Followers

Thursday, May 23, 2013

dinner kelab rekreasi MBSA

lama mama lynn tak updated kat sini. bukan sombong atau malas tapi sejujurnya takde banyak perkara menarik yang dapat mama lynn perkatakan. rutin seharian agak sedikit berubah dengan kehadiran en suami di sisi. balik kerja , kelam kabut nak mengemas dan memasak. tu belum kira nak membasuh dan buat kerja-kerja rumah yang lain.
 
en suami mama lynn dah hampir seminggu mula bekerja di tempat baru. buat sementara ni en suami hanya diberikan tugasan sebagai site supervisor. jadi mandur kejap, kerja hakiki x sempat nak sembang lagi. cuma yang mama lynn tahu company en suami ni buat kerja-kerja landskap.
 
rabu minggu lepas mama lynn sempat meluangkan masa untuk ke majlis makan malam kelab rekreasi MBSA. last minute plan sebenarnya. baju pun prepare last minute. mujur jugalah jumpa yang berkenan di mata. boleh la recycle balik raya nanti.
 
mama lynn tak sempat nak bergambar di red karpet pun. sekadar ambil gambar untuk kenang-kenangan je. artis jemputan pada malam tu adalah azrul raja lawak & maya. keduanya berjaya mengendalikan majlis tersebut dengan jayanya. majlis makan malam tersebut berakhir dekat 11.20 malam. yang tak bestnya kali ni mama lynn tiada rezeki memenangi sebarang cabutan bertuah. tak berapa nak bertuah sebenarnya kan.
 
harap lepas ni dapat luangkan lebih banyak masa untuk blogging. biar M besar yang rajin datang tu pergi jauh-jauh. mudah-mudahan hendaknya. kadang-kadang ada juga perkara yang ingin dikongsikan cuma kesempatan nak blogging tu agak terhad.
 
jom intai gambar-gambar mama lynn sepanjang majlis tersebut berlangsung
 
 























♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. cantiklah baju lynn guna tu :-)

    btw, ni link tu ;)

    http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2012/03/cara-yang-saya-lakukan-untuk-cepat.html

    moga ada rezeki lynn plak.. lbh2 lg, skrg ni lynn dh duk bersama, so,lg senang :)

    ReplyDelete
  2. intan berlian : ina.. thanks. nnt sy menjejak ke link tu eh. in shaa Allah da dkat ni boleh la usahakan skit. mudah2an

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar