Followers

Wednesday, November 27, 2013

kembali berdiet bersama Herbalife

suatu masa dulu 3 produk ni BFF mama lynn
mengimbau kenangan berdiet tahun 2012. untuk 3 bulan ++ berdiet dengan the Herbalife mama lynn berjaya menurunkan berat badan sebanyak 6kg ++. dalam tempoh tu jugak tiada nasi dalam menu harian. selepas mula mengambil nasi semula berat badan mama lynn naik berganda-ganda. dan setelah 11 bulan berlalu semangat diet mama lynn kembali semula.
 
masih mengekalkan produk yang sama iaitu the Herbalife. actually teh ni pun bukan la ubat kurus tetapi sekurang-kurangnya dengan pengambilan teh ni mama lynn akan lebih motivated diri. sapa yang suka GEMUK kan. lagi2 bila ada je suara-suara sinis mempersendakan tubuh badan kita.
 
kalau ikut supplement mama lynn ni jenis on off. tapi mulai saat ini mama lynn kena betul2 struggle. baik untuk kesihatan juga usaha untuk menurunkan berat badan.


mama lynn ada sebab tersendiri kenapa mama lynn perlu turunkan berat badan. bukan atas dasar nak cantik semata-mata. misi utama mama lynn adalah untuk memudahkan mama lynn mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk mengandung. sekarang ni mama lynn masih meneruskan pengambilan set kesuburan SHAKLEE. setelah 4 tahun 4 bulan mama lynn masih belum diberikan rezeki mengandung. mudah-mudahan bila dapat berat badan yang ideal potensi mengandung tu lebih tinggi.
 
semalam mama lynn cuba membiasakan diri untuk tidak mengambil nasi. alhamdulillah misi hari pertama berjaya. walaupun semalam mama lynn tetap mengambil heavy meal, itu permulaan yang baik juga untuk diri ni. kali ni x mahu hangat-hangat tahi ayam. moga dipermudahkan hendaknya niat diri ni.
 
in shaa Allah day by day kena catit jugak menu harian yang mama lynn ambil. target mama lynn for this few month untuk kurangkan 5kg dahulu. by step la kan. tak nak letak target tinggi sangat. wish me luck alls.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

4 pesanan kasih sayang:

  1. good luck mamalynn..next year sy plak nak jlnkn misi kuruskan badan after bersalin..

    *produk shaklee rasanya ok kot..

    ReplyDelete
  2. amin . moga2 mama lynn cepat mngandung . and gud lark mama lynn .

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar