Followers

Monday, December 16, 2013

hidup untuk Dia


cahaya kehidupan
cahaya itu hadir dari punca yang malap
cahaya itu menjadi terang tanpa kita sedari
kerana yang malap itu masih mampu terang
kerana yang malap itu tak selamanya malap

itulah kehidupan
orang kata hidup umpama roda
terkadang kita di atas dan terkadang kita di bawah
tapi apa yang kita kan rasa
bila kita di bawah dan selamanya kita terus di bawah

hidup itu tak perlu disesalkan
hidup itu tak perlu kita gusarkan
walau sakit walau perit
kerana hidup yang sakit dan perit itu mengajar kita erti kedewasaan

terima kasih Allah
di atas segala-gala yang Kau limpahkan
aku tetap kan bersyukur walau di bawah walau di atas ku berada
kerana bagiku
hidup aku untuk akhirat.. yang hakiki
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

1 pesanan kasih sayang:

  1. syukur atas nikmat yang diberikannn...puitis sungguh mamalyn...

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar