Followers

Thursday, May 9, 2013

berkongsi berita gembira

cukup sudah cerita pilihanraya di laman-laman sosial lain. mama lynn takkan sesekali mengupas itu isu di blog ini. mama lynn tak mahu kedamaian yang ada di sini tergugat kerana cerita-cerita sensasi yang makin basi. biarkan sahaja suara-suara itu bergema di laman sosial lain.
 
 
ada berita lebih gembira yang mama lynn ingin kongsikan. mula-mula dapat tahu tentang berita ni memang mama lynn rasa nak kongsikan di sini tetapi takut-takut hajat tak kesampaian. alhamdulillah rasanya masa ni sangat-sangat sesuai.
 
mama lynn tahu mesti ramai yang mengandaikan mama lynn pregnant kan. hehe kalau betul memang lah mama lynn gembira sangat-sangat tetapi itu  bukanlah berita gembira buat masa ini. apakah beritanya ?? banyak betul persoalan yang bermain diminda semua kan.
 
pada yang setia di sini pasti tahu yang mama lynn dan suami merupakan pasangan jarak jauh (PJJ). bulan mei ni cukup 2 tahun 2 bulan kami tinggal berasingan dan selama itulah mama lynn terpaksa cekalkan diri untuk hidup berdikari.
 
alhamdulillah berkat kesabaran mama lynn pertahankan kerjaya mama lynn di sini, Allah SWT telah memberikan petunjuk buat suami. ya.. suami mama lynn dah buat keputusan untuk bekerja semula di tempat kerja lamanya di shah alam. selama ini mama lynn cuba juga memujuk suami supaya bekerja di sini tetapi mama lynn tak pernah memaksa. alhamdulillah sekarang hati suami dah terbuka sendiri. 2 tahun 2 bulan kami tinggal berasingan dan kini kami akan bersatu di bawah bumbung yang sama. in shaa Allah. 
 
pertimbangan daripada suami ini adalah atas faktor-faktor  kerjaya yang kurang memberangsangkan. suami juga sudah terbuka untuk meninggalkan mak mertua mama lynn dan adik ipar untuk hidup sendiri. cuma pesanan suami pada adiknya yang bekerja di pulau mutiara , kenalah kerap pulang ke kampung menjenguk mak dan adik.
 
in shaa Allah hujung minggu ni suami mama lynn akan pulang ke teratak kecil kami di sini. mungkin awal minggu depan suami mama lynn akan memulakan kerja di tempat lamanya semula. rasa bahagia sangat bila akan sentiasa dekat dengan suami. apa yang lebih menggembirakan dapat menunaikan tanggungjawab sebagai isteri seperti biasa. 2 tahun 2 bulan, suatu tempoh yang agak lama buat diri ini. terima kasih Allah di atas limpahan kesabaran pada diri yang Kau berikan.  
 
 
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

5 pesanan kasih sayang:

  1. ni mmg berita gembira.. mg kebahagiaan sentiasa menjadi milik lynn :-)

    ReplyDelete
  2. Tahniah Lyn, semoga berbahagia selalu disamping suami tercinta.

    ReplyDelete
  3. intan berlian & zie : Alhamdulillah ina & zie. akhirnya impian dan doa sy dimakbulkan oleh Nya. happy sangat2. pasni sentiasa dekat dgn suami dan anak2

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..moga perjalanan untuk memiliki zuriat sendiri dipermudahkan & diberkati dengan adanya suami disisi..amin ^^

    ReplyDelete
  5. mel : mudah2an .... teruja nak ada anak sendiri ...

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar