Followers

Wednesday, May 15, 2013

sehari di rumah norashikin

 
sabtu lepas sempat meluangkan masa ke presint 5,putrajaya ke rumah sahabat baik mama lynn sedari di uitm jengka lagi, norashikin abdul ghani. pertemuan setelah sekian lama tak bersua muka. tujuan utama mama lynn ke sana untuk menziarahi sahabat mama lynn tu yang baru 3 bulan menerima kedatangan orang baru.
 
yang mama lynn ingat nama baby shikin , jannah. full name tak ingat la pulak. comel sangat baby jannah ni + kulit baby jannah putih gebu. rasa geram sangat. tetapi memandangkan mama lynn datang membawa 2 orang tentera cilik, x dapat la nak gomol baby jannah puas-puas. keduanya perlu diperhatikan sentiasa. al maklumlah boy, agak aktif sekali. habis dikerjakan barang-barang kat rumah shikin. mujur juga ada cik ana a.k.a baby sitter of the day aiman faliq. tak la penat sangat nak mengawal keduanya.
 
shikin mendiami kuaters kerajaan berhampiran dengan Kementerian Pengajian Tinggi. rumah shikin memang sangat luas. ditambah lagi view dari tingkat atas yang boleh nampak pemandangan tasik dan jambatan di putrajaya. mama lynn kira betapa beruntungnya kakitangan kerajaan yang memilih untuk menduduki kuaters di sana.
 
mama lynn lepak rumah shikin x lah begitu lama. sempat juga mama lynn makan nasi berlaukkan rendang ayam, daging masak black paper, teluk dadar dan berulam timun bersama sambal belacan air tangan dari shikin. skill memasak orang dah ada baby ni makin menjadi. sedap sangat, tapi nak makan banyak malu la pulak.
 
pasni kalau jumpa lagi mesti baby jannah da besar. kalau ikutkan plan asal alin akma (sahabat mama lynn & shikin) turut serta sekali tapi dia dan cik boyfriend tiba di rumah shikin agak lewat. masa alin akma call pun da pukul 7.00 malam ++ baru nak cari-cari kawasan rumah shikin. padahal plan asal dari dak alin akma ni. next time la kita dating together-gether pulak.
 
 
:: jom intai gambar-gambar budak2 hyper & baby jannah ::
 
 



















♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar