Followers

Tuesday, January 28, 2014

bila jadi sasaran penjual

PANAS !!!!! entri ni sengaja mama lynn tulis untuk share pengalaman mama lynn as "sasaran penjual" ekceli rasa cam best lak tulis topik ni bila respon yang mama lynn terima untuk status facebook mama lynn hari ni di luar jangkauan. tak sangka jugak ramai yang allert tentang situasi sebegini. 

STATUS FB YANG BIKIN SENSASI HARI INI

bila orang mengambil kesempatan ke atas diri kita.

1. lambat mengandung - promote produk kesuburan ( pil, korset , krim sapu dll)
2. bila kita gemuk - promote produk perlangsingan
3. bila kita x sihat - promote produk kesihatan
4. bila kita x berduit - promote suruh join business

** nak suggest boleh tapi jangan nak la sampai main redah je. kalau aku kaya mampulah aku nak beli ape pun. lain la produk korang tu murah..... ko ckp aku terus beli.. aptb


panas bunyinya dan tak sangka pulak status ni dah buat orang terasa hati. bukan sengaja mama lynn nak panaskan hati orang cuma geram bila seringkali dan acapkali dijadikan sasaran penjual dalam melakukan produk mereka.

contoh paling dekat untuk diri ni  seperti golongan TTC yang lain , suggestion untuk produk-produk kesuburan. kalau mama lynn nak listkan terlalu banyak brand. dari yang murah sampai yang mahal. dari jenis makan sampai ke jenis kena pakai. banyak sangat produk kesuburan kat pasaran sekarang ni.

 mama lynn tak nafikan yang pengambilan produk ni sedikit sebanyak membantu. teguran mama lynn bukanlah di atas keberkesanan produk cuma kepada penjual yang suka main terjah. untuk pengetahuan umum mama lynn dah pernah cuba produk SHAKLEE dan dah cuba amalkan makanan sunnah. tapi once ambil tapi tak konsisten pun tak best jugak kan. yang ni SILAP mama lynn jugak. 

yang masih di hati HERBALIFE jugak tp da abis stok la plak. gaji bln 2 ni la baru repeat beli. hehe kena pandai manage duit jugak.

sesak mama lynn membalas komen-komen yang ada. mana yang nak pretend its up to them. tak jadi satu kesalahan pun. cuma kalau kita tak tahu apa effort tuan punya badan + kita tak tahu kemampuan tuan punya badan bagi lah suggestion dalam nada yang bukan memaksa. bukan semua orang berkemampuan. 

moga-moga ayat-ayat yang keluar dari mulut kita tak mengguris hati orang. tak salah pun nak membantu. unless u alls suggest tapi bukan semata-mata kerana u alls supply produk itu baru nampak ikhlas membantu. yang beli produk tu pun kena hati-hati jugak. jangan kerana kita nak jaga hati penjual kita membazir duit kita kepada perkara yang tidak penting. 

panjang lak summary mama lynn hari ni. entri luahan isi hati hari ni sekurang-kurangnya dapat memberi manfaat kepada orang lain. mudah-mudahan.



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. Assalamualaikum awak. memang selalu camni. dah mengandung pun jadi sasaran penjual juga. heee berhabis la kalau terbeli kan. buat masa sekarang sheila makan produk shaklee b-complex dengan oste. tu je.. tak mampu la beli mahal2, banyak2. cukuplah sekadar vitamin (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. try jugak Shaklee tu cuma tak repeat beli.. hehe tu la.. beli mana yg mampu je ni . nk repeat blk makanan sunnah tu. xnk campr2 byk sgt supplement

      Delete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar