Followers

Wednesday, January 29, 2014

back pain (sakit urat belikat)



petang isnin lepas tiba-tiba mama lynn rasa sakit sangat kat urat belikat belah kanan belakang badan. sakitnya lain macam pulak. tanggapan mama lynn mungkin salah tidur tak pun effect daripada aktiviti hari ahad yang agak padat dengan aktiviti pembersihan kawasan rumah.

malam tu rasa tak boleh nak tidur. ya.. sakit sangat . mujur jugak la cream sapu panas en suami masih ada. ekceli awal minggu lepas en suami mama lynn cuti 3 hari sebab back pain jugak cuma en suami kena kat kawasan bahu sampai nak toleh kiri kanan pun tak boleh. macam dah di atur pulak, sekarang turn mama lynn. sementara tunggu en suami balik kerja mama lynn mintak tolong adik mama lynn sapukan flanil cream. bila en suami balik mama lynn suruh dia sapu pulak. alahai... nak tidur malam serba tak kena. pusing kanan sakit, pusing kiri sakit. asyik terjaga dibuatnya.

as solution pagi semalam mama lynn pergi jugak jumpa doktor. doktor tu tak tengok pun belakang mama lynn. dia just cakap "muscle pain tu"... dapat la flanil cream jugak + ubat tahan sakit. pagi tu jugak mama lynn terus telan ubat tu. alhamdulillah sakit belakang hilang terus. so semalam 3x mama lynn makan ubat tahan sakit. nak tidur tu baru suruh en suami sapu flanil cream. 


pagi ni bangun ..ya Allah sakitnya badan. kesan ubat tahan sakit dah habis. alahai mama lynn ni bukanlah tak tahan sakit tapi kalau kena sakit urat belikat macam ni sapa yang mampu nak berlagak tahan. try sapu flanil cream . sampai je opis terus je telan ubat tahan sakit. ni kalau tak ok jugak memang mama lynn nak g berurut. rasa nak menitik air mata ni. doakan mama lynn cepat sembuh ye. mama lynn nak balik kampung petang esok. kalau boleh nak balik dalam kesihatan yang memuaskan. kalau balik sakit-sakit tak seronok pulak rasa.  sedihnya bila dapat ujian sakit.... SABAR je lah


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

4 pesanan kasih sayang:

  1. Assalamualaikum awak. semoga cepat sembuh ye. selalu saya makan ubat muscle rileks.. cepat mengantuk, bila bangun esoknya alhamdullilah sakit beransur hilang... cuba cari ubat tu dekat Klinik Mediviron. ubat tu mahal sket, tapi berbaloi untuk cuba..

    ReplyDelete
  2. tq shiela utk suggestion ... nnt sy cuba cari ye + tq rajin singgah sini

    ReplyDelete
  3. Husband mel ritu sakit belakang, pergi urut dua kali tapi masih sakit juga. jumpa doktor kali ketiga baru dapat kesan masalah. Ada disk (xtau apa nama) dekat leher lari sikit, jadi bagi effect pada tulang belakang. try2 la g spital, wat xray, mana tau sakit benda lain pula..tapi minta jauhlah, nauzubillah. moga cepat sembuh. amin

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar