernah rasa hiba bila dengar berita baik org mengandung, selalu fikir knp aku tak mengandung lagi. Sebenarnya tak baik fikir gitu, Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita. Kena banyak bersabar, in shaa Allah (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq shiela.. ye la kan ada hikmahnya Allah bagi lambat atau cepat tp rasa sedih tu tak mmp nak kikis dr diri.. mudah2an ada rezeki akak kelak.

      Delete
  6. InsyaAllah mudah2an ada rezeki buat kita.
    Samala MJ pun dah 4 tahun menanti ni :)

    Sama2 kita berdoa + usaha ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup doa tak pernah putus.. moga Allah permudahkan .

      Delete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar