Followers

Wednesday, November 27, 2013

Kenapa Rel Kereta Api Banyak Batu Kerikil?

1. Fungsi batu kerikil pada rel kereta api adalah sebagai padatan pemberat. Dengan adanya lapisan batu kerikil ini rel dapat tetap berdiri dengan stabil. Sehingga kereta api yang berjalan di atasnya pun dapat berjalan dengan baik.

2. Batu kerikil ini juga berfungsi untuk menyerap getaran (shock absorber) yang berlaku ketika kereta api sedang melalui. Sehingga goncangan yang berlaku ketika kereta api melintas dapat dikurangkan. Dan rel kereta api pun tidak cepat rosak dan boleh digunakan untuk masa yang lama....

3. Fungsi seterusnya iaitu untuk menahan dan melancarkan aliran air di semasa hujan. Fungsi ini berperanan untuk mencegah berlakunya hakisan tanah atau hakisan pada tanah di sekitar rel kereta api.

4. Dan yang terkini, batu kerikil juga berfungsi untuk menghalang tumbuhnya rumput di sekitar rel. Tumbuhnya rumput di sekitar rel boleh dapat secara langsung atau tidak langsung menyebabkan penggemburan tanah di bawahnya. Perkara ini tentunya dapat membahayakan kerana jika tanah di bawah rel tidak stabil maka akan dapat membahayakan perjalanan kereta api.

Memang, ada kedudukan-kedudukan tertentu tidak perlu batu kerikil, seperti landasan kereta api yang terdapat di atas jambatan atau jalan raya. Perkara ini terjadi kerana semua fungsi dari batu kerikil tadi sudah diambil alih fungsinya oleh mekanisme lain.

Jambatan sudah dirancang khusus sedemikian rupa supaya dapat menahan getaran yang akan terjadi yang dihasilkan ketika kereta melintas. Demikian pun dengan rel kereta yang terdapat pada jalan raya, jalan tar telah menggantikan peranan batu kerikil dengan baik. Sehingga pada tempat-tempat tersebut, tidak diperlukan lagi batu kerikil untuk diletakkan di bawah rel kereta api.

 


- Kenapa Rel Kereta Api Banyak Batu Kerikil?

1. Fungsi batu kerikil pada rel kereta api adalah sebagai padatan pemberat. Dengan adanya lapisan batu kerikil ini rel dapat tetap berdiri dengan stabil. Sehingga kereta api yang berjalan di atasnya pun dapat berjalan dengan baik.

2. Batu kerikil ini juga berfungsi untuk menyerap getaran (shock absorber) yang berlaku ketika kereta api sedang melalui. Sehingga goncangan yang berlaku ketika kereta api melintas dapat dikurangkan. Dan rel kereta api pun tidak cepat rosak dan boleh digunakan untuk masa yang lama.

3. Fungsi seterusnya iaitu untuk menahan dan melancarkan aliran air di semasa hujan. Fungsi ini berperanan untuk mencegah berlakunya hakisan tanah atau hakisan pada tanah di sekitar rel kereta api.

4. Dan yang terkini, batu kerikil juga berfungsi untuk menghalang tumbuhnya rumput di sekitar rel. Tumbuhnya rumput di sekitar rel boleh dapat secara langsung atau tidak langsung menyebabkan penggemburan tanah di bawahnya. Perkara ini tentunya dapat membahayakan kerana jika tanah di bawah rel tidak stabil maka akan dapat membahayakan perjalanan kereta api.

Memang, ada kedudukan-kedudukan tertentu tidak perlu batu kerikil, seperti landasan kereta api yang terdapat di atas jambatan atau jalan raya. Perkara ini terjadi kerana semua fungsi dari batu kerikil tadi sudah diambil alih fungsinya oleh mekanisme lain.

Jambatan sudah dirancang khusus sedemikian rupa supaya dapat menahan getaran yang akan terjadi yang dihasilkan ketika kereta melintas. Demikian pun dengan rel kereta yang terdapat pada jalan raya, jalan tar telah menggantikan peranan batu kerikil dengan baik. Sehingga pada tempat-tempat tersebut, tidak diperlukan lagi batu kerikil untuk diletakkan di bawah rel kereta api.

~Jj


SUMBER


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

kembali berdiet bersama Herbalife

suatu masa dulu 3 produk ni BFF mama lynn
mengimbau kenangan berdiet tahun 2012. untuk 3 bulan ++ berdiet dengan the Herbalife mama lynn berjaya menurunkan berat badan sebanyak 6kg ++. dalam tempoh tu jugak tiada nasi dalam menu harian. selepas mula mengambil nasi semula berat badan mama lynn naik berganda-ganda. dan setelah 11 bulan berlalu semangat diet mama lynn kembali semula.
 
masih mengekalkan produk yang sama iaitu the Herbalife. actually teh ni pun bukan la ubat kurus tetapi sekurang-kurangnya dengan pengambilan teh ni mama lynn akan lebih motivated diri. sapa yang suka GEMUK kan. lagi2 bila ada je suara-suara sinis mempersendakan tubuh badan kita.
 
kalau ikut supplement mama lynn ni jenis on off. tapi mulai saat ini mama lynn kena betul2 struggle. baik untuk kesihatan juga usaha untuk menurunkan berat badan.


mama lynn ada sebab tersendiri kenapa mama lynn perlu turunkan berat badan. bukan atas dasar nak cantik semata-mata. misi utama mama lynn adalah untuk memudahkan mama lynn mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk mengandung. sekarang ni mama lynn masih meneruskan pengambilan set kesuburan SHAKLEE. setelah 4 tahun 4 bulan mama lynn masih belum diberikan rezeki mengandung. mudah-mudahan bila dapat berat badan yang ideal potensi mengandung tu lebih tinggi.
 
semalam mama lynn cuba membiasakan diri untuk tidak mengambil nasi. alhamdulillah misi hari pertama berjaya. walaupun semalam mama lynn tetap mengambil heavy meal, itu permulaan yang baik juga untuk diri ni. kali ni x mahu hangat-hangat tahi ayam. moga dipermudahkan hendaknya niat diri ni.
 
in shaa Allah day by day kena catit jugak menu harian yang mama lynn ambil. target mama lynn for this few month untuk kurangkan 5kg dahulu. by step la kan. tak nak letak target tinggi sangat. wish me luck alls.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, November 20, 2013

abah warded again


mood pagi ni a bit sebak.. abah mama lynn warded lagi. sekarang abah kat wad 8B katil 25, hospital tengku ampuan rahimah klang. x perasan adik mama lynn hantar whatsapp pukul 1.19 pg. then ada whatsapp susulan pukul 2.56 pagi mengatakan abah da masuk wad.
 
ya Allah.. sebak rasa hati ni. tak dapat nak hantar abah g hospital even umah mama lynn belakang umah mak + abah je. kalau adik mama lynn call comfirm mama lynn bawak sendiri abah g hospital. lepas raya haji ni 2x ni la abah kena sesak nafas.
 
doakan abah mama lynn cepat sihat. pagi ni mama lynn kena bertugas di kaunter jabatan. in shaa Allah lunch hour nanti baru boleh melawat abah di hospital.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, November 18, 2013

gigi oh gigi

hari ni kali ketiga mama lynn ke klinik gigi dalam tempoh 4 minggu ni. 1st time pergi aritu mama lynn buat tampalan sementara je. 2 week after (12 november) baru dentist buat tampalan kekal. reason buat tampalan sementara adalah kerana masa 1st time jumpa dentist tu gigi mama lynn terasa sakit berdenyut-denyut.
 
2nd time datang jumpa dentist terus buat tampalan kekal. sambil tu periksa either ada lagi tak gigi berlubang. yeayy memang teruk la mama lynn ni. ada lagi rupanya yang berlubang pada gigi bahagian atas. memandangkan tak boleh buat pada hari yang sama mama lynn kena set for 3rd appointment iaitu hari ni.
 
NYILU SANGAT-SANGAT. terasa sampai sekarang kot nyilu gigi kena gerudi ngan dentist tu. tahan je la. huhuhu 3 tempat jugak la kena tampal hari ni. SEDIH cos di usia 30 tahun ni gigi mama lynn bertampal di lebih 5 tempat. tu belum lagi 2 gigi yang dah kena cabut. salah sendiri tak pandai jaga gigi.
lepas ni kena betul-betul jaga kesihatan gigi. bukan muka je nak kena cantik. gigi tu lagi penting. tak nak la muda-muda dah kena bergigi palsu. MALU nya lah kan kalau kena bergigi palsu.
 
PENGAJARAN buat diri sendiri. harap gigi mama lynn lebih sihat lepas ni. tak boleh nak makan manis-manis sangat lah lepas ni. ape pun rasa lega bila gigi yang rosak dah bertampal. sakit gigi ni kalau dibiarkan memang meleleh jugak la air mata mama lynn ni.


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

lost world of tambun : hadiah cabutan bertuah


hari ni sambung balik cerita family day mama lynn kat "lost world of tambun". consider as last entri bout it. entri lepas mama lynn ada cerita tentang cabutan bertuah yang mama lynn dapat masa dinner kat restoran simpang tiga 9 November lepas.
 
jom kita intai apa yang mama lynn dapat. memang surprised la cos kat rumah baru anak-anak mama lynn buka hadiah. kat sana x sempat pun nak intai dapat hadiah apa.
 
cuba teka apa isinya ?

yang ni cabutan untuk tukar-tukar hadiah.
 kami diarahkan menyediakan hadiah bernilai rm10 setiap seorang. mama lynn suka dapat burung ni. mula-mula x tau function dia apa. the end en suami yang jumpa button kecil kat batu-batu depan dahan tu ha. tekan je burung pun berkicau. lagi best kalau ada noise kat keliling yang agak kuat burung ni berkicau jugak.
 
 
yeayyy mama lynn suka dapat blender baru. un expect pun dapat blender. macam tahu2 je blender kat umah mama lynn tu tak berapa elok. hehe da officially digunakan sabtu lepas. better la guna dari simpan kan. cuma selang2 guna ngan blender lagi satu. blender lagi satu tu kalau da guna banyak kali cepat je panas pastu xnak pusing dah. after few moment baru boleh guna balik.
 
hope next time dapat lagi cabutan bertuah (x kira la dapat event ape pun). moga-moga tuah tu sentiasa ada untuk diri mama lynn . in shaa Allah.....

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, November 15, 2013

5 Gangguan Syaitaan Semasa Solat

1. Was- Was Semasa Takbiratul Ihram
Saat mulai membaca takbiratul ihram “Allahu Akbar” , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ada yang mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus teru-lang, terkadang sampai imamnya hampir rukuk. Ibnul Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam ber-suci (berwudhu) dan niat atau semasa takbiratul ihram dalam solat”.
 
2. Tidak Khusyuk Ketika Membaca Bacaan Dalam Solat
Sahabat Rasulullah SAW Iaitu Uthman bin Abil Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu,
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah”. Rasulullah SAW menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)

3. Lupa Jumlah Rakaat Yang Telah Di kerjakan
Abu Hurairah r.a berkata,
“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, “Jika salahseorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu be-rapa rakaat yang ia telah lakukan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) semasa masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam”. (HR Bukhari dan Muslim)
4. Hadirnya Fikiran yang Mengganggu
Abu Hurairah r.a berkata,
“Rasulullah SAW bersabda, “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari sambil terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muazin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamah dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamah, dia kem-bali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadan-ya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat”. (HR Bukhari)
5. Tergesa-Gesa Untuk Menyelesaikan Solat
Ibnul Qayyim berkata, “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan, karena tergesa-gesa adalah sifat gegabah, yang menghalangi seseorang untuk hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.” Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal boleh. Asal boleh mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada ketenangan atau tukmaninah. Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi karena solat yang telah ia kerjakan belum sah.
Rasulullah SAW bersabda kepadanya
“Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur‟an yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk, lalu bangkitlah dari rukuk sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujud-lah sampai kamu benar-benar sujud dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu”. (HR Bukhari dan Muslim) - Sumber

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

lost word of tambun : makan malam di restoran simpang tiga

memandangkan hari ni kerja kat pejabat tak berapa nak ada (mood weekend) mama lynn nak sambung cerita holiday kat ipoh minggu lepas. kali ni alkisah dinner di restoran simpang tiga yang terletak di greentown square. kat bawah ni mama lynn ada info lokasi restoran tersebut. memandangkan mama lynn tak berkesempatan nak ambil gambar restoran dan menu padang yang disediakan , mama lynn suggest u alls singgah di blog INI. kat sini memang details bercerita al-kisah restoran tersebut. walaupun entri tersebut ditulis pada tahun 2010 rasanya masih lagi boleh di gunapakai untuk rujukan u alls.
 
Restoran Simpang Tiga
D-G, Greentown Square,
Jalan Dato Seri Ahmad Said,

30450 Ipoh, Perak, Malaysia.
Tel No : +605-255 1220/1180

mama lynn dan team kerja memilih menu BBQ untuk dinner. siap ada dewan makan khas untuk function. tema dinner kami adalah warna merah dan merah jambu. mama lynn recycle balik baju yang mama lynn pakai masa bekursus di PD aritu. nak beli baju baru gaji pun lambat lagi. hehe .. dinner santai-santai je pun.
 
 
 




sebelum keluar dari hotel memang wajib ambil gambar. mama lynn memang ratu kamera. fotogedik sangat. taddaaa.. simple je kan mama lynn malam tu. blouse muslimah rona soft pink menjadi pilihan di hati. blouse tu mama lynn beli kat peace collection. kat situ je la senang nak jumpa blouse ++ size. tudung dan inner beli kat bazarena je.











 
 
malam dinner tu ada cabutan bertuah. semua team kerja dianggap bertuah cos masing-masing pulang dengan 2 hadiah. yang pasti sebelum dapat hadiah kena menyanyi dulu. segannya nak menyanyi depan rakan-rakan sekerja. selalunya kalau karaoke pun dengan suami dan ahli keluarga je.
 

ibunda yang setia menemani mama lynn sepanjang di ipoh. alhamdulillah dapat juga mama lynn bawa ibunda berjalan. mak memang puas hati dinner kat restoran ni. sedap katanya. rugilah adik mama lynn yang tinggal di hotel (x nak ikut sebab mengantuk) .

 
heavy meal mama lynn malam tu. macam-macam ada sampaikan tak tahu apa yang nak di makan. so far sangat-sangat berpuas hati dengan menu yang disediakan. dinner buffet ni kalau tak silap mama lynn rm40 seorang. kalau untuk function takdelah terlalu mahal + menu nya memang sedap-sedap.
 
panjang sangat dah entri ni. next entri mama lynn nak share hadiah yang mama lynn dapat pulak. hope u alls takde la bosan dengan cerita mama lynn ni.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

convo tabika anak mak














mama lynn tak berapa sihat seminggu dua ni. semalam mama lynn MC. rasa tak larat sangat dah. ngan selsema + batuk + kahak = muntah. muntah tak sihat okeyh bukan muntah tanda-tanda ibu mengandung.
 
ni pun rasa x bermaya lagi. dah la lupa bawak ubat. balm panas pun lupa nak bawak. be strong duhai diri. dugaan kecil je ni.
 
oppsss lupa lak.. ekceli 12 November lepas anak bujang mama lynn konvo tadika dah. rasa sekejap je masa berlalu. bermula mama lynn menjadi "MAK" kepada zahir masa tu dia baru berusia setahun lebih. dah besar anak mama lynn ni. tahun depan dah nak masuk darjah 1 pun.
 
mama lynn tak dapat nak join pun tengok konvo zahir. mujur mamanya ambilkan jugak gambar zahir walau tak banyak. zahir konvo hari bekerja (selasa) . mama lynn pulak memang xde cuti dah. cuti berbaki 3 hari untuk mama lynn bawak ke tahun hadapan. kebetulan pula hari yang sama mama lynn ada appointment ngan dentist.
 
moga zahir a.k.a along membesar jadi anak yang bijak dan soleh. sekarang ni mama lynn agak risau cos zahir kuat sangat tengok tv. cuti sekolah pun dah nak mula esok. mama lynn perlu ada perancangan yang baik untuk pastikan zahir tak terlalu kerap menonton tv. kalau u alls ada apa-apa pandangan boleh la share dengan mama lynn.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, November 13, 2013

TTC : amalan surah-surah Al-Quran

hari ni mama lynn nak share amalan yang boleh dilakukan oleh pasangan yang mengimpikan kehadiran cahayamata dalam hidup u alls. ekceli amalan-amalan ni telah dikongsikan oleh seorang teman FB mama lynn susulan dari status sedih mama lynn baru-baru ni. mama lynn mengaku mama lynn diantara ribuan wanita merangkap isteri yang masih belum dikurniakan cahayamata dari rahim sendiri. moga perkongsian ni boleh jadikan amalan sehari-hari.
 
 
kawan mama lynn pesan "Bykkan baca surah Mariam
Dan bernazar kalau boleh..nazar benda yg baik2..."
 
 
Surah Maryam, Verse 9: Tuhan berfirman: "Demikianlah". Tuhan berfirman: "Hal itu adalah mudah bagi-Ku; dan sesunguhnya telah Aku ciptakan kamu sebelum itu, padahal kamu (di waktu itu) belum ada sama sekali".
 
sempat dia ingatkan mama lynn yang  "Allah sebaik2 pengatur..kalau itulah ketentuannya (tiada zuriat) maka redha dan sentiasa bersangka baik pd yg maha pengatur.." kadang-kadang dalam hidup kita perlu juga belajar redha dengan ketentuan Allah. mungkin akan ada rezeki kita walaupun tiada zuriat. Allah adalah sebaik-baik perancang.
 
"Berdoalah kepadaKu nescaya aku perkenankan doa hamba2Ku yg soleh"
 
Surah Ghafir, Verse 60: Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina".
 
 
Surah Al-Ala, Verse 9: oleh sebab itu berikanlah peringatan karena peringatan itu bermanfaat,


Surah Ad-Dhuha, Verse 5: Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas.

Surah Ad-Dhuha, Verse 8: Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.
 
** mama lynn dapat share terjemahannya je. u alls kena rajin sikit cari ayatnya dalam Al-Quran. to be honest memang tersentuh sangat bila yang ada yang care tentang keinginan kita dan jangan tak percaya kawan FB mama lynn ni adalah seorang lelaki. Allah je yang dapat membalas jasanya.
 
dia ada bagitahu "Walaupun tak kenal di alam nyata..tp tpanggil utk mberi pdapat.." kalau u alls kat tempat mama lynn mesti rasa tersentuh jugak kan. tq Allah kerana menghadirkan insan seperti dia dalam hidup ini. in shaa Allah mama lynn akan cuba amalkan. kuasa Allah tak siapa dapat menduga. mana tahu ada rezeki mama lynn nak preggy lepas ni. perkara baik sebegini jangan kita kedekut untuk sebarkan. mudah-mudahan impian mama lynn kan tertunai kelak/


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

wordless wednesday 7/2013



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, November 12, 2013

stats : sukanya tengok pageviews even suam-suam kuku



baru tulis entri dah gedikss nak tengok stats kat blog. hari ni mood blogging memang terlebih-lebih rajin. ternyata entri Borang Permohonan Dan Syarat-Syarat BR1M 3.0 2014 menjadi pilihan di hati pembaca.
 
bila usha stats blog sendiri , now mama lynn realize yang kita as blogger kena ada topic yang orang memang looking for dan memberi input kepada mereka. bukan sekadar entri kosong cerita sendiri . tapi memandangkan blog mama lynn ni blog peribadi, comfirm akan sentiasa ada cerita tentang kehidupan mama lynn.
 
pageviews untuk entri tersebut 98 setakat 4.11 petang ni. entri tu mama lynn publish awal pagi tadi. nak tengok-tengok jugak if rating tu boleh berubah ke tak. who knows kan. just wish me luck alls. semangat membara untuk meneruskan berblog ni.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

lost world of tambun : storm rider (personal video)

 
p/s : layan video kejap lah kita... cer tengok aksi ibunda mama lynn
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

lost world of tambun : the amusement park

memandangkan mama lynn takde banyak gambar untuk dikongsi, mama lynn bermula dengan gambar yang tak seberapa ni dulu. in shaa Allah di entri akan datang mama lynn akan buat reseach dulu apa yang best di lost world of tambun. manakan tidak , focus ke sana lebih kepada nak mandi & have fun. memang x sempat la nak bergambar.


posing ala-ala gediks. yang ni pic selepas meronda naik train kat dalam lost world of tambun. berkenan sungguh tengok beca yang diorang display ni. even handle beca ni keras tetap jugak nak pose. muka buruk tu abaikan lah eh. memang x reti nak cantik2 kalau nak g mandi ni. janji sopan.  

 
 
 
 

STORM RIDER ni juga dikenali sebagai pirates ship.  mama lynn takde la gayat sangat masa duduk kat tengah2 masa 1st ride. 2nd time naik saje la nak rasa duduk bahagian belakang. hahahaa terasa gayat kot. moment yang mama lynn tak boleh nak lupa bila ibunda mama lynn ketakutan sampai pejam mata. nak bagi ibunda cool down pun susah jugak. nak tak nak ibunda layan jugak la STORM RIDER ni berayun sampai berhenti. memang thrill jugak untuk mama lynn. Alhamdulillah xde la sampai nak menangis pun.
 
mama lynn sempat la rakam video masa kat atas STORM RIDER ni. next entri mama lynn share video tu ngan u alls k. hehe jangan tak tahu 2 adik kat blakang mama lynn dalam pic kat atas tu macam control ensem la pulak. hehe ... kalau x percaya kat video nanti u alls boleh tengok.
 


mama lynn sempat pose depan entrance Lupe’s Adventure. pada yang tak tahu Lupe’s Adventure berupa roller coaster eh kawan2. thrill ke tak ? setakat anak-anak 5-6 tahun tu boleh je naik. mama lynn tak dibenarkan snap gambar ketika berada dalam roller coaster. kalau nak gambar kena beli kat diorang.
 
 
 
memandangkan nak masuk rumah hantu ni kena bayar, mama lynn pilih untuk bergambar ngan hantunya je la. tak ingat pulak berapa rm/ person. yang pasti nak masuk rumah hantu ni je la kena bayar. kalau nak main kat THE AMUSEMENT PARK semuanya percuma. berbaloi-baloi la kan sekali bayar semua boleh main. kalau kat tempat lain memang tak la.

 
 

DRAGON FLIGHT ni merupakan tarikan yang mama lynn suka sangat. jangan x percaya 2x jugak la mama lynn layan benda ni. rasa heaven sangat bila da swing. terasa di awang-awangan sungguh. suka sangat main kalah budak-budak.
 
lupa nak ambil gambar  GIDDY GALLEON . yang ni ala-ala DRAGON FLIGHT  jugak cuma rekabentuknya ala-ala sampan kecil. kalau bawak anak-anak mesti diorang suka sangat.

next entri mama lynn share apa yang best kat water park pulak. sori sangat-sangat cos gambar suam-suam kuku. memang x banyak bergambar on that day.



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar