Followers

Monday, December 16, 2013

inspirasi

me 2013
me 2002
bila tengok gambar mama lynn di awal tahun 2000 dulu memang sangat-sangat berbeza dengan sekarang. rasanya masa ni berat mama lynn baru 60kg ++ . sekarang jangan tanyalah berapa. memang berpuluh kg naik. lagi-lagi lepas kawin, bagai dipam-pam.
 
memandangkan mama lynn dalam proses menurunkan berat badan gambar mama lynn sebelas tahun yang lepas ni akan menjadi sumber inspirasi buat diri ni. orang kata kalau nak gemuk memang senang kan. kalau nak kurus bertahun jugak la kena tunggu.
 
ahamdulillah diet mama lynn berjalan dengan lancar. nasi memang dah takde dalam menu harian. kalau ambil heavy meal pun yang selalu mama lynn ambil adalah bihun. cuma sesekali kalau teringin nak makan mee atau kuew tiau tu makan jugak la. kadang-kadang teringin nak makan fast food. mama lynn takde la pantang sangat cuma mama lynn akan pastikan yang malam memang no heavy meal. setakat meratah sayur atau lauk. air teh HL tu WAJIB minum more than 3 liter /day. BILAS balik lemak2 tu. bagi mama lynn nak diet ni tak boleh nak poyo sangat cos nanti tak ke mana. take time pun takpe dari tak buat apa-apa.
 
GEMUK tu takde la hina cuma kalau orang asyik tegur tu sentap la jugak. kalau dah nak cari baju pun susah xkan nak biar diri terus bersaiz XXXL kan. kalau dapat capai XL pun dah cukup bersyukur. lagipun kalau kita tak gemuk , in shaa Allah penyakit pun susah nak dekat.
 
in shaa Allah by ujung bulan ni mama lynn akan kongsi update terkini perubahan selepas genap sebulan mama lynn ber DIET. dapat turun 2kg pun dah cukup puas hati. doakan mama lynn berjaya k.  

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

1 pesanan kasih sayang:

  1. semoga berjaya akak :) ada usaha insyaAllah :)

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar