Followers

Friday, September 20, 2013

mee jawa jj manis meletop

malam tadi mama lynn sempat join family dinner kat 1 warung best ni. ibunda mama lynn yang excited sangat nak makan kat sini. jenuh jugak la nak mencari kedai makan + memang kami x pernah ke sini pun. itupun ibunda mama lynn dengar menu kat kedai ni sangat sedap. nak makan punya pasal gagahkan diri jugak mencari kedai yang "sangat best" ni.
 
mula-mula tu dah give up nak ke sana cos tak jumpa kedai makan yang dimaksudkan. adik mama lynn try search by maps. alhamdulillah setelah hampir  10 minit pencarian  (pusing dan pusing) jumpa jugak kedai makan yang dimaksudkan.
 
mula-mula tu tak percaya.. eh ni ke kedainya. alah cam warung je pun.. hehe hati berbelah bagi nak makan ke tak. masing-masing macam dah xde semangat nak makan. maybe dalam kepala masing-masing bayangkan kedai makan ni besar la kot.
 
menu kami malam tadi adalah mee jawa jj manis meletop 3 pinggan , nasi putih 2 pinggan, sup tulang, asam pedas ikan pari, kerang rebus, sate ayam 20 cucuk dan daging 10 cucuk. air pulak neslo, limau asam boi 2 gelas, teh bunga dan teh ais. bila makanan sampai... pergghhh hilang dah kata-kata. memang sangat-sangat sedap. memang rasa nak meletop pun... mee jawa agak pedas sikit tapi sangat sedap. kuahnya pekat dan penuh sepinggan dihidangkan. air teh bunga dan limau asam boi pulak siap boleh refill balik. neslo ais pulak memang pekat dan sedap. kami memang sangat-sangat berpuas hati.
 
kalau korang nak tahu harga makanan kat sini pun sangat-sangat berpatutan. kami makan untuk 5 orang dengan makanan yang penuh atas meja baru rm61. lepas ni terasa nak repeat lagi ke sana. nak try kari tetel dan ikan bakar pulak. kalau ikutkan pilihan makanan tidaklah terlalu banyak. kedai makan ni memang fokus menu-menu yang jadi pilihan ramai.
 
kalau korang teringin nak pergi boleh la singgah ke kedai ni. lokasi kedai di LOT 4791 BATU 1 1/2, JALAN PAIP, MERU.  kalau pandai ley la search by map. lokasinya kalau dating dari simpang empat pekan meru tu korang masuk kat jalan paip lepas klinik kesihatan tu. da masuk jalan paip just maintain jalan terus je. kedai ni belah kanan. kat belakang kedai ni ada sebuah surau.
 
ape pun SELAMAT MENJAMU SELERA. kepada sesiapa yang gemar mencari lokasi tempat makan best, kedai makan ni pilihan terbaik. mama lynn tak ingat nama kedai ni. mungkin dari alamat kat atas tu dapat membantu korang.
 

mee jawa jj manis meletop


sup tulang
 
** malam tadi tak sempat nak ambil gambar , yang ni mama lynn copy paste dari blog orang lain.
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

6 pesanan kasih sayang:

  1. Bia betik harga dia murahnya...iskk..kalo dekat ni leh jjcm..tq lynn

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg murah... xpe la next time dtg cni ley try

      Delete
  2. sedapnya! nasib baiklah jauh..kalau tak, malam ni dah pergi terjah dah..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. farisha ajak la hubby dtg cni. da masuk jjcm pun tau kedai ni.. dlm paper pun da masuk

      Delete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar