Followers

Tuesday, December 24, 2013

seharian di PD

port dickson merupakan pusat pelancongan kat Malaysia yang saban tahun mama lynn wajib pergi. tak bosan pun kalau repeat ke PD banyak kali. mama lynn paling suka lepak kat teluk kemang tu.. ada memori PAHIT jugak kat situ. kalau ingatkan balik memang sentap. KUDA oh KUDA !!!!!!!
 
kali ni follow family en asben jalan-jalan. diorg bermalam kat bay view apartment. betul-betul belakang round bout kecil kat simpang nak ke teluk kemang tu. so far apartment tu biasa2 je la. janji family en asben dapat bermalam dengan selesa, tu pun cukup baik. ekceli mama lynn da booking homestay tapi memandangkan jauh sangat dari pekan adik ipar carikan tempat menginap lain. kat bay view ni ada kolam renang.. boleh la tumpang sekaki sekali nanti. mama lynn pernah menginap kat bay view hujung tahun lepas tapi kat rest house MBSA yang sememangnya jauh lebih selesa dari yang mereka check in ni.
 
sampai je PD kami settlekan check in dulu pastu baru cari port untuk lunch.. yeayy dapat jugak makan kat kedai makan koboi tu. betul2 kat sebelah MARINA. sedap sangat ker ??? hehe boleh la . mama lynn makan ayam bakar ngan air tembikai. sos black paper dia agak likat tetapi kurang gelap warnanya. kira ok lah dapat makan sekali kat situ. makan pun pakai pinggan ngan cawan polistrin u alls. 1 set nasi ngan ayam panggang tu takdelah mahal sangat, baru rm5.00.
 
lepas lunch kami bali ke apartment dulu. nak mandi manda kat pool dulu baru ronda-ronda ke teluk kemang. mama lynn memang pantang jumpa kolam renang. heheh excited sungguh jumpa air kolam . ekceli lagi prefer mandi kolam dari laut. kalau mandi laut berpasir + cuaca pun membahang. berjam-jam jugak la mandi kat kolam bawah apartment tu. dah puas baru reti naik atas.
 
lewat petang tu barulah kami ke teluk kemang. mama lynn tak berjalan sampai ke pantai pun. lepak-lepak kat balloon park tu je. orang jauh memang seronok la berjalan then shopping kat bazaar area teluk kemang tu. maklumlah bukan selalu orang kedah dapat turun PD.. . anak-anak je yang excited dapat main basikal (zahir) dan balloon park (diana) . nak kena pantau diorang so memang x dapat nak ke mana.
 
sebelum bertolak pulang malam tu singgah dinner kat "jimat seafood". lokasi seberang jalan dari pantai teluk kemang tu.. jalan ke depan sikit je bila keluar dari situ dah nampak restoran ni. makan kat situ sedap + murah.. betul la jimat, lagi jimat dari makan kat kedai makan koboi tepi MARINA tu. memandangkan yang lain bermalam kat PD , agak berat hati jugalah nak berpisah. ahli keluarga yang lain nak berjalan ke pantai timur pulak lepas PD. kami nak join pun cuti both asben & wife memang takde. next time in shaa Allah. target mama lynn bulan 3 next year nak turun terengganu plak. kakak ipar kat sana so penginapan xde problem sangat.  
 
 
untuk u alls mama lynn tinggalkan gambar kami untuk tatapan. hehe macam comell je. suka ambil gambar dalam kedai makan koboi tu.
 



























♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. Kalau bercuti nampak anak2 lagi seronok dan gembira...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tau xpe. kita yg dah besar2 ni kena bg turn kat anak2 lak rasa happy bjalan

      Delete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar