Followers

Monday, November 18, 2013

gigi oh gigi

hari ni kali ketiga mama lynn ke klinik gigi dalam tempoh 4 minggu ni. 1st time pergi aritu mama lynn buat tampalan sementara je. 2 week after (12 november) baru dentist buat tampalan kekal. reason buat tampalan sementara adalah kerana masa 1st time jumpa dentist tu gigi mama lynn terasa sakit berdenyut-denyut.
 
2nd time datang jumpa dentist terus buat tampalan kekal. sambil tu periksa either ada lagi tak gigi berlubang. yeayy memang teruk la mama lynn ni. ada lagi rupanya yang berlubang pada gigi bahagian atas. memandangkan tak boleh buat pada hari yang sama mama lynn kena set for 3rd appointment iaitu hari ni.
 
NYILU SANGAT-SANGAT. terasa sampai sekarang kot nyilu gigi kena gerudi ngan dentist tu. tahan je la. huhuhu 3 tempat jugak la kena tampal hari ni. SEDIH cos di usia 30 tahun ni gigi mama lynn bertampal di lebih 5 tempat. tu belum lagi 2 gigi yang dah kena cabut. salah sendiri tak pandai jaga gigi.
lepas ni kena betul-betul jaga kesihatan gigi. bukan muka je nak kena cantik. gigi tu lagi penting. tak nak la muda-muda dah kena bergigi palsu. MALU nya lah kan kalau kena bergigi palsu.
 
PENGAJARAN buat diri sendiri. harap gigi mama lynn lebih sihat lepas ni. tak boleh nak makan manis-manis sangat lah lepas ni. ape pun rasa lega bila gigi yang rosak dah bertampal. sakit gigi ni kalau dibiarkan memang meleleh jugak la air mata mama lynn ni.


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar