Followers

Friday, November 8, 2013

blog suam-suam kuku

melapangkan diri untuk menulis pagi ni. rasa lapang sebab duty mama lynn pagi ni di kaunter jabatan. dapat lari dari kerja hakiki sampai lunch hour ni. tak tahu kenapa lately ni gelisah melihat blog yang suam-suam kuku ni. otak mama lynn sendiri tepu tak tahu nak tulis entri tentang apa. sebaknya sebab sepanjang bertahun mama lynn jadi blogger tahun ini adalah yang paling suram.
 
kalau dulu memang mama lynn rajin blog walking. tahun ni nak jengah blog orang pun ambil masa. bukan berkira-kira atau tidak sudi tapi kekangan masa menjadi punca. kalau ikutkan hati target mama lynn seminggu sekurang-kurangnya ada 3 hingga 4 entri. tapi sekarang dah jadi lain. dalam sebulan nak tulis 10 entri pun berat.
 
mama lynn sedang berkira-kira mencari penulisan yang paling tepat untuk mama lynn tulis dan kongsikan di sini. entri yang memang orang tercari-cari info tentangnya. bukan sekadar omongan kosong tentang life mama lynn yang biasa-biasa je ni. mama lynn bukanlah artis popular yang ada gossip panas untuk ditatap.
 
next week adalah cerita best untuk mama lynn tulis. tak sabar nak kongsikan aktiviti hujung minggu mama lynn. in shaa Allah kalau tiada aral esok pagi mama lynn akan ke lost world tambun di Ipoh. family day unit mama lynn. rasa excited jugak cos kali terakhir mama lynn ke sana 5-6 tahun lepas rasanya. en suami, anak2 dan share partner mama lynn tak dapat join sama. kali ni mama lynn bawak ibunda dan adik-adik. in shaa Allah next week boleh la bawak anak-anak berjalan pulak. by turn jugak nak bahagikan masa ni.
 
will meet in next entri. nak cari bahan sikit untuk perkongsian bersama. in shaa Allah. moga dipermudahkan niat hati ni untuk berkongsi cerita, manfaat dan kebaikan.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. wah bestnya..iman 2thn dok ipoh pon xpenah g LWT hahaha mcm mahal je..jgn lupa ole2 deh

    ReplyDelete
    Replies
    1. oleh2 ape tu... ngeee excited macam budak2 dah mama lynn ni

      Delete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar