Followers

Wednesday, January 29, 2014

back pain (sakit urat belikat)



petang isnin lepas tiba-tiba mama lynn rasa sakit sangat kat urat belikat belah kanan belakang badan. sakitnya lain macam pulak. tanggapan mama lynn mungkin salah tidur tak pun effect daripada aktiviti hari ahad yang agak padat dengan aktiviti pembersihan kawasan rumah.

malam tu rasa tak boleh nak tidur. ya.. sakit sangat . mujur jugak la cream sapu panas en suami masih ada. ekceli awal minggu lepas en suami mama lynn cuti 3 hari sebab back pain jugak cuma en suami kena kat kawasan bahu sampai nak toleh kiri kanan pun tak boleh. macam dah di atur pulak, sekarang turn mama lynn. sementara tunggu en suami balik kerja mama lynn mintak tolong adik mama lynn sapukan flanil cream. bila en suami balik mama lynn suruh dia sapu pulak. alahai... nak tidur malam serba tak kena. pusing kanan sakit, pusing kiri sakit. asyik terjaga dibuatnya.

as solution pagi semalam mama lynn pergi jugak jumpa doktor. doktor tu tak tengok pun belakang mama lynn. dia just cakap "muscle pain tu"... dapat la flanil cream jugak + ubat tahan sakit. pagi tu jugak mama lynn terus telan ubat tu. alhamdulillah sakit belakang hilang terus. so semalam 3x mama lynn makan ubat tahan sakit. nak tidur tu baru suruh en suami sapu flanil cream. 


pagi ni bangun ..ya Allah sakitnya badan. kesan ubat tahan sakit dah habis. alahai mama lynn ni bukanlah tak tahan sakit tapi kalau kena sakit urat belikat macam ni sapa yang mampu nak berlagak tahan. try sapu flanil cream . sampai je opis terus je telan ubat tahan sakit. ni kalau tak ok jugak memang mama lynn nak g berurut. rasa nak menitik air mata ni. doakan mama lynn cepat sembuh ye. mama lynn nak balik kampung petang esok. kalau boleh nak balik dalam kesihatan yang memuaskan. kalau balik sakit-sakit tak seronok pulak rasa.  sedihnya bila dapat ujian sakit.... SABAR je lah


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, January 28, 2014

bila jadi sasaran penjual

PANAS !!!!! entri ni sengaja mama lynn tulis untuk share pengalaman mama lynn as "sasaran penjual" ekceli rasa cam best lak tulis topik ni bila respon yang mama lynn terima untuk status facebook mama lynn hari ni di luar jangkauan. tak sangka jugak ramai yang allert tentang situasi sebegini. 

STATUS FB YANG BIKIN SENSASI HARI INI

bila orang mengambil kesempatan ke atas diri kita.

1. lambat mengandung - promote produk kesuburan ( pil, korset , krim sapu dll)
2. bila kita gemuk - promote produk perlangsingan
3. bila kita x sihat - promote produk kesihatan
4. bila kita x berduit - promote suruh join business

** nak suggest boleh tapi jangan nak la sampai main redah je. kalau aku kaya mampulah aku nak beli ape pun. lain la produk korang tu murah..... ko ckp aku terus beli.. aptb


panas bunyinya dan tak sangka pulak status ni dah buat orang terasa hati. bukan sengaja mama lynn nak panaskan hati orang cuma geram bila seringkali dan acapkali dijadikan sasaran penjual dalam melakukan produk mereka.

contoh paling dekat untuk diri ni  seperti golongan TTC yang lain , suggestion untuk produk-produk kesuburan. kalau mama lynn nak listkan terlalu banyak brand. dari yang murah sampai yang mahal. dari jenis makan sampai ke jenis kena pakai. banyak sangat produk kesuburan kat pasaran sekarang ni.

 mama lynn tak nafikan yang pengambilan produk ni sedikit sebanyak membantu. teguran mama lynn bukanlah di atas keberkesanan produk cuma kepada penjual yang suka main terjah. untuk pengetahuan umum mama lynn dah pernah cuba produk SHAKLEE dan dah cuba amalkan makanan sunnah. tapi once ambil tapi tak konsisten pun tak best jugak kan. yang ni SILAP mama lynn jugak. 

yang masih di hati HERBALIFE jugak tp da abis stok la plak. gaji bln 2 ni la baru repeat beli. hehe kena pandai manage duit jugak.

sesak mama lynn membalas komen-komen yang ada. mana yang nak pretend its up to them. tak jadi satu kesalahan pun. cuma kalau kita tak tahu apa effort tuan punya badan + kita tak tahu kemampuan tuan punya badan bagi lah suggestion dalam nada yang bukan memaksa. bukan semua orang berkemampuan. 

moga-moga ayat-ayat yang keluar dari mulut kita tak mengguris hati orang. tak salah pun nak membantu. unless u alls suggest tapi bukan semata-mata kerana u alls supply produk itu baru nampak ikhlas membantu. yang beli produk tu pun kena hati-hati jugak. jangan kerana kita nak jaga hati penjual kita membazir duit kita kepada perkara yang tidak penting. 

panjang lak summary mama lynn hari ni. entri luahan isi hati hari ni sekurang-kurangnya dapat memberi manfaat kepada orang lain. mudah-mudahan.



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, January 24, 2014

impian yang takkan pernah padam

akhir-akhir ni banyak kali dengar berita tentang berita kehamilan orang. tak kira lah artis popular seperti didie aliar dan scha alyahya atau insan-insan disekeliling dan yang terbaru teman blogger mama lynn iaitu intan berlian da buat announcement ujian kehamilannya pagi tadi. mama lynn tumpang gembira mendengar perkhabaran tersebut. tahniah ina untuk baby yang ketiga. makin murah rezeki ina , macam bisness ephyra tu jugak . 

buat ibu-ibu mengandung diluar sana mama lynn doakan perjalanan selama 9 bulan menghamili amanah Allah SWT itu sentiasa dipermudahkan. moga kalian diberikan kesihatan tubuh badan. mama lynn tahu bukan senang nak mengharungi saat-saat mengandung ni. tapi dalam kepayahan tu Allah bagi keajaiban diakhirnya. hilang segala lelah bila melihat bayi tu lahir kelak.

mama lynn walaupun dah 4 tahun 6 bulan berumahtangga ni masih belum diberikan kesempatan oleh Allah untuk mengandung. mungkin ada hikmah disebaliknya. sebolehnya mama lynn tak mahu ada sifat cemburu melihat orang lain berbadan dua tapi sedikit sebanyak perasaan sedih dan hiba tu pasti ada. kadang-kadang terasa hinanya diri bila tak mampu melahirkan zuriat sendiri. tapi mama lynn cuba positifkan diri. mama lynn masih ada zahir dan diana. mama lynn juga ada aqeel, afif fikri dan aiman faliq. merekalah cinta hati ini. sebab tu mama lynn sebolehnya tak nak tinggal berasingan dari zahir dan diana. biarlah kami sebumbung buat selamanya. mama lynn bahagia dengan adanya mereka.

bila bercakap tentang simptom ibu mengandung mama lynn memang ada simptom tu sejak dulu lagi. bila fikir balik mama lynn masih beruntung walaupun tak mengandung tapi Allah bagi rasa macam ibu mengandung. ya mama lynn ni memang jenis akan mual-mual dan muntah bila dalam suhu yang sejuk. tak tau la kenapa sampai jadi macam tu. kawan-kawan kalau berdepan ngan mama lynn dalam situasi tu mesti buat andaian yang mama lynn ni pregnant. takpelah , itu pun DOA jugak kan. +++ time nak datang bulan tu mesti mengidam nak makan itu ini. kadang-kadang rasa kelakar pun ada. 

buat anda yg sudi doakan mama lynn. DOA kalian amat-amat mama lynn hargai. siapa tahu dengan doa kalian mama lynn diberikan rezeki tu kelak. in shaa Allah...

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Guess The Emoji

TERJEBAK. ok fine mama lynn da terjebak ngan games ni. Guess The Emoji. walaupun nampak macam games budak2 dan senang sebenarnya jenuh jugak nak berfikir. sape penah main games ni cuba share pengalaman korang ngan mama lynn.

apa yang buat games ni best bila kita da blur tahap gaban kita ley mintak tolong kat kawan2 via facebook share. x pun ley je mintak hint atau jawapan terus. tapi kalau pakai guna hint korang punya coins akan kena tolak. rugi la kan. baik tanya kat kawan2 korang je.

sebelum buat entri ni saje la google "Guess The Emoji" hahai siap ada link jawapan untuk semua stage. comfirm x enjoy bila ada jawapan kan. tak thrill la nanti. 

kalau korang nak test minda cepat2 download games ni. kat play store pun ada. free ke pun kan. mama lynn da sampai level 9. ada la saje tengok jawapan dia skit tapi x best main tipu camtu.. jangan main tipu tau..  ape pun enjoy your games.


 ni dia contoh soalan yang korang kena teka. ngan gambar-gambar yang diberikan kena la korang fikir apa jawapannya. jenuh gak mama lynn nak pikir soalan senang ni. hahaa.. TRENDING dan games ni.



LUCKY STAR


PEARL HARBOUR


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

new product : sardin roll frozen home made




pagi-pagi da buat posting tentang produk makan. mesti u alls semua lapar kan. hehe.. kali ni mama lynn nak introduce produk baru dari dapur rumah mama lynn. "SARDIN ROLL FROZEN" . tak mahal mana pun. hanya rm4.00 per pack. 1 pack ada 10 biji. inti sardinnya tak pedas mana, sesuai sangat kalau u alls nak goreng pagi-pagi as breakfast untuk asben ngan anak-anak u alls.

order ni terbuka kepada sesiapa yang tinggal di sekitar kapar, meru , klang dan shah alam .. mama lynn sediakan penghantaran percuma di pekan kapar, meru, pusat bandar klang dan pusat bandar shah alam.

macam mana nak order ?
senang je. u alls boleh msg, call, whatsapp atau call mama lynn di 011-11646607. in shaa Allah sekali rasa pasti nak lagi.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, January 23, 2014

cantik dengan SF beauty


hari ni time jalan-jalan on the way ke shopping mall tadi berselisih la ngan akak-akak jabatan taman, mbsa. hahai nak pengsan ada orang tegur muka mama lynn berubah. glowing ke ? takde la makna cantik pun cuma bila guna produk yang satu tu ni wajah u alls akan kelihatan sihat dan berseri. yang penting rona gelap pun akan hilang. 

bestnya produk ni sebab kesan positif dia u alls boleh dapat dalam tempoh 7 hari.ia akan memudarkan parut dan cela yang degil. yang pasti kulit wajah yang kasar dan berlubang tu akan perlahan-lahan melicin. ianya juga sangat sesuai bagi kulit berjeragat dan berjerawat.

SF beauty. dah bertahun jugak la mama lynn setia ngan produk ni. kalau dulu sebagai pengguna, sekarang mama lynn jual sekali. kalau nak order jangan segan-segan call / msg / whatsapp atau wechat mama lynn di no 011-11646607.

HARGA yang mama lynn tawarkan memang berbaloi-baloi.  kalau nak loose package pun ada.
  • set lengkap :  hanya RM 90.00 untuk Semenanjung Malaysia  & RM 95.00 untuk Sabah & Sarawak  (dapatkan dengan harga lebih rendah dengan pembelian lebih dari 2 set )
  • set percubaan  : hanya RM 70.00 untuk Semenanjung Malaysia & RM 75.00 untuk Sabah & Sarawak  






p/s : tak cuba tak tahu. jom cepat2 dapatkan produk SF Beauty
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, January 22, 2014

Cantik Dengan SF Beauty Dengan Harga Yang Lebih Murah Dari Pasaran

MAKLUMAT PRODUK 

sf sabun kecantikan 

natural dan bersih dengan vitamin E menolong meningkatkan metabolisme kulit, merencat proses penuaan dan meningkatkan keanjalan kulit. mengekalkan kelembapan semulajadi untuk lebih segar, licin dan bersih.

sf krim malam 

bahan semulajadi yang dirumus untuk menghilangkan jeragat, bekas jeragat disamping memutih dan memberishkan kulit menjadikan kulit halus dan bersih.

sf krim siang 

bahan semulajadi yang dirumus sebagai pelindung UV disamping melembab, melembut dan menyihatkan kulit.


 

 Panduan Penggunaan
*cuci muka dengan sabun 2 kali sehari.
*gunakan krim malam pada malam hari.
*gunakan krim siang pada siang hari (sebagai pelindung UV).
*sapuan kedua krim adalah nipis sahaja. jika kulit kering , basahkan hujung jari dengan air bagi memudahkan sapuan krim.
 
jika diawal penggunaan muka terasa pedih, hentikan penggunaan krim malam tetapi teruskan dengna krim siang dan sabun. selepas 2 atau 3 hari gunakan semula krim malam. antara kesan awal biasa adalah terasa gatal ditempat yang bermasalah dan pengeluaran minyak yang berlebihan (biasanya kesan ini hanya sementara dan akan beransur kurang). kadangkala bagi kulit yang kurang mendapat penjagaan sebelumnya akan berlaku sedikit pengelupasan HALUS di bahagian yang bermasalah.
kulit akan mendapat kelembapan semulajadi dan terasa halus dalam tempoh 1 hingga 3 minggu. krim malam boleh dikurangkan penggunaannya selepas hasil yang diharapkan diperolehi (seminggu 2 atau 3 kali sahaja).

Harga 
  • set lengkap :  hanya RM 90.00 untuk Semenanjung Malaysia  & RM 95.00 untuk Sabah & Sarawak  (dapatkan dengan harga lebih rendah dengan pembelian lebih dari 2 set )
  • set percubaan  : hanya RM 70.00 untuk Semenanjung Malaysia & RM 75.00 untuk Sabah & Sarawak 

  
pada yang berminat bolehlah hubungi Pengedar SF Beauty Shah Alam - Klang: 
Lynn Kamarul 011-11646607 melalui msg, whatsapp, wechat @ call

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

wordless wednesday : bila zamani abe tinggalkan jejak


p/s : tak ley cakap banyak.. ape pun mama lynn happy bila blogger terkenal tinggalkan jejak. jom intai-intai blog  zamani abe 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, January 21, 2014

ujian Allah buat hamba Nya yang kerdil

tak tahu nak kata hari ni bad day mama lynn atau tak. mungkin takde rezeki + Allah menguji. ya... cuba menerima ujian itu dengan sabar . setakat ni mama lynn masih mampu mengawal rasa walau di dalam hati bergelodak rasa kecewa. Allah dah aturkan yang terbaik buat setiap hamba Nya. mahu sentiasa positif.

hari ni duty mama lynn di kaunter jabatan. sampai time lunch hour terus terkocoh-kocoh ke bank untuk tukarkan syiling kepada wang kertas. sebelum tu singgah toilet. entah macam mana handphone yang ada dalam kocek seluar boleh termasuk dalam lubang kat lantai toilet. mama lynn hanya mampu memandang tanpa mampu berkata-kata.

macam ni la hp mama lynn yang jatuh gedebuss tu

urusan bank harus didahulukan. mama lynn berjalan kaki ke maybank depan mbsa ni je. sampai kat bank nak amik nombor untuk tukar syiling tapi petugas kaunter tu maklumkan yang mama lynn perlu masukkan syiling tersebut di dalam mesin syiling then bila dapat slip baru ambil nombor untuk bank in ke dalam akaun. queue kat dalam pulak ngam2 50 orang. dah la slip tu valid till petang ni je. nak tak nak memang kena uruskan hari ni jugak. dekat sejam jugak la bersantai kat maybank tu, selesai urusan di kaunter baru withdraw through atm machine pulak. hahai... satu satu lak kerjanya. 

balik opis da 2.10 ptg. try call bahagian penyelenggaraan bangunan kot-kot boleh dapatkan balik hp tu. alhamdulillah kul 3 tadi mama lynn da dapat hp tu balik cuma keadaannya agak menyedihkan. kat skrin da penuh air. mama lynn keluarkan sim kad dan memori kad kot-kot boleh guna lagi. kalau dah takde rezeki nak buat macam mana. urmm .. nak bukak pun x boleh. kawan2 suggest mama lynn biarkan je dulu air dalam hp tu tersejat sendiri. 

smelly. nama pun jatuh kat saluran air. macam2 bau ada. tak nak meratap sedih. dugaan kecil je ni. mama lynn kena positif. Allah sedang menguji diri ni. semoga mama lynn sentiasa tabah hendaknya. dugaan nak ke tanah sucikah ini ? takpelah.... in shaa Allah hati ni mampu lagi bersabar cuma bersedih tu tetap tak dapat nak dielakkan.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

kos sara hidup buat mama lynn tension

bulan ni betul-betul menguji diri mama lynn. silap sendiri jugak bila da ada saving tapi gunakan untuk hal remeh temeh. rasa serabut jugak la few day ni memikirkan gaji yang x dapat2 lagi ni. terasa lambatnya nak tiba 23 januari. nak nagis.. tragis sangat mama lynn ni kan tapi itulah hakikatnya . kalau takde duit memang serabut. susah hati betul.

dalam mind ni rasa nak berbisnes plak. yang boleh jana extra income untuk support perbelanjaan yang makin meningkat. 2014 ni barang apa je yang tak naik. hehee klishe je kan. tapi yang pasti brokoli dah murah sekarang ni. baru-baru ni g econsave beli saiz segenggam tu baru rm1.68. tapi en suami lak yang allergic ngan sayur-sayur berangin ni. eh... brokoli tu berangin jugak ker eh ???

mama lynn ada terfikir yang salah tak orang tu buat bisness dia beli dengan harga murah then jual ngan harga tinggi. inilah punca kenapa mama lynn serba salah nak join bisnes ni, bukan apa, katalah u alls beli 1 produk ni dengan harga rm100 padahal penjual tu dapatkan beli dari pemborong tak sampai rm50 pun. berkatkah duit keuntungan yang sebegitu. mama lynn rasa KEJAM kalau kita terlalu selfish mengejar keuntungan tanpa memikirkan hak pembeli. tapi itulah trend bisnes yang ada sekarang.


:: IKLAN ::

buat masa ni mama lynn supply produk  frozen je. jom intai produk segar dari dapur rumah mama lynn.






karipap pusing frozen & cucur badak frozen untuk tempahan. sesiapa nak selit order boleh msg @ call 017-6321498 . no 011 sebelum ni x ley nak guna 2-3 hari ni... so ape2 ley order by no 017 tu ye... in shaa Allah sekali rasa pasti nak lagi. 


*** penghantaran disediakan terus kepada anda di sekitar kapar, meru dan pusat bandar klang & shah alam. untuk kawasan lain penghantaran boleh dipertimbangkan. 

list harga :
karipap pusing frozen home made
inti kentang :rm4.00 /10 biji
inti ayam, sardin @daging :rm5.00 /10 biji

cucur badak frozen home made : rm4.00 /10 biji

**** tempahan untuk siap goreng juga diterima untuk majlis kenduri dll



....  sambung entri balik 

bila kos sara hidup makin meningkat memang mama lynn rasa terbeban sangat. cuma ape pun menyimpan tu WAJIB dipraktikkan. saving kalau tak banyak pun janji masa kita terdesak kita ada duit kat tangan. seboleh-bolehnya dalam hidup mama lynn ni tak suka nak menyusahkan orang lain.  solution mama lynn buat OT bila ada kerja. tu pun takde la selalu. macam bulan ni baru sehari je OT masa cuti thaipusam haritu. datang OT bukan la lepak kat opis sambil goyang kaki tapi mama lynn siapkan kerja pejabat yang tertunda. kena fikir jugak HALAL HARAM setiap sen yang masuk ke poket kita. 

macam supply produk frozen ni bukan mama lynn yang buat tapi life share partner  mama lynn. mama kepada anak-anak mama lynn. sekurang-kurangnya bila masing-masing mencari rezeki, duit belanja rumah pun sentiasa ada. kalau mama lynn susah pun dia boleh bantu. alhamdulillah, bersyukur ada life share partner  yang baik macam ni. hehe... 

DOA mama lynn agar Allah permudahkan mama lynn, en suami, life share partner , emak, abah dan adik beradik mama lynn peroleh rezeki yang halal dan berkat. lepas ni kena plan untuk menyimpan EXTRA sikit.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, January 9, 2014

entri pendek : kaunter


pagi ni mama lynn bertugas di kaunter jabatan till 1 tgh ni. saje nak share pic kaunter jabatan kejuruteraan, mbsa yang dah berubah wajah ni. tak siap lagi sebenarnya. kerusi pun pakai yang lama dulu. tak sabarnya nak lihat fully finished. confirm korporat sangat ala-ala opis swasta.

entri pendek je . xde public sampai lagi updated blog kejap sambil tengok-tengok komen yang masuk then usha stats blog. bila lagi nak capai SEO ni. hahaha berangan je la. takde cerita best pagi ni. tak bape gemar share topik yang sama ngan blogger lain. hahahaa.... kadang2 mungkin ya. sebab tu la blog ni lagi banyak cerita personal kan. 

kalau u alls ada apa-apa cadangan untuk memeriahkan blog yang suam-suam kuku jangan segan-segan komen kat sini. lately ni semangat blogging pun dah down. hehe... jumpa nanti ye .. #KERJAKERASJOM!!!!


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, January 8, 2014

spontaneous thursday : itulah hati

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jik...a baik segumpal daging itu, akan baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak, akan rosaklah jasad keseluruhannya. Ketahuilah! Segumpal daging yang aku maksudkan itu ialah hati” (Riwayat Imam al-Bukhari). Apa yang kita tanam dan yang kita keluarkan daripada hati umpama benih yang baik, maka kita akan dapat menyemai pohon yang baik. Maksudnya di sini, jika hatinya bersih, elok dan soleh, maka segala tindakan dan perlakuan yang lahir dari anggota-anggota jasadnya akan turut bersih, elok dan soleh di mana matanya hanya melihat perkara kebaikan, telinganya hanya mendengar bunyi yang elok, mulutnya hanya berbicara tentang ilmu, tangannya tidak mengambil hak orang lain, kakinya hanya akan melangkah ke tempat-tempat yang baik dan seterusnya. Namun jika hati kotor, jahat dan fasiq, maka anggota-angota badan juga akan turut menjadi sepertinya.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Mahal & Kenaikan Harga VS Jimat

MAHAL !!!!! NAIK HARGA !!!! 2 isu ni sentiasa bermain dibibir rakyat Malaysia akhir-akhir ni. jangan cakap yang u alls tak kisah atau boleh terima kenyataan PERIT ni. hahaiii .... 1st sekali mama lynn bukan nak cakap tentang isu politik. mama lynn tak mahu mana-mana pihak tersinggung dengan entri mama lynn ni. sekadar luahan rasa seorang wanita yang hanya bekerja sebagai pembantu tadbir gred N17.

mama lynn sangat-sangat terkesan dengan segala KENAIKAN tak kiralah barang apa pun. sejak harga minyak naik, gula naik ...... penyakit naik harga ni menjadi-jadi pulak. paling terbaru kenaikan harga makanan di kantin sekolah. dah masuk hari ke 8 di tahun baru ni baru sibuk nak tulis entri ni. biar terlambat asalkan mama lynn dapat share apa yang mama lynn rasakan. mujur jugalah anak bujang mama lynn bersekolah di kawasan pekan je. kalau duduk tengah bandar tak tahu lah berapa duit belanja nak kena peruntukkan sehari-hari.

kat kapar ni harga makanan kat kantin sekolah consider terkawal lagi. ekceli mama lynn ada sedikit tips untuk ibubapa di luar sana. mama lynn percaya yang anak-anak ni susah nak train diorang bawak bekal g sekolah kan. why not kita bekalkan apa yang di jual di kantin sekolah yang anak-anak suka sangat makan. yang boleh dikatakan dia akan repeat beli hari-hari. tak salah kita tanya anak-anak kita "kat sekolah tadi makan apa ? " tak pun "apa yang along suka makan kat kantin sekolah " . dari situ kita boleh develop sikap bawa bekal dari rumah. belanja sekolah pun boleh dijimatkan. alhamdulillah anak bujang mama lynn tak terlalu boros dalam berbelanja. mamanya akan berikan rm2 untuk 1 sessi persekolahan. balik sekolah mesti tanya ada baki tak. kebiasaannya mesti berbaki rm1. so.. rm1 tu mamanya akan collect balik then sessi petang akan gunakan duit yang sama + rm1 lagi. balik sekolah sessi petang pun akan tanya semula belanja sekolah tadi ada baki tak. biasanya zahir akan dibekalkan dengan air , so x payah dah keluar duit untuk beli air di sekolah. kan dah boleh berjimat di situ.





panjang pulak ulasan belanja sekolah ni. almaklum sejak anak bujang sorang tu masuk skool mak dia ni pulak yang seronok tengok perkembangan anak. untungnya zahir ada mama dan mak yang sentiasa care tentang dirinya. (menyimpang isu kejap)

belanja dapur pun juga terkesan. lagi-lagi keluarga mama lynn ni business kecil-kecilan karipap pusing frozen + cucur badak frozen. kos makin meningkat tapi harga produk nak dinaikkan tak sampai hati pulak.


** nak iklan kejap 



karipap pusing frozen & cucur badak frozen untuk tempahan. sesiapa nak selit order boleh msg, whatsapp, we chat @ call sy di 011-11646607 (office hour) atau msg @ call 017-6321498 (after office hour) . jom cepat2 order. in shaa Allah sekali rasa pasti nak lagi. 

*** penghantaran disediakan terus kepada anda di sekitar kapar, meru dan pusat bandar klang & shah alam. untuk kawasan lain penghantaran boleh dipertimbangkan. 

list harga :
karipap pusing frozen home made
inti kentang :rm4.00 /10 biji
inti ayam, sardin @daging :rm5.00 /10 biji

cucur badak frozen home made : rm4.00 /10 biji

**** tempahan untuk siap goreng juga diterima untuk majlis kenduri dll









latest harga plastik untuk bungkus produk dah naik pulak. kata tuan kedai tu "harga kos dah meningkat". terkedulah jugak...

baru-baru ni ke pasar borong, harga telur pun dah naik jugak .. hahai... konon nak save la bajet nak beli telur tapi sama jugak macam beli makanan basah lain. beli bawang rm3 pun boleh kira dapat berapa biji je. mngeluh pun takde sapa nak dengar suara mama lynn ni. SABARLAH duhai hati.

tak tahu la pulak lepas ni harga barang apa lagi yang naik. dengan pendapatan keluarga yang bukanlah besar ni nampak gaya kenalah elakkan aktiviti riadah yang menggunakan belanja yang tinggi. semoga kita semua tabah lah mengeluarkan duit poket untuk berbelanja. kena get ready, tahun depan nak kena cukai GST pulak. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, January 7, 2014

etika di laman sosial

petang-petang ni terasa nak share perihal etika di laman sosial. mungkin entri mama lynn ini dapat membantu u alls dalam menggunakan laman sosial yang kadang-kadang boleh memberikan impak negatif terhadap orang lain. nama pun manusia kan, kadang-kadang kita tak mampu nak mengawal emosi . lagi-lagi bila kita sedang dilanda kemurungan atau marah pada seseorang.

1. pada yang dah berumahtangga jangan sesekali menulis sesuatu yang boleh mengaibkan pasangan kita di laman sosial. kita perlu ingat yang perihal rumahtangga ni perkara yang terlalu sensitif dan bersifat peribadi. masalah bersama pasangan tidak perlu diheret ke laman sosial kerana ianya akan membuka peluang kepada orang luar untuk mengetahui peribadi dan kelemahan diri kita.

2. status atau posting yang bersifat menghina agama dan mengapi-apikan sentimen perkauman sangat-sangat perlu kita jauhi. ianya boleh menyebabkan kita jadi berpecah belah. kan tak best bila kita bermusuh hanya kerana isu-isu yang kecil tetapi diperbesarkan. kesalahan tidak perlu diletakkan pada AGAMA atau KAUM tetapi lihatlah pada diri individu itu sendiri.

3. pada yang bekerja dengan KERAJAAN tu beringat-ingatlah kalau nak muat naik status di laman sosial. jangan sampai kita terlalu teruja nak share info ngan orang lain sampaikan RAHSIA KERAJAAN pun kita bocorkan. hal-hal macam ni boleh menjadi punca u alls dibuang kerja atau dikenakan tindakan tatatertib.

4. pada u alls yang tengah marah dengan someone else tu x payah la nak emo-emo sampai status pun boleh menjurus kepada FITNAH. lagi-lagi bila ianya bolh menjatuhkan maruah individu atau membuat u alls kena saman lagi. x pasal-pasal kena naik court nanti.

5. yang suka upload gambar tu pulak jangan la letak gambar yang bukan-bukan. nanti orang lain salah guna tahu pulak u alls nak marah kan. diri kita sendiri yang tentukan apa yang kita mahukan. hati manusia ni kita tak boleh nak jangka. 

6. jangan sesekali mengaibkan orang lain. tak kiralah siapa pun dia. hal-hal begini kadang-kadang boleh meleret-leret. percayalah once kita buka AIB orang , Allah akan buka aib kita kelak. yang buruk tu kita simpan je la... tak payah nak sebar sampai mengaibkan orang. lagi-lagi bila orang lainboleh detect siapa orang yang kita aibkan tu.

setakat tu je la yang mama lynn dapat kongsikan. beringat-ingat ketika menggunakan media dan laman sosial. memang tak jadi kesalahan menjadi pengguna laman sosial cuma yang salahnya cara kita mengendalikannya. nak menulis ni kena beringat, jangan sampai memakan diri sendiri dah la kan.

kredit :  MAMPU .

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

BR1M : Permohonan Dibuka Sehingga 31 Januari 2014


mama lynn bukan blogger yang berpihak strictly kepada mana-mana parti politik. tapi PENTING untuk mama lynn  share info berkenaan BRIM 2014 ni. takut jugak andai ada yang terlupa yang tarikh tutup pendaftaran BRIM 2014 akan berakhir 31 Januari 2014 ni. u alls ada masa lebih kurang x sampai sebulan lagi untuk membuat permohonan.

pada yang dah pernah dapat BRIM sebelum ni kalau ada nak kemaskini no tel, pekerjaan, nama bank, no akaun bank, alamat emel dan alamat surat menyurat terkini boleh buat secara online je. kat bawah ni mama lynn ada share link untuk u alls updated. 




oppsss.... another info, kalau sebelum ni u alls apply dengan status bujang dan sekarang u alls dah berkahwin kemaskini perlu dilakukan dengan mengisi borang BRIM dan dihantar ke pejabat LHDNM berhampiran.  

mama lynn tak mahu komen panjang-panjang. nasihat mama lynn cepat-cepatlah ye buat permohonan bagi yang layak. HAK RAKYAT tak boleh kita nafikan.  

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar