Followers

Monday, November 11, 2013

#throwback kerja + holiday di PD

 
hari ni saje je nak #throwback balik moment berbengkel sambil bercuti di port dickson 24 hingga 25 oktober yang lepas.
 
kenapa mama lynn panggil berbengkel sambil bercuti ?
manakan tidak. mama lynn sekadar jadi urusetia kursus. best jugak cos dapat la lari 2 hari dari bekerja. sekali-sekala dapat berkursus di luar memang best.  mind set pun memang untuk relaks. enjoy jugak walau sekadar stay kat PD 1 malam.
 
mama lynn stay di the regency tanjung tuan beach resort  . facilities kat situ pun best jugak + pantainya sangat bersih. cuma yang mama lynn rasa tak enjoy bab makan. nak keluar makan kat luar transport lak takde. mama lynn berkursus pun tumpang rakan sekerja. memandangkan pakej berkursus ni ada provide makan, mama lynn makan je apa yg diberikan. cuma seandainya ada transport memang mama lynn akan cari makan kat luar. bukan x bersyukur cuma kurang gemar dengan menu yang disajikan.
 
hari terakhir a.k.a hari kedua di the regency mama lynn sempat jugak spend masa berenang kat swimming pool. memandangkan mama lynn tak pandai berenang , mandi pun kat tepi2 je la. kalau setakat nak swim sikit2 tu gagah jugak la kan.
 
hope next time dapat g holiday ngan family sendiri. ngan suasana sekitar yang best rasa relaks sangat + menyamankan. rate kat the regency ni boleh tahan jugak. hehe kalau ada extra bajet boleh la dijadikan tempat pilihan untuk bercuti.
 
sedikit perkongsian gambar sepanjang 2 hari mama lynn di sana. nak share banyak2 takut orang muak. hehehe... yang penting disebabkan FREE memanglah mama lynn happy kan.
 
 
 









 

 





♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. bestnyaaa sambil menyelam sambil minum air ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenyang minum air.. hehee cuma x dpt nk bjlan sgt la

      Delete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar