Followers

Monday, June 3, 2013

santai petang di pantai remis, jeram

 
assalamualaikum..
 
lama tak menulis surat cinta di sini. sejak teratak kecil mama lynn meriah dengan kehadiran ahli keluarga sendiri, terasa tak menang tangan dibuatnya. Alhamdulillah permulaan yang baik buat diri ini setelah bertahun kami tinggal berasingan. kali ni bertambah-tambah meriah bila anak-anak tinggal sebumbung ngan mak diorang ni ha.
 
sekarang balik je kerja anak-anak dah menanti di rumah. memandangkan mama lynn jenis tak suka bersepah, permulaan ni agak menduga jugak lah dengan kerenah anak-anak yang suka buat sepah. budak-budak, belum betul-betul disiplin soal kekemasan ni. mama lynn dah mula terap nilai kebersihan perlahan-lahan dalam diri keduanya. sampah harus dibuang dalam tong sampah.
 
alah bisa tegal biasa. mama lynn sentiasa mendoakan yang terbaik buat keluarga kami. supaya hati-hati kami ditetapkan oleh Nya. supaya kami tidak bermasam muka sesama kami. in shaa Allah,  mama lynn perlu buktikan pada suami yang mama lynn bukan isteri yang degil.
 
sabtu lepas sempat meluangkan masa ke pantai remis. anak buah mama lynn , afif fikri pun turut serta sama. dah berkawan baik dengan zahir dan diana. cuma yang buat mama lynn risau , afif cepat sangat nak cubit orang. takut jugak mama diana dan zahir terasa hati. mama lynn sendiri takut andai terlebih-lebih bila menegur anak-anak. huhuhu banyak hati perlu di jaga. I'll try my best... in shaa Allah.
 
pagi ni en suami dah pun bertolak ke Johor. kali ni en suami kena jaga site di LEGOLAND. mesti best dapat buat kerja kat sana. dapat jugak cuci mata kat LEGOLAND tu. mama lynn sendiri belum berkesempatan ke sana. mujur juga ada anak-anak dan mamanya di rumah, berteman jugak mama lynn. memandangkan dah terbiasa lone ranger takdelah felling sedih sangat. 2 tahun 3 bulan PJJ ngan suami. korang pun tahu betapa kentalnya hati ni(ayat-ayat poyo).
 
khamis malam jumaat ni pulak mama lynn akan bertolak ke langkawi. mood bercuti tu pun dah berkobar-kobar. mudah-mudahan percutian ke langkawi bestlah hendaknya. dalam kepala ni dah terbayang IDAMAN SURI, H.I.G dan coklat. memang lokasi kesukaan hati ni. kali ni pergi ngan family belah mama lynn.
 
PANJANG pulak entri kali ni. ape pun jom layan gambar-gambar di pantai remis yang sempat mama lynn snap untuk tatapan teman-teman blogger semua.
 
 
 































♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

1 pesanan kasih sayang:

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar