Followers

Wednesday, October 30, 2013

wordless wednesday 5/2013



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

6 Cara Menentukan Kesuburan Wanita

Wanita menjadi subur sebaik sahaja mencapai akil baligh, iaitu apabila haid pertamanya keluar. Secara purata, kanak-kanak perempuan di Malaysia mencapai akil baligh dalam lingkungan 12 tahun. Tempoh kesuburan berlangsung sehingga usia wanita dalam lingkungan 48 tahun iaitu apabila berlaku putus haid.

Dalam jangka masa 36 tahun waktu suburnya itu, wanita akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran sekiranya dia berumahtangga. Setiap wanita yang ingin hamil mestilah subur iaitu dia berkeupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan hanya keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu yang tertentu sahaja.
Oleh sebab itulah, apabila wanita datang menemui saya setelah sekian lama mendirikan rumahtangga tetapi masih belum mempunyai anak, perkara pertama yang saya lakukan ialah mengesan kesuburannya dengan melakukan beberapa ujian dan pemeriksaan tertentu. Ujian dan pemeriksaan ini adalah unutk menentukan pengeluaran benihnya sama ada normal ataupun tidak. Terdapat beberapa cara bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah benih itu keluar. Waktu pengeluaran benih ini digelar waktu subur atau fertile period.

Persetubuhan perlu dilakukan pada waktu ini untuk menjayakan kehamilan, atau jauhkan waktu ini untuk mengelakkan kehamilan. Pusingan Haid Wanita yang mempunyai pusingan haid teratur setiap bulan biasanya subur. Pengeluaran benih ini berlaku pada hari ke-13 atau 14 dikira dari hari pertama keluar darah haid. Satu pusingan haid dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. Satu pusingan ini biasanya meliputi jangka masa 28 hari hingga 30 hari.

Adalah penting bagi setiap wanita yang inginkan anak mencatat tarikh bagi keluaran haid dalam satu buku kecil yang mengandungi carta suhu badan. Buku ini boleh didapati di klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluara Negara (LPPKN).

Ada beberapa tanda yang berlaku pada waktu pengeluaran benih seperti rasa sakit atau senak di bahagian bawah perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti putih telur mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi lebih kesat dan pekat.
1. Catatan Suhu Badan
Setiap wanita yang ingin meningkatkan kesuburan perlu mencatatkan suhu badannya dalam satu carta khas yang boleh didapati di klinik LPPKN. Suhu badan perlu disukat dengan mengggunakan jangka suhu khas yang digelar ovulation thermometer. Alat clinical thermometer yang biasa digunakan untuk menyukat suhu badan tidak sesuai untuk tujuan ini. Suhu badan perlu disukat sebaik sahaja bangun tidur tetapi sebelum meninggalkan tempat tidurnya untuk memberus gigi dan mandi.

Jangka suhu perlu disediakan pada malam sebelumnya, iaitu dengan menggoncangkan supaya tanda raksa turun ke paras paling rendah. Apabila hendak mengambil suhu badan, jangka suhu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau tiga minit. Sukatan suhu badan kemudian
dicatatkan pada carta khas dan ini patut dibuat tiap-tiap hari melainkan pada hari wanita itu dalam haid. Satu muka carta baru digunakan bagi pusingan haid yang berikutnya.

Carta suhu badan ini memberi maklumat penting kepada doktor dan jururawat. Ia akan
menunjukkan sama ada wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bila benih itu keluar. Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ia meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Jika bentuk ini tidak kelihatan pada carta, mungkin ini menandakan wanita tersebut tidak mengeluarkan benih dan seterusnya dia tidak boleh hamil.

2. Ujian Darah
Ujian darah untuk mengesan paras hormon boleh juga digunakan untuk menentukan wanita itu keluar benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone dilakukan pada hari ke-21 hingga 25 dalam pusingan haid. Wanita yang pusingan haid mereka tidak teratur seperti datang haid sekali dalam tiga bulan ataupun sekali dalam enam bulan, biasanya tidak subur kerana benih tidak keluar dengan teratur. Dalam hal demikian beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesan punca masalah tersebut.

Antara ujian yang penting ialah meyukat paras hormon dalam aliran darahnya seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin.


3. Ujian D & C
Selalu dikatakan oleh doktor pada wanita yang kurang subur. Dalam tatacara pembedahan yang kecil ini, saluran pangkal rahim wanita itu dikembangkan. Proses ini digelar dilatation. Ruang rahim kemudian dikikis dengan alat tajam yang digelar curettage. Tatacara ini memberi manfaat kepada sesetengah wanita yang pangkal rahim mereka sempit dan ini mungkin memudahkan perjalanan benih lelaki ke dalam sistem peranakan.

Melalui proses mengikis ruang rahim ini juga tisu yang tidak normal dapat dikeluarkan untuk membolehkan kehamilan berlaku. D & C juga boleh dilakukan untuk mengetahui sama
ada seseorang wanita itu boleh mengeluarkan benih atau tidak. Ini hanyalah satu bukti secara tidak langsung bagi menentukan pengeluaran benih wanita.

Sesetengah doktor melakukan insufflation iaitu memancutkan air berwarna ke dalam saluran peranakan ketika melakukan D & C itu. Tatacara ini bertujuan untuk menguji sama ada salur
fallopian terbuka atau tersumbat dengan melihat pengaliran air yang dipancutkan itu. Ujian ini jarang dilakukan pada masa sekarang kerana seringkali ia tidak memberi kepastian mengenai keadaan saluran peranakan tersebut.

4. Pemeriksaan Fizikal
Bahagian tubuh badan wanita yang patut diperiksa termasuklan buah dada, kilang tiroid pada leher dan sistem peranakan. Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan pada kilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksina berlebihan dan seterusnya mengganggu pengeluaran benih.

Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah wanita itu terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih perempuan.

Pemeriksaan Sistem Peranakan
Pemeriksaan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada system peranakan seseorang wanita itu normal atau tidak. Sistem ini melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari.

Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai system peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak.
Jangkitan Faraj
Penyakit jangkitan kuman pada faraj atau vaginitis dan pada pangkal rahim atau cervicitis yang biasanya ditandai dengan lelehan keputihan boleh mengganggu benih lelaki. Pangkal rahim menjadi luka dan merah yang dikenali sebagai cervical erosion atau ditandai oleh ketumbuhan
seperti polip.

Ketumbuhan yang bukan jenis kanser iaitu fibroid juga boleh berlaku pada rahim. Ada juga wanita yang mempunyai sistem peranakan yang tidak normal sejak dilahirkan iaitu congenital
abnormality. Semua gejala yang disebutkan itu boleh menyebabkan masalah kesuburan.

5. Pemeriksaan Laparoskopi



Ini adalah satu pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat dan menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim.

Jika terdapat sesuatu penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnya perlu diberi. Pemeriksaan laparoskopi adalah sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut.

Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis. Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Mengikut kajian , kejadian penyakit ini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinana ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.

Wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kerap kali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan bole menjadi rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.

Sesetenga penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi’ dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad. Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluaran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari. Untuk melakukan pemeriksaan laparoskopi, wanita berkenaan perlulah dimasukkan ke hospital, biasanya selama dua malam. Dia akan dibius bagi menjalani pemeriksaan ini.

Di Pusat Pakar Kesuburan LPPKN, pemeriksaan laparoskopi kerap dilakukan dengan tidak perlu wanita tersebut bermalam di wad. Mereka hanya perlu datang ke pusat tersebut pada sebelah pagi dan boleh pulang pada hari yang sama.

6. Ujian Hysterosalpingogram



Jika terdapat saluran peranakan tersumbat, ujian lain diperlukan. Ujian yang dimaksudkan ialah X-ray yang digelar Hysterosalpingogram. Ini adalah satu ujian khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray di ambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil.

Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri pendedahan bahangan X-ray terhadap bayi jika kehamilan telah berlaku.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, October 29, 2013

karipap pusing frozen home made & cucur badak frozen untuk tempahan

cucur badak frozen RM4.00 / pack
karipap pusing frozen home made RM4.00 / RM5.00 per pack

 
mama lynn nak buat promosi sikit. pada sesiapa yang nak buat tempahan karipap pusing frozen home made & cucur badak frozen home made boleh call/ msg atau whatsapp mama lynn di talian 011-11646607.
 
HARGA :
 
cucur badak RM4.00 per pack
karipap pusing inti kentang RM4.00 per pack
karipap pusing inti ayam, daging, sardine RM5.00 per pack
 
*** 1 pack ada 10 pcs
 
jangan segan-segan untuk order. mama lynn menerima tempahan untuk penduduk di sekitar shah alam dan klang. penghantaran utama di pusat bandar shah alam, kapar dan meru. in shaa Allah sekali rasa pasti nak lagi. seriously ramai yang repeat order. memang berbaloi-baloi + rasa original ala kampung gitu.


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Trying To Conceive Part 2

pagi ni mama lynn cuba luangkan masa kejap untuk share tentang TTC. sebagai TTC banyak perkara yang perlu diambil berat. lagi-lagi soal kesihatan. apa yang patut mama lynn buat dalam berusaha untuk mengandung. kalau ikutkan di tahun ke empat inilah baru mama lynn take it serious. means before this mama lynn kurang alert what should mama lynn do dalam trying to conceive.
 
dari sudut medical treatment , mama lynn tak pandai nak cerita + mama lynn masih belum jumpa pakar sakit puan. mama lynn di fasa berusaha secara tradisional. mama lynn dah mula ambil makanan sunnah. itupun selepas mama lynn jalani rawatan berbekam. suggestion dari pengamal perubatan tradisi tersebut.
 
cara pengambilan habatus sauda yang mama lynn amalkan adalah sesudu kecil habatus sauda dicampur dengan air . kacau air dan campuran habatus sauda dengan mengikut arah lawan jam (pusingan tawaf) then selawat ke atas nabi. bagi minyak zaitun pula mama lynn lakukan dengan cara yang sama tetapi sukatannya sesudu besar. masa nak minum tu jangan lupa berselawat ke atas nabi 3x. mama lynn kalau minum both makanan sunnah ni kena tutup hidung. kalau tak tutup takut tekak ni meloya. alhamdulillah kesan pengambilannya tubuh badan akan lebih sihat.
 
habatus sauda
pada yang nak tahu kelebihan habatus sauda boleh baca balik entri INI. in shaa Allah di entri akan datang mama lynn akan kongsikan kelebihan MINYAK ZAITUN pula.   

minyak zaitun

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, October 28, 2013

mood baru entri kan lebih bertenaga

alhamdulillah hajat mama lynn nak tengok blog ni degan mood baru tercapai jugak. barulah terasa bersemangat untuk menulis. entri TTC mama lynn jugak tergendala disebabkan oleh kekangan masa. in shaa Allah lepas ni boleh la mama lynn menukis dengan selesa.

banyak hal yang mama lynn nak share. in shaa Allah will updated as aoon as possible. pagi ni mama lynn bertugas di kaunter jabatan so memang tak sempat nak crete entri.
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, October 11, 2013

Trying To Conceive Part 1

masih berusaha dan terus berusaha. entah kenapa hati ini terpanggil untuk menulis tentang kehidupan wanita yang sedang berusaha untuk hamil seperti mama lynn ni. berapa banyak usaha wanita seperti mama lynn lakukan untuk hamil. berapa banyak ubat yang kami telan untuk berjaya hamil. walaupun rezeki anak tu dari Allah , kami tak mungkin berdiam diri dan duduk sahaja. kami wanita yang Allah beri ujian kecil di dunia ini. kami wanita yang mahu jadi sempurna seperti wanita lain.

hari ini genap 4 tahun 2 bulan 3 minggu dan 2 hari mama lynn bergelar isteri. tahun pertama mama lynn menjadi suri kepada suami tercinta mama lynn tidak begitu risaukan samada dikurniakan rezeki dalam masa terdekat atau tidak. mama lynn masih boleh tersenyum dan meneruskan hari-hari tanpa sebarang usaha untuk memiliki cahayamata.
 
tahun ke 2, ke 3 dan akhirnya tahun ke 4 menyinggah tetapi rezeki yang di nanti masih belum kunjung tiba. menuju fasa tahun ke 5 perkahwinan ni mama lynn mula risau, bimbang dan khuatir. adakah akan ada zuriat yang bakal lahir dari rahim mama lynn ini. apakah akan ada peluang untuk mama lynn menjadi wanita dan isteri yang sempurna. semua itu bermain di kotak fikiran.

kesayangan hati mama lynn (zahir & diana)
memandangkan hari-hari mama lynn sentiasa ditemani gelak tawa dan tangis anak-anak instant yang Allah berikan dalam hidup ini. kedukaan mama lynn sedikit terubat. tetapi ianya tidak pernah memadamkan impian untuk memiliki zuriat sendiri. mama lynn impikan zahir dan diana kan menjadi abang dan kakak yang terbaik untuk anak-anak mama lynn kelak. in shaa Allah kasih sayang buat keduanya tak kan pernah padam. tiada kata yang mama lynn mampu ungkapkan sayangkah mama lynn pada mereka? hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa dalam kasih sayang itu.
 
orang keliling kan bertanya, takde anak lagi ke ? tak jumpa doktor ke ? tak cuba pergi berurut ker ? mama lynn tak mahu berkecil hati kerana itukan lumrah kehidupan. apa yang boleh mama lynn katakan jauh di lubuk hati ini mama lynn mahu memiliki. memiliki anugerah terindah dari Sang Maha Pencipta.
 
berkongsi cerita di sini membuatkan mama lynn bebas meluah rasa. apakah usaha yang mama lynn lakukan dalam usaha untuk hamil akan mama lynn kongsikan di entri akan datang. mungkin dengan sedikit perkongsian dari mama lynn dapat memberi panduan untuk semua "TTC" ian di luar sana.
 
in shaa Allah....

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, October 3, 2013

spontaneous thursday - ubah



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

menulis itu cinta mama lynn

menulis tu memang minat mama lynn sedari dulu. teringat pulak memori sewaktu di bangku sekolah. mama lynn memang suka tulis cerpen pendek. dan mama lynn pernah tujukan cerpen mama lynn tu untuk seorang lelaki yang mama lynn admire. mama lynn print salinan cerpen tu dan hadiahkan kepada beliau. sampai sekarang mama lynn simpan kemas-kemas wajah admire mama lynn tu. alhamdulillah dia dah ada keluarga sendiri pun. kali terakhir mama lynn nampak dia lebih kurang setahun - 2 tahun lepas. tu pun terpandang dari jauh.
 
cakap pasal admire ni tak tahu la kenapa dulu mama lynn sukakan lelaki dewasa. masa tu mama lynn baru dalam tingkatan 5 dan lelaki yang mama lynn admire tu dah menghampiri usia 30 tahun kot. tak tahu lah di mana menariknya dia.
 
teringat satu peristiwa paling best bila admire mama lynn tolong hantar ke sekolah masa percubaan spm. masa tu jambatan kapar tu runtuh kot. jalan pun jammed. mama lynn saja minta dia tolong then dia pun x keberatan untuk menghantar mama lynn dan kawan mama lynn ke sekolah.
 
cerita lama yang dah jadi sejarah hidup pun. alhamdulillah di usia 30 tahun ni mama lynn ada peneman hidup a.k.a suami. ikatan perkahwinan diikat di usia mama lynn 26 tahun lagi cuma kami masih belum dikurniakan zuriat sendiri. walaupun masih belum mampu memberikan zuriat buat suami mama lynn tidak pernah menafikan kasih sayang pada suami. dialah peneman hati ini. kasih sayang mama lynn untuk suami tak pernah berkurang.
 
dari kisah minat menulis dah bertukar ke admire dan suami pula. heheh tu la, mama lynn pun tak boleh nak jangka apa yang mama lynn akan tulis. semuanya datang sendiri.
 
banyak kisah kehidupan yang mama lynn kongsikan di blog ni. menulis, mama lynn sangat cintakan bidang ini. mungkin mama lynn bukan penulis professional tetapi menulis di blog cukup memberi kepuasan buat diri ini.
 
mama lynn bukan seorang yang hipokrit dalam menulis. tiada apa yang mama lynn perlu malukan dengan hidup ini. Alhamdulillah dengan kasih sayang Allah S.W.T mama lynn masih diberikan kesempatan itu. cuma mama lynn juga impikan apa yang mama lynn kongsikan dapat memberikan manfaat pada semua. in shaa Allah.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, October 1, 2013

Kelebihan Habatus Sauda

jumaat lepas mama lynn sempat meluangkan masa untuk berbekam. rawatan tersebut dijalankan secara Islam. nak share gambar kat sini memang tak boleh la kan. paham-paham saja kalau berbekam , tubuh badan kita mestilah terdedah. tujuan mama lynn berbekam adalah untuk membuang darah kotor disamping rawatan untuk hamil.
 
mama lynn bukan nak bercerita tentang berbekam tetapi khasiat habatus sauda. mama lynn telah disarankan untuk mengamalkan makanan sunnah iaitu habatus sauda dan minyak zaitun. habatus sauda mama lynn dah mula amalkan tetapi minyak zaitun tak beli lagi memandangkan masa pergi mendapatkan rawatan tersebut cash pun tak banyak di tangan.
 
 
jujurnya tekak mama lynn susah sangat nak terima rasa habatus sauda. malam semalam kononnya malas nak bancuh dalam air, mama lynn try la minum sesudu kecil directly. the end terus muntah. mama lynn bancuh semula sesudu kecil habatus sauda bersama segelas air. minum pun tutup hidung cos mama lynn takut muak lagi.

 
habatus sauda terlalu banyak manfaat sekiranya diamalkan. dari research yang mama lynn dapatkan, kat bawah ni ada diceritakan apa itu habatus sauda dan manfaatnya untuk kesihatan kita.
_____________________________________________
 
Habbatus Sauda dalam hadis Nabi ?

Hadis 1
Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”- Riwayat Imam Bukhari.
Hadis 2
Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.           
- Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.
Hadis 3
Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut”.
- Riwayat Bukhari (10:118-119) ; Muslim (7:25) ; Ibnu Majah (2:342) ; Tarmizi (2:3 pada edisi BulaQ) ; dan Ahmad (2:241) menerusi riwayat Sufyan bin ‘Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.
Pengenalan Habbatus sauda
Nigella Sativa, pohon yang darinya dihasilkan minyak Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika utara terutama Mesir, di selatan Eropah di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India.
 
Tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter, sementara jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter.
 
Dahan bercabang di atas. Berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda dan putih, berukuran garis lintang sekitar 3 sentimeter, jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang. Berbuah agak besar jenis ‘inflated capsule’ terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji.
 
Bijinya berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau ‘pungent’ yang agak kuat, mengandungi nisbah minyak yang agak banyak. Bijinya digunakan sebagai rempah dan juga berbagai kegunaan lain dan terakhir paling popular digunakan untuk menghasilkan minyak Habbatus Sauda’. Ia mempunyai rasa ‘pungent bitter’.
 
Di antara bahan kandungan Habbatus Sauda adalah Fixed Oil (saturated and unsaturated), Minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin serta Asid Amino.
 
Di dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Perubatan Cara Nabi) yang mana ditulis oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda adalah dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Di dalam kitab tersebut disebutkan bahawa Habbatus Sauda’ boleh mengubati 50 jenis penyakit tanpa efek.
Kebaikan habbatus sauda berdasarkan kajian
Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:
1. Asid Urik dan Gout
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.
2. Asthma
Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).
3. Selsema
Ia dapat menyembuhkan selsema.
4. Tekanan Darah Tinggi
Ia boleh merendahkan tekanan darah.
5. Alahan (Allergic)
Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).
6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.
7. Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.
8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.
9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.
10. Barah
Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”, yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).
11. Kuman-kuman
Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.
12. Ceret-Beret disebabkan Kuman
Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.
13. Kencing Manis
Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.
14. Rheumatisme
Pengakuan dari pakar seluruh dunia
“ Habbatus Sauda’ memiliki peranan yang penting pada pencegahan tumor & kanser.Pada penggunaannya dalam waktu yang lama minyak Habbatus sauda’ memperkuat sistem kekebalan tubuh. Selain itu dapat mempercepat pembelahan sel ”.
Dr. Stanley Kopok, University of Arizona, USA
“ Habbatus sauda’ kaya akan beta-sitosterol, yang diketahui memiliki kemampuan mencegah kanser”.
Dr. Michael Tierra L. AC. O.M.D.
” Dengan mengkonsumsi Nigella Sativa dapat melawan kelelahan ”.
” Sebagai tambahan sebaiknya habbatus sauda’ dimakan dengan Royal Jelly dengan perbandingan 2:1 ”.
Dr. Mohammed Saleh, Kairo-Mesir
” Ekstrak habbatus sauda’ memiliki khasiat anti-tumor tanpa kesan sampingan seperti apa yang terjadi pada Chemotherapi dan penyinaran”.
Study of Nigella sativa on humans, University of South Carolina. USA
“ Habbatus sauda’ mempunyai lebih dari 100 bahan aktif dengan berbagai khasiat penyembuhan. Salah satunya adalah impotensi.”
Black Cumin, The Magical Egyptian Herb, Dr. Peter Schleicher, M. D.
Dr.Mohammed Saleh, M.D., Egypt
“ Habbatus sauda’ terbukti memiliki kesan aktiviti anti-histamin, anti-oxidant, anti-biotic, anti -mycotic dan penghambat Bronchitis”.
Study of Black Seed Oil on Humans, American Scientists
“ Kombinasi bahagian lipid dan struktur hormon dalam Nigella Sativa dapat meningkatkan air susu bagi ibu menyusui”
University Pochefstroom
” Terapi baru yang efektif, mudah dicerna dan tidak mahal pada penyakit alergi adalah penggunaan asam lemak tidak jenuh dari minyak biji tanaman, terutama minyak Nigella Sativa”.
Dr. Lutz Bannasch, München – Jerman
” Nigella Sativa mengandungi minyak eter yang dapat membantu pencernaan & mengurangi masalah usus ”.
Prof. Dr. Hildebert Wagner, Institut fur Pharmazeutische Biologie, München – Jerman
” Nigella Sativa mengandung asam lemak tak jenuh, Linoleic & Gammalinolenic yang masuk dalam tubuh. Asam ini memungkinkan untuk pencapaian sintesis yang merupakan sistem kekebalan tubuh yang penting menyebabkan penyakit kronik seperti jerawat dan demam karena alergi, hingga kanser ”.
Dr. Peter Schleicher, M. D., Immunologist, Munich Germany
” Meningkatkan fungsi kekebalan tubuh ”.
US. Patents Section, Antiviral Agents Bulletin # 5, 482, 711
” Habbatus sauda’ merangsang sumsum di tulang & imuniti sel serta pengeluaran terferon, melindungi sel-sel normal melawan virus perusak sel, melawan sel tumor, dan meningkatkan antibodi yang mengeluarkan sel B”.
Cancer Immuno-biology, South Carolina
” Habbatus sauda’ terbukti menyembuhkan 70 % penderita alergi, termasuk di dalamnya alergi serbuk dan debu juga jerawat, serta neurodermitis ( penyakit kulit), asthma dan lemahnya daya kekebalan tubuh. Mengambil habbatus sauda’ secara teratur dapat menahan secara baik penyakit flu ”.
Dr. Peter Schleicher, Immunologie, München-Jerman

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar