Followers

Friday, August 16, 2013

kembali akhirnya

alhamdulillah di petang 9 syawal ni barulah diri ni betul-betul bersemangat untuk menulis kembali di sini. mama lynn dah rindu sangat nak blogging. entri terakhir mama lynn adalah pada 26 Jun lepas. wahh berbulan jugak la mama lynn tak menulis di sini. takde khabar berita + kawan-kawan blogger pun entah ingat atau tidak pada diri ini.
 
hari ni sengaja tukar header blog. ekceli yang ni header mama lynn guna sebelum ni. moga-moga banyak la perkongsian yang dapat mama lynn kongsikan di sini. seperti masa-masa lepas ,cuma kali ni mama lynn tak nak la bercerita terlalu peribadi tentang hidup mama lynn.
 
banyak sangat hal yang mama lynn terlepas untuk kongsikan bersama teman-teman blogger. in shaa Allah ada kesempatan nanti boleh la mama lynn #throwback kembali perjalanan hidup sepanjang sebulan 2 minggu ++ tidak menulis.
 
apa yang paling penting semenjak keluarga mama lynn dah bersatu di bawah satu bumbung ni, kehidupan sehari-hari jadi lebih bermakna. rumah mama lynn pun dah tak sunyi. balik rumah je anak-anak da menanti kat depan pintu. alhamdulillah ALLAH makin mempermudahkan perjalanan hidup ini.
 
walaupun en suami tersayang taklah ada hari-hari kat rumah ( en suami stay kat gelang patah cos buat masa ni company en suami ada projek kat LEGOLAND ) mama lynn dapat la melepaskan kerinduan 2 minggu sekali. kalau dulu masa kami PJJ kapar - kulim , kami kebiasaanya berjumpa sekali sebulan je. terima kasih ALLAH.
 
tak nak tulis panjang-panjang. in shaa Allah jumpa di lain entri. salam sayang buat semua. tak sabra nak berkongsi cerita lagi.


keluarga kecil mama lynn. zahir tolong snap gambar tu yang xde sekali.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar