Followers

Tuesday, January 7, 2014

etika di laman sosial

petang-petang ni terasa nak share perihal etika di laman sosial. mungkin entri mama lynn ini dapat membantu u alls dalam menggunakan laman sosial yang kadang-kadang boleh memberikan impak negatif terhadap orang lain. nama pun manusia kan, kadang-kadang kita tak mampu nak mengawal emosi . lagi-lagi bila kita sedang dilanda kemurungan atau marah pada seseorang.

1. pada yang dah berumahtangga jangan sesekali menulis sesuatu yang boleh mengaibkan pasangan kita di laman sosial. kita perlu ingat yang perihal rumahtangga ni perkara yang terlalu sensitif dan bersifat peribadi. masalah bersama pasangan tidak perlu diheret ke laman sosial kerana ianya akan membuka peluang kepada orang luar untuk mengetahui peribadi dan kelemahan diri kita.

2. status atau posting yang bersifat menghina agama dan mengapi-apikan sentimen perkauman sangat-sangat perlu kita jauhi. ianya boleh menyebabkan kita jadi berpecah belah. kan tak best bila kita bermusuh hanya kerana isu-isu yang kecil tetapi diperbesarkan. kesalahan tidak perlu diletakkan pada AGAMA atau KAUM tetapi lihatlah pada diri individu itu sendiri.

3. pada yang bekerja dengan KERAJAAN tu beringat-ingatlah kalau nak muat naik status di laman sosial. jangan sampai kita terlalu teruja nak share info ngan orang lain sampaikan RAHSIA KERAJAAN pun kita bocorkan. hal-hal macam ni boleh menjadi punca u alls dibuang kerja atau dikenakan tindakan tatatertib.

4. pada u alls yang tengah marah dengan someone else tu x payah la nak emo-emo sampai status pun boleh menjurus kepada FITNAH. lagi-lagi bila ianya bolh menjatuhkan maruah individu atau membuat u alls kena saman lagi. x pasal-pasal kena naik court nanti.

5. yang suka upload gambar tu pulak jangan la letak gambar yang bukan-bukan. nanti orang lain salah guna tahu pulak u alls nak marah kan. diri kita sendiri yang tentukan apa yang kita mahukan. hati manusia ni kita tak boleh nak jangka. 

6. jangan sesekali mengaibkan orang lain. tak kiralah siapa pun dia. hal-hal begini kadang-kadang boleh meleret-leret. percayalah once kita buka AIB orang , Allah akan buka aib kita kelak. yang buruk tu kita simpan je la... tak payah nak sebar sampai mengaibkan orang. lagi-lagi bila orang lainboleh detect siapa orang yang kita aibkan tu.

setakat tu je la yang mama lynn dapat kongsikan. beringat-ingat ketika menggunakan media dan laman sosial. memang tak jadi kesalahan menjadi pengguna laman sosial cuma yang salahnya cara kita mengendalikannya. nak menulis ni kena beringat, jangan sampai memakan diri sendiri dah la kan.

kredit :  MAMPU .

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. Tq share mamalyn...bolehla dijadikan panduan kita bersama...

    ReplyDelete
  2. lizz..sekadar ingatan untuk kt bersama supaya kt x buat sesuatu yg di luar batas

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar