Followers

Friday, November 15, 2013

lost word of tambun : makan malam di restoran simpang tiga

memandangkan hari ni kerja kat pejabat tak berapa nak ada (mood weekend) mama lynn nak sambung cerita holiday kat ipoh minggu lepas. kali ni alkisah dinner di restoran simpang tiga yang terletak di greentown square. kat bawah ni mama lynn ada info lokasi restoran tersebut. memandangkan mama lynn tak berkesempatan nak ambil gambar restoran dan menu padang yang disediakan , mama lynn suggest u alls singgah di blog INI. kat sini memang details bercerita al-kisah restoran tersebut. walaupun entri tersebut ditulis pada tahun 2010 rasanya masih lagi boleh di gunapakai untuk rujukan u alls.
 
Restoran Simpang Tiga
D-G, Greentown Square,
Jalan Dato Seri Ahmad Said,

30450 Ipoh, Perak, Malaysia.
Tel No : +605-255 1220/1180

mama lynn dan team kerja memilih menu BBQ untuk dinner. siap ada dewan makan khas untuk function. tema dinner kami adalah warna merah dan merah jambu. mama lynn recycle balik baju yang mama lynn pakai masa bekursus di PD aritu. nak beli baju baru gaji pun lambat lagi. hehe .. dinner santai-santai je pun.
 
 
 




sebelum keluar dari hotel memang wajib ambil gambar. mama lynn memang ratu kamera. fotogedik sangat. taddaaa.. simple je kan mama lynn malam tu. blouse muslimah rona soft pink menjadi pilihan di hati. blouse tu mama lynn beli kat peace collection. kat situ je la senang nak jumpa blouse ++ size. tudung dan inner beli kat bazarena je.











 
 
malam dinner tu ada cabutan bertuah. semua team kerja dianggap bertuah cos masing-masing pulang dengan 2 hadiah. yang pasti sebelum dapat hadiah kena menyanyi dulu. segannya nak menyanyi depan rakan-rakan sekerja. selalunya kalau karaoke pun dengan suami dan ahli keluarga je.
 

ibunda yang setia menemani mama lynn sepanjang di ipoh. alhamdulillah dapat juga mama lynn bawa ibunda berjalan. mak memang puas hati dinner kat restoran ni. sedap katanya. rugilah adik mama lynn yang tinggal di hotel (x nak ikut sebab mengantuk) .

 
heavy meal mama lynn malam tu. macam-macam ada sampaikan tak tahu apa yang nak di makan. so far sangat-sangat berpuas hati dengan menu yang disediakan. dinner buffet ni kalau tak silap mama lynn rm40 seorang. kalau untuk function takdelah terlalu mahal + menu nya memang sedap-sedap.
 
panjang sangat dah entri ni. next entri mama lynn nak share hadiah yang mama lynn dapat pulak. hope u alls takde la bosan dengan cerita mama lynn ni.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar