Followers

Wednesday, November 6, 2013

resepi : bihun sup ala mama lynn

bihun sup ala mama lynn

mama lynn ke dapur ? hehe jangan tak percaya pulak. mama lynn xde la pandai sangat memasak tetapi kalau setakat menu simple tu boleh la mama lynn masak. macam semalam sempena cuti maal hijrah mama lynn masak menu paling simple dan senang. BIHUN SUP ala mama lynn. sesiapa nak cuba kat rumah boleh la guna resepi simple dari mama lynn ni.

bahan-bahan :

bahan bihun:
sebungkus bihun
sedikit kunyit

bahan sup:
1/4 ayam yang dipotong kecil (mama lynn pilih bahagian tulang)
1 peket bebola
sedikit garam
2 kiub ayam
sedikit daun sup
seulas bawang besar
3 ulas bawang putih
air secukupnya ( 4 cawan ++)
setitik serai

bahan sambal kicap:
setengah cawan kicap manis
10 biji cili padi (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
5 biji bawang putih
secubit garam
2 sudu gula

cara memasak :

1. rebus air di dalam periuk, bila dah agak panas masukkan serbuk kunyit dan kacau sebati di dalam air. kemudian masukkan bihun dan rebus sehingga lembut. dah agak lebut boleh la toskan bihun tadi. takut kalau lama sangat rebus bihun terlajak lembut.
 
2. untuk kuah sup tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga garing. selepas itu masukkan air tadi . biarkan air mendidih kemuadian masukkan ayam , belola, serai. jangan lupa masukkan garam dan kiub ayam. biarkan ianya merenih sehingga ayam masak. akhir sekali masukkan daun sup. bila ayam dah masak boleh la tutup api tu.
 
** (kalau nak sup rasa pedas boleh masukkan cili padi, tapi dah ada sambal kicap so mama lynn memang x masukkan).
 
3. buat sambal kicap paling senang. sekadar satukan semua bahan2 tadi dicampur dengan sedikit air pastu blend. kalau rasa nak pedas tambah la cili padi lagi.
 
hehe simple je kan resepi mama lynn ni. simple macam ni pun sedap jugak tau. semangat anak-anak makan. repeat 2-3x kali makan. sejak en suami ada depan mata kalau cuti memang mama lynn akan masak. sebenarnya rasa bahagia melihat en suami jamah air tangan isteri. in shaa Allah ... dari membazir makan kat kedai sesekali cuba la masak kat rumah. anak-anak pun pasti suka.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar