Followers

Thursday, May 23, 2013

berhijab , tudung jenis mana pilihan hati mama lynn

bawal tribal
 sifon 2 layer
 sifon 2 layer
Syria (yang ni pendek sangat, tak berani nak pakai dah)
Syria saiz M 
 shawl bercorak
 
 shawl kain sifon (murah sangat dah sekarang)
 
 
 
abaikan sahaja muka mama lynn dan tubuh badan mama lynn yang bertambah sasa itu. huhuhu memang sejujurnya berat badan mama lynn dah naik sekarang ni. usaha untuk menurunkan berat badan masih berbayang lagi. wahhh sangat la ayat-ayat poyo keluar dari mulut ini.
 
kali ni mama lynn nak kongsikan pilihan mama lynn dalam berhijab. trend bertudung sekarang terlalu ke depan , mama lynn sendiri tak tahu nak gambarkan trend yang ada pada masa kini. kalau dulu kita cuma kenal tudung bawal, syria dan tudung sarung  berawning sekarang ni kita dah ada half moon, turban, tudung fareeda, shawl dan macam-macam lagi fesyen tudung. nak cerita satu-satu pun mama lynn tak berapa mahir.
 
nak kata mama lynn ni mangsa fesyen tak jugak cos mama lynn tak la addict dalam membeli tudung yang menjadi trend semasa. mama lynn jenis orang yang risau tentang saiz tudung. memandangkan saiz fizikal mama lynn yang agak ke bam bam , mama lynn cuba elakkan dari mengenakan tudung saiz S dan M. sekarang ni mama lynn lebih prefer beli saiz L. kalau orang lain still beli klon tudung fareeda, mama lynn langsung tak ada koleksi dari tudung ni. baru2 ni masa majlis perkahwinan adik mama lynn, mama lynn sekadar kenakan tudung sifon 2 layer saiz L. agak labuh sedikit, bajet muslimah kejap tapi kalau ikutkan itulah tuntutan dalam menutup aurat.
 
kalau ada terlihat mama lynn bertudung agak pendek tu memang tak dinafikan cuma mama lynn berusaha untuk ke arah yang lebih baik. baru-baru ni keluar pulak trend tudung bercorak tribal. mama lynn dah ada 4 helai. sehelai tudung bawal dan 3 lagi selendang.
 
kalau bercerita tentang tudung, sekarang ni mama lynn sangat-sangat selesa dengan tudung syria kerana mama lynn yakin yang penampilan mama lynn lebih kemas bila mengenakan tudung ni. cuma koleksi tudung syria mama lynn kesemuanya plain. plan nak shopping tudung syria bercorak pulak lepas ni.
 
datanglah fesyen apa sekalipun, Alhamdulillah mama lynn bukan jenis yang cepat tergoda sekarang ni mood mama lynn dalam bertudung kembali kepada shawl. mama lynn dah mula rajin layan tutorial cara mengenakan shawl untuk lebih mahir dalam pemakaian shawl. even shawl kita murah pun kalau kena cara pakainya akan lebih kemas dan menarik. pilihan u all pulak macam mana eh agak-agaknya? jangan kita telalu taksub berfesyen sehingga kita lupa kenapa kita bertudung. mama lynn bukan wanita sempurna cuma mahu berusaha ke arah yang lebih baik. in shaa Allah.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. lynn mmg sesuai [akai syria... nmpk kemas n comel je :)

    ReplyDelete
  2. intan berlian : rasa mudah dan sgt selesa... tu yg lin suka sgt ngan syria

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar