Followers

Thursday, September 26, 2013

Cantik Dengan SF Beauty... Dengan Harga Yang Hebat




 
 
 
 
 :: diantara produk SF beauty ::

 
PRODUK SF BEAUTY

Sf Beauty hasil daripada penemuan sumber semulajadi diadunkan khas daripada ekstrak buah-buahan dan rempah ratus terpilih.

Amat sesuai untuk semua jenis kulit. Terdapat dua (2) set pilihan iaitu:-

1. Kulit Normal/Berjeragat
2. Kulit Berjerawat

Setiap Set terdiri daripada 3 item iaitu sabun pembersih,krim siang dan krim malam.

Penggunaannya amat ringkas dan sangat2 memudahkan, ianya dapat menjaga dan merawat kulit rosak/kusam/berparut dan kedutan halus agar terselah lagi kecantikan asli setiap individu yg pasti mencubanya.

Ia juga membantu meningkatkan metabolisma kulit dengan penjanaan sel2 baru, merencatkan proses penuaan,mengurangkan jeragat/pigmentasi, menambahkan keanjalan kulit dan mengekalkan kelembapan semulajadi agar anda tampil segar,berseri dan muda sentiasa INSYAALLAH.
 
CARA MUDAH PENGGUNAAN SF BEAUTY

1. Cuci muka dengan sabun dua kali sehari.
2. Gunakan krim malam pada malam hari.
3. Gunakan krim siang pada siang hari (sebagai pelindung UV).

Sapuan kedua-dua krim adalah selepas mencuci muka dengan sabun. Jangan sapu krim terlalu tebal. Jika kulit kering, basahkan hujung jari dengan air bagi memudahkan sapuan krim.

Jika pada awal penggunaan muka terasa pedih,
hentikan penggunaan krim malam tetapi teruskan penggunaan krim siang dan sabun. Selepas dua atau tiga hari, gunakan semula krim malam.

Senang je kan? Ada lagi satu pesanan, kalau dah pakai krim siang SF Beauty ni, korang dah tak perlu pakai foundation lagi dah. Just sapu bedak je. Dah lawa dah pun.

 
MAKLUMAT PRODUK
 
Untuk Pengguna2 Baru Yang Belum Tahu Kandungan Di Dalam Produk Skincare 3 in1 Sf Beauty

Produk ini selamat dan bebas dari bahan kimia berbahaya!! yang paling penting produk ini mendapat kelulusan KKM

Fungsi Krim Siang SF Beauty

- sebagai pelindung UV dan pelembab kulit, menghalang cuaca panas dan hidrasi yang boleh menyebabkan kulit kering.Krim siang SF Beauty boleh dijadikan alas bedak, menceg...ah debu dan kotoran kosmetik dari terkena pada lapisan kulit.

Kandungan:


 - Kunyit salah satu tumbuhan herba yang dirumus dalam krim siang SF Beauty. Kunyit terbukti dalam kajian saintifik mampu mengurangi tanda tanda noda dan kusam pada wajah, meratakan tona kulit dan melicinkan kulit. Ia mempunyai anti-oksida yang tinggi, mampu merawat dan menganjalkan kulit. Selain kunyit, kandungan yang ada dalam produk krim siang SF Beauty ialah temulawak. Sejenis tumbuhan herba yang turut kaya antioksidan yang melambatkan proses penuaan, turut berkesan mengubati jerawat dan merawat bintik2 hitam pada kulit.

Fungsi Krim Malam SF Beauty
- Krim yang berfungsi mengangkat sel-sel mati pada kulit, menggantikan kelembapan yang hilang akibat cuaca siang yang panas serta memulihkan kembali sel-sel yang lesu dan letih agar bangun pagi kulit lebih segar dan berseri.

Kandungan

- Krim malam SF Beauty pula diperkaya dengan sumber tumbuh-tumbuhan pergunungan serta zat tambahan dari sarang burung walit. Ia berupaya menyubur dan merangsang sel kulit agar sentiasa awet muda, halus, licin, lembut dan anjal. Selain menyegar dan melembabkan kulit, khasiat sarang burung walit juga boleh mengurangkan kedutan halus serta mencerahkan wajah.

Sabun Pembersih SF Beauty

- Sabun pembersih SF Beauty ia ada campuran ekstrak buah-buahan dan madu lebah. Keistimewaan madu lebah memang sudah diketahui umum dalam memberikan kesihatan dan kecantikan kulit sejak zaman berzaman.

SF Beauty menyediakan dua sabun pembersih untuk kulit muka yang berbeza iaitu sabun vitamin c (berwarna hijau) dan vitamin E (berwarna kuning).

Sabun Vitamin C

- Vitamin C (asid askorbik) dalam sabun pembersih SF Beauty membantu mereka yang bermasalah jerawat dengan mengawal pembiakan bakteria penyebab jerawat, mempercepatkan kesembuhan luka, merawat parut serta menguatkan tisu kulit dan badan. Vitamin C amat diperlukan dalam proses pembentukan kolagen, iaitu jalinan protein penting yang berperanan membentuk lapisan kulit sihat dan kuat. Selain itu, Vitamin C juga berupaya mengawal pengeluaran sebum berlebihan yang menyebabkan kulit sangat berminyak, yang akhirnya menutup pori2 kulit dan menyebabkan bintik putih dan hitam di wajah. Dengan amalan berterusan, kulit tampil lebih licin, halus dan anjal.

Sabun Vitamin E

 - Sabun pembersih SF Beauty berumusan Vitamin E (tocopherol acetate) pula bersifat antioksidan yang melindungi kulit dari kerosakan yang berpunca akibat sinar UV serta pencemaran. Ia mengaktifkan metabolisma bagi merangsang pertumbuhan kulit baru yang sihat, membantu sel2 kulit mendapat lebih oksigen dan kekal lembab. Hasilnya kulit lebih licin berseri, cerah serta mengelakkan penuaan pramatang seperi kedutan halus dan jeragat.

 
TAWARAN HARGA RENDAH !!!!

 
1. Full set Vitamin E - RM119.80
2. Full set Vitamin C - RM 124.80
Harga yang saya tawarkan = RM90 INCLUDE POSTAGE
 
(BOLEH DAPATKAN DENGAN HARGA LEBIH RENDAH DENGAN PEMBELIAN LEBIH DARI 1 SET)

 Loose Items
Twin Cream - RM75.00
Day Cream - RM40.00
Night Cream - RM40.00
Soap Vitamin E - RM35.00
Soap Vitamin C - RM35.00
INCLUDE POSTAGE
:::: Tempah Sekarang ::::
Hubungi Lynn
call/sms/whatsapp /wechat : 011-11646607


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Produk Kesihatan Shaklee Dengan Harga Mampu Beli dan Berbaloi-Baloi

Promo Produk Kesihatan Shaklee Dengan Harga Mampu Beli dan Berbaloi-Baloi
 
Diantara set di dalam pakej promo
 
Set Pelangsingan  = RM9x.xx sahaja
■ tidak merbahaya
■ tiada kesan sampingan
■ ◇○♥ extra utk ibu yg menyusukan anak (langsing)
■ jadual pemakanan yg simple + Mudah

Photo: Kekal langsing dan sihat
Dengan harga berpatutan...

RM9x.xx sahaja... 1st come 1st serve

■ × bahaya
■ x de kesan sampingan
■ ◇○♥ extra utk ibu yg menyusukan anak (langsing)
■ jadual pemakanan yg simple + Mudah

Hubungi : najwa
 
Herbal Blend Shaklee

Hanya RM 2x.00

Boleh digunakan untuk bayi, kanak-kanak dan orang dewasa

Antara khasiat yg terdapat di dalam herbal blend :

1. Baik untuk kulit yang mengalami gatal-gatal/enzema/ruam/kulit kering/tumit pecah
2. Demam panas (disapu ke seluruh badan). Insya Allah setengah jam kemudian badan akan berpeluh
3.Baik untuk demam campak. Menghilangkan kesan atau tanda demam campak.
4.Memecahkan lemak / pembuangan angin dengan cara urutan terutama pada bahagian perut.
 

Photo: Herbal Blend Shaklee

RM 2x.00 ONLY

Boleh digunakan untuk bayi, kanak-kanak dan orang dewasa 

Antara khasiat yg terdapat di dalam herbal blend :

1. Baik untuk kulit yang mengalami gatal-gatal/enzema/ruam/kulit kering/tumit pecah
2. Demam panas (disapu ke seluruh badan). Insya Allah setengah jam kemudian badan akan berpeluh
3.Baik untuk demam campak. Menghilangkan kesan atau tanda demam campak.
4.Memecahkan lemak / pembuangan angin dengan cara urutan terutama pada bahagian perut.

pm/whastapp/call : najwa 0173005648
 
dan SET BAJET !!!!
 

 
Hubungi :
Najwa 017-3005648
untuk sebarang pertanyaan

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, September 24, 2013

Hukum Air Atau Cecair Yang Keluar Dari Manusia



Air Mani

Air mani ialah cecair putih pekat yang keluar kemaluan lelaki dan perempuan apabila sampai kepada kemuncak syahwat. Ia bukan najis tetapi hendaklah mandi wajib bagi mensucikannya untuk membolehkan seseorang itu menunaikan ibadat. Firman Allah yang berbunyi : “(Setelah mengetahui Yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan. Ia diciptakan dari air (mani) Yang memancut (ke Dalam rahim), Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.” (At-Taariq : 5-7)

Air mani lelaki kebiasaannya berwarna putih likat seperti hingus, ia keluar ketika seseorang itu rasa nikmat yang tidak terhingga sehingga secara memancut. Manakala air mani perempuan pula lebih cair dari air mani lelaki dan ia berwarna putih. Cara ia keluar ketika wanita tersebut gersang dan nikmat yang tidak terhingga.Hukum Air Mani

Menurut Mazhab Syafie air mani adalah suci dan tidak mengandungi najis. Hujah ini berdasarkan kepada Hadis Nabi SAW mafhumnya :“Aku menghilangkan mani pada baju Rasulullah dengan cara mengikisnya dengan kuku, lalu baginda solat dengan baju itu.” (Riwayat Al-Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas ini, ia menunjukkan bahawa air mani itu adalah suci kerana Rasulullah SAW menggunakan pakaiannya yang terkena air mani tersebut untuk solat. Kalau ia najis maka sudah pasti Rasulullah SAW tidak menggunakan pakaian tersebut untuk solat.
Cara Mencuci Air Mani

Bagi air mani yang kering atau menempel kepada pakaian atau sebagainya, maka cara menyucikannya adalah seperti mengikis dengan kuku atau alat-alat yang lain, setelah dikikis cucikan pula dengan air sehingga bersih, maka ia sudah dianggap bersih. Dari Aisyah ra berkata :“Aku menghilangkan mani pada baju Rasulullah dengan cara mengikisnya dengan kuku, lalu baginda solat dengan baju itu.” (Riwayat Al-Bukhari)

Cara menyucikan air mani yang masih basah atau belum kering, maka disunatkan membasuhnya dengan menggunakan air bersih.Air Mazi

Maksud Air Mazi adalah sejenis cecair jernih kekuningan yang keluar daripada kemaluan lelaki dan perempuan disebabkan rangsangan ketika permulaan syahwat dengan keadaan tidak sedar. Dari Ali ra berkata :“Aku adalah seorang lelaki yang sering mengeluarkan mazi. Kemudian aku suruh seorang kawan supaya menanyakan tentang perkara ini kepada Nabi SAW. Aku malu bertanya secara langsung memandangkan puterinya telah menjadi isteriku. Kawan itu pun akhirnya menanyakan masalah ini kepada Nabi SAW dan beliau menjawab : Berwuduklah dan cucilah kemaluanmu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)Hukum Air Mazi

Para ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa air mazi ini adalah najis, ia juga boleh menyebabkan batalnya wuduk dan tidak boleh dibawa solat. Bagi orang yang mengeluarkan mazi tidak diwajibkan mandi hadas seperti keluarnya air mani.Cara Mencuci Air Mazi

Air mazi dianggap seperti najis mutawassitah dan ia perlu dicuci dengan cara membasuh dengan menggunakan air mutlak sehingga bersih. Rasulullah SAW bersabda :“Berwuduklah dan cucilah kemaluanmu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)Air Wadi

Air wadi adalah air berwarna putih kental atau pekat yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan setelah habisnya air kencing. Dari Aisyah ra berkata :“Wadi keluar setelah berkencing. Oleh kerananya, hendaklah seseorang itu mencuci zakar berserta kedua-dua buahnya, lalu berwuduk dan tidak perlu mandi.” (Riwayat Ibnu Munzir)Hukum Air Wadi

Jumhur ulamak mengatakan air wadi ini adalah benda najis mutawassitah dan hukumnya sama seperti air kencing dan mazi. Ia tidak boleh dibawa solat. Begitu juga dengan Imam An-Nawawi mengatakan bahawa air wadi itu adalah najis.Cara Mencuci Air Wadi

Cara mencuci air wadi adalah dengan mencuci kemaluan sehingga bersih dan mengambil wuduk. Orang yang mengeluarkan air wadi tidak perlu mandi hadas.Air Kencing

Air kencing manusia adalah najis mutawassitah dan ia dapat membatalkan wuduk seseorang dan boleh menyebabkan solat itu tidak sah disebabkannya. Orang yang ingin membuang ari kencing ini perlu berhati-hati kerana takut air kencingnya terkena pakaiannya. Semasa membuang air kencing hendaklah dipastikan bahawa air kencing tersebut keluar habis dari kemaluan seseorang, air kencing yang tidak habis akan keluar secara sedar atau tidak sedar, ia boleh menyebabkan pakaian yang dipakai seperti seluar terkenanya dan seluar tersebut tidak boleh dibawa solat. Sebagai tindakan berjaga-jaga bawalah bersama kain atau seluar untuk digantikan ketika hendak melakukan solat, perbuatan ini adalah untuk memastikan supaya pakaian dan diri sentiasa didalam keadaan bersih dan suci. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda mafhumnya :“Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing. (iaitu hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)”

Cara untuk memastikan air kencing itu habis atau tidak habis keluarnya dari kemaluan, diantara caranya ialah seperti :
  1. Bagi wanita untuk memastikan air kencing habis atau belum, caranya mudah sahaja dengan menunggu sebentar setelah selesai kencing. Jika didapati tiada lagi air kencing, maka ia bolehlah membersihkan kemalaunnya.
  2. Bagi lelaki pula agak susah sedikit, kebiasaanya memerlukan waktu dan kesabaran. Cara untuk memastikan air kencing keluar, hendaklah diurut batang zakarnya dari pangkal hingga ke hujung kepala zakarnya. Dalam masa yang sama hendaklah berdehem-dehem untuk membantu mengeluarkan sisa-sisa air kencing di dalam zakarnya. Setalah pasti tiada lagi air kencing, maka bolehlah dibersihkan zakarnya dengan kaedah istinjak.


Hukum Kencing Sambil Berdiri

Tidak dibolehkan kencing berdiri, kerana ia bercanggah dengan sopan dan etika yang mulia, di samping mengelakkan diri daripada percikannya. Namun jika diyakini air kencing itu tidak memercik dan dapat dipastikan tidak akan terkena dirinya, maka tidak menjadi halangan baginya untuk kencing berdiri. Diriwayatkan dari Huzaifah ra yang menceritakan :“Suatu ketika Nabi SAW singgah di suatu tempat pembuangan sampah berhampiran dengan daerah suatu kaum. Di situ, beliau membuang air kecil sambil berdiri. Melihat itu, aku segera pergi menjauh, tetapi beliau malah berkata : Mendekatlah ke mari Aku pun segera menghampirinya hingga berdiri berhampiran dengan tumitnya. Kemudian aku melihatnya berwuduk dan menyapu kedua-dua khufnya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Petikan hadis di atas ini adalah untuk menunjukkan bahawa harus kencing sambil berdiri. Tetapi ia bukan untuk menunjukkan kebiasaan Rasulullah SAW kencing sambil berdiri. Kebiasaan Rasulullah ialah kencing secara duduk.

Imam An-Nawawi mengatakan kencing dalam keadaan duduk adalah lebih baik mengikutnya pandanganku, namun jika seseorang kencing dalam keadaan berdiri, maka itu juga tetap di bolehkan. Kedua-dua keadaan ini pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Ada sebahagian ulamak mengatakan bahawa hukum kencing berdiri adalah makruh kecuali jika ada sebarang keuzuran. Menurut mereka perbuatan Nabi kencing berdiri adalah kerana ada keuzuran bagi baginda, kemungkinan susah bagi baginda untuk duduk pada ketika itu memandangkan tempat itu ialah tempat pembuangan sampah atau mungkin juga baginda mengalami sakit tulang belakang. Menurut Imam Syafie orang Arab jika mereka mengalami sakit belakang, mereka akan kencing berdiri.

Di kalangan para sahabat sendiri terdapat khilaf tentang kencing berdiri. Terdapat riwayat menceritakan bahawa Saidina Umar, Ali, Zaid bin Tsabit, Ibnu Umar, Abu Hurairah dan Anas ra pernah kencing sambil berdiri. Antara sahabat yang memakruhkannya pula ialah Ibnu Mas’ud dan diikuti oleh Imam as-Sya’bi dan Ibrahim bin Sa’ad.

Rumusan dari perbahasan kencing berdiri di atas, maka hukumnya adalah harus jika orang tersebut mengalami kesukaran untuk kencing duduk. Manakala hukum makruh pula jika orang tersebut melakukan kencing berdiri dengan sengaja dan ia tidak mengalami apa-apa kesukaran dan musibah. Namun yang terbaik ialah kencing sambil duduk. Ini ditegaskan oleh Imam Ibnu al-Munzir :“Kencing sambil duduk lebih aku sukai. Namun kencing berdiri hukumnya adalah harus. Kedua-duanya ada dalil dari Nabi SAW”.
 
 


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

minyak oh minyak

hari ley tak perasan pergi bayar minyak ron97. masa nak isi tu baru perasan salah pam.selalu isi rm40 dpt 19.05 liter. hari ni just dapat 14.04 liter je kot. betul ke calculation mama lynn ni ? aduhai mmg tak berbaloi.. da la pakai kete old skool je pun. nak nangis la pulak mengenangkan tak berbaloi isi ron97 ni. lainla kalau pakai kereta import.
 
urmmm terasa menyesal pulak. terbayang-bayang angka rm2.85 / liter kat skrin pam minyak tu. mama lynn adalah antara yang terkesan dengan kenaikan harga minyak. duk bayangkan isi rm40 tu tahanla sampai khamis. nampak gaya pagi khamis atau petang rabu tu da kena isi minyak balik.
 
bukan rezeki mama lynn pagi ni. redha je la.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, September 23, 2013

moody sangat

kenapa kalau orang takde mood mesti nak marah-marah?
kenapa bila kita sibuk mesti nak cepat naik angin ?
kenapa kita nak tunjuk kita moody ?
alahai......

cuba tarik nafas dalam-dalam
ishtighfar banyak-banyak
cuba positif dalam setiap perkara
benda susah kan jadi senang

tak suka la orang moody ni
tak suka la kena marah ngan orang yang tengah moody ni
macam dia je la yang banyak kerja
macam dia je la yang sibuk.

moody la sangat
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, September 20, 2013

Anak mati di pusat asuhan

KUALA LUMPUR: "Saya lihat kepalanya sudah terkulai ketika meletakkannya di kerusi bayi di dalam kereta malah muka dan bibir sudah kebiruan malah ketika menjerit memanggil namanya pun anak saya tidak membalasnya," kata Muhamad Norman Rosman, 26. bapa kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan yang maut di pusat asuhan kanak-kanak di Wangsa Maju, di sini, semalam.
 
Bayi malang itu, Muhamad Qhaliff Muhamad Norman disahkan oleh doktor meninggal dunia dua jam sebelum bapanya menjemput anaknya itu kira-kira jam 5.30 petang semalam.
Menceritakan kejadian itu, Norman berkata, dia menjemput anaknya itu seperti biasa di pusat asuhan terbabit dan menyangka anaknya sedang tidur.

Menurutnya, bagaimanapun sebaik masuk ke dalam kereta dia terkejut apabila kepala anaknya terkulai sementara muka dan bibir kebiruan.

Foto


"Saya kemudian meminta penjelasan pekerja di situ namun jawapan diberikan mengecewakan kerana mereka memberitahu tidak mengetahui apa yang berlaku kepada anak saya.

"Bimbang dengan keadaan Qhaliff saya terus menghantarnya ke sebuah klinik swasta berhampiran sebelum doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia lebih kurang dua jam," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, malam tadi.

Norman berkata, dia sekali lagi mendapatkan penjelasan daripada pekerja pusat asuhan itu dan memaklumkan kejadian menimpa anaknya.

"Ketika itu baru mereka memberitahu anak saya sebelum itu ada mengalami muntah darah namun mereka menyangka tidak serius dan tidak memaklumkan kejadian itu kepada saya dan isteri.

"Tindakan mereka tidak memaklumkan kejadian itu mengecewakan saya kerana sejak lahir anak saya tidak mempunyai masalah sebaliknya hanya sukar minum susu," katanya.

Beliau berkata, dia menghantar anaknya itu bersama seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun kira-kira jam 11.30 pagi.

"Ketika itu anak saya ceria dan bermain dengan kakaknya seperti biasa. Namun tidak menyangka perkara ini terjadi dan saya juga sudah membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

kredit : myMetro
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

mee jawa jj manis meletop

malam tadi mama lynn sempat join family dinner kat 1 warung best ni. ibunda mama lynn yang excited sangat nak makan kat sini. jenuh jugak la nak mencari kedai makan + memang kami x pernah ke sini pun. itupun ibunda mama lynn dengar menu kat kedai ni sangat sedap. nak makan punya pasal gagahkan diri jugak mencari kedai yang "sangat best" ni.
 
mula-mula tu dah give up nak ke sana cos tak jumpa kedai makan yang dimaksudkan. adik mama lynn try search by maps. alhamdulillah setelah hampir  10 minit pencarian  (pusing dan pusing) jumpa jugak kedai makan yang dimaksudkan.
 
mula-mula tu tak percaya.. eh ni ke kedainya. alah cam warung je pun.. hehe hati berbelah bagi nak makan ke tak. masing-masing macam dah xde semangat nak makan. maybe dalam kepala masing-masing bayangkan kedai makan ni besar la kot.
 
menu kami malam tadi adalah mee jawa jj manis meletop 3 pinggan , nasi putih 2 pinggan, sup tulang, asam pedas ikan pari, kerang rebus, sate ayam 20 cucuk dan daging 10 cucuk. air pulak neslo, limau asam boi 2 gelas, teh bunga dan teh ais. bila makanan sampai... pergghhh hilang dah kata-kata. memang sangat-sangat sedap. memang rasa nak meletop pun... mee jawa agak pedas sikit tapi sangat sedap. kuahnya pekat dan penuh sepinggan dihidangkan. air teh bunga dan limau asam boi pulak siap boleh refill balik. neslo ais pulak memang pekat dan sedap. kami memang sangat-sangat berpuas hati.
 
kalau korang nak tahu harga makanan kat sini pun sangat-sangat berpatutan. kami makan untuk 5 orang dengan makanan yang penuh atas meja baru rm61. lepas ni terasa nak repeat lagi ke sana. nak try kari tetel dan ikan bakar pulak. kalau ikutkan pilihan makanan tidaklah terlalu banyak. kedai makan ni memang fokus menu-menu yang jadi pilihan ramai.
 
kalau korang teringin nak pergi boleh la singgah ke kedai ni. lokasi kedai di LOT 4791 BATU 1 1/2, JALAN PAIP, MERU.  kalau pandai ley la search by map. lokasinya kalau dating dari simpang empat pekan meru tu korang masuk kat jalan paip lepas klinik kesihatan tu. da masuk jalan paip just maintain jalan terus je. kedai ni belah kanan. kat belakang kedai ni ada sebuah surau.
 
ape pun SELAMAT MENJAMU SELERA. kepada sesiapa yang gemar mencari lokasi tempat makan best, kedai makan ni pilihan terbaik. mama lynn tak ingat nama kedai ni. mungkin dari alamat kat atas tu dapat membantu korang.
 

mee jawa jj manis meletop


sup tulang
 
** malam tadi tak sempat nak ambil gambar , yang ni mama lynn copy paste dari blog orang lain.
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, September 19, 2013

abg ben share pendapat mama lynn kat blog

komen mama lynn kat fb abg ben

jom baca entri penuh abg ben


hari ni felling senyum lebar mama lynn. manakan tidak blogger feymes Malaysia a.k.a abg ben ashaari merangkap pemilik blog santai ben ashaari  sudi kongsikan pendapat mama lynn berkenaan isu "Apa pendapat korang mengenai pakaian jururawat wanita di hospital / klinik kerajaan ? Apakah ok atau perlu penambahbaikan ? "  di blog beliau. mama lynn memang follower tegar even kadang-kadang jadi silent readers je.
 
ape yang best abg ben suka kupas sesuatu isu yang jarang-jarang orang lain fikirkan. mama lynn cukup respect dengan jiwa kental abg ben yang selamba mengutarakan pendapat dan pandangan. tak kira la isu apa pun, kalau ianya relevan untuk dibidas memang abg ben akan bidas. susah nak jumpa blogger macam abg ben ni. kalau mama lynn masih takut-takut untuk menulis.
 
at least kali ni mama lynn terasa dah jumpa inspirer mama lynn untuk meneruskan perjuangan mama lynn di sini. mama lynn masih cintakan dunia penulisan. I love to share a part of my life with all. kadang-kadang ianya pun boleh di ambil iktibar.
 
in shaa Allah... nanti mama lynn sambung kembali menulis dalam entri yang lebih baik dari sebelum ni.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, September 17, 2013

pengaruh camera 360

menggunakan application camera 360


 
hari ni sempat usha satu gambar kat fb ben ashaari berkenaan camera 360. mama lynn senyum sorang-sorang. manakan tidak, mama lynn adalah pengguna tegar camera 360 ni. adakah kejelitaan mama lynn terserlah selepas menggunakan camera 360? rasa loya-loya lak tekak ni. . anda pulak bagaimana ?

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar