Followers

Monday, June 17, 2013

myvi lama mama lynn eksiden

minggu lepas kereta lama mama lynn myvi BJE 62..... telah cedera parah di bahagian hadapan kerana kecelakaan jalan raya. siapa pemandunya ? adik bongsu mama lynn yang drive kereta ni. Alhamdulillah dia takde cedera pun cuma melihat keadaan kereta, remuk jugaklah hati ni. kalau ditanya pada abah memang tengah bersedihlah, manakan tidak. baru je perabih rm2000 ++ repair myvi tu, tak sampai sebulan dah eksiden.
 
kereta ni mama lynn beli 4-5 bulan selepas mama lynn masuk bekerja di MBSA ni. dulu myvi ni berseri lah sikit. mama lynn guna kereta ni sejak ogos 2006 sehinggalah awal 2010. tu pun sebab mama lynn rasa tak boleh nak survive nak bayar kereta ni. masa bujang rm520 tak terkesan pun nak bayar tapi sejak berumahtangga mama lynn rasa tak mampu pulak. hehe biasalah kan, turun naik kehidupan.
 
mama lynn dapat call dari adik bongsu ketika sedang dalam perjalanan untuk menjemput ibunda mama lynn pulang dari kerja. kiranya masa tu mama lynn baru nak masuk pusat bandar klang. adik mama lynn sikit punya takut dengan apa yang berlaku. dari ceritanya dia nak elak sebuah lori yang cuba menghimpit kemudian dia terlanggar sebuah kereta yang sedang menunggu untuk membuat pusingan U. mungkin juga kerana terkejut, brek pun jadi tak brek.
 
impak dari pelanggaran tersebut, enjin kereta keluarga mama lynn terbakar. adik mama lynn dan sahabatnya yang turut ada dalam kereta dalam keadaan tergesa-gesa terus keluar dari kereta. mujur juga ada sebuah teksi berhenti menghulurkan bantuan dalam memadam kebakaran pada bahagian enjin. dalam keadaan macam ni baru tahu pentingnya untuk setiap kereta memiliki alat pemadam api sendiri.
 
sekarang ni mama lynn sedang dalam proses menguruskan insurans kereta kerana nama pemilik kereta masih nama mama lynn. mujur juga abah mama lynn mengambil insurans pihak pertama. ada hikmah di sebaliknya, dapatlah claim insurans bagi kerja pembaikan kereta. buat masa ni kami memang tak benarkan adik bongsu mama lynn untuk memandu. tak kata dia salah cuma nak dia ambil iktibar dari apa yang berlaku. dalam memandu rush macam mana pun kita perlulah berhati-hati. malang tak berbau kan.
 
 
























♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar