Followers

Friday, November 1, 2013

bajet oh bajet

mama lynn rasa dah ketinggalan lama untuk bercerita soal bajet 2014. mama lynn bukan pakar ekonomi untuk merumus tentang bajet tersebut. biarlah orang yang pakar sahaja yang membuat rumusan tentangnya. jujurnya hidup zaman sekarang memaksa kita bekerja dengan lebih kuat. memaksa kita untuk tidak bergantung pada bantuan semata-mata.
 
buat masa ni rumah mama lynn masih dalam proses renovation. buat garage kereta je dah telan bajet rm10k. tu belum dikira untuk harga pagar lagi. berkira-kira jugak untuk sambung rumah memandangkan bajet tak berapa ada. bila fikir balik nilai mata wang sekarang sangat-sangat rendah. kalau dulu mesti dah dapat tambah bilik sebuah atau buat pintu sliding. kuasa duit memang besar pada zaman sekarang. kalau takde sen nak buat apa pun tak lepas.
 
sakitnya kita berada di bawah. pak menteri jugak yang kaya raya. jangan dikata kalau nak senang kena join MLM. jangan dikata kalau nak senang kena jual produk. tapi hakikat yang perlu lihat sekarang betapa sengsaranya kita nak survive dalam Negara sendiri. kalau mengharap suami sahaja yang bekerja memang kita tak dapat nak beli apa-apa. sedihnya melihat situasi begini.
 
ini zaman kita. mama lynn tak dapat bayangkan zaman anak-anak kita kelak. apalah yang dapat kita beli dengan duit rm50. mama lynn ada mendengar ura-ura 2014 tahun dugaan untuk kita. kita ada kira-kira 2 bulan sahaja untuk mempersiapkan diri. berhentilah sikap boros kita tu sebab kita tak jangka apa yang menanti kita di masa depan.


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

1 pesanan kasih sayang:

  1. humm betul kita kene harus beringat. nilai duit dah semakin kecilll

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar