Followers

Monday, April 8, 2013

lamanya tak blogging.....

akhirnya hari ni merajinkan diri jugak untuk singgah jenguk blog yang dah bersawang ni. dekat 12 hari langsung tiada sebarang entri. sibuk sangat ke mama lynn lately ni ? rasa macam langsung tak bersemangat nak blogging. ini semua gara-gara mama lynn dah terjebak ber "instagram", ber "foursquare" dan macam-macam lagi media sosial kat luar sana. yang terbaru mama lynn dah register keek, tapi still tak pernah upload video lagi.
 
en suami dari 28 mac sehingga 1 april balik kapar. alhamdulillah dapat la spend masa lebih lama dengan en suami. so masa yang ada tu memang kami gunakan untuk outing berdua. bukan selalu dapat dating ngan en suami. kiranya untuk 4 hari tu consider kami berhoneymoon jugak. kalau orang honeymoon mesti la ada scene romantik, candle light dinner ke kami tetap ngan cara kami. outing , tengok wayang then makan kedai warung selera kampung. en suami memang kurang gemar makan di fast food restaurant ni. bagi dia menu nasi tu dah jadi kewajiban. kalau kfc tu nak jugak la dia makan.
 
pagi ni pulak mama lynn baru je sampai dari kulim. sampai tadi kul 5.10 pagi, then pagi ni mama lynn masih boleh bekerja. dah jadi rutin takde la penat sangat bila travel jauh + sepanjang perjalanan memang mama lynn akan tidur. memang badan pun rasa segar je badan bila dapat rest yang cukup.
 
jom tengok gambar-gambar yang sempat mama lynn snao sepanjang x blogging ni. memandangkan x sempat nak transfer kat pc , mama lynn copy paste je dari instagram mama lynn. find me by using yazlyna . in shaa Allah , ada kesempatan nanti mama lynn akan updated lagi kat sini. rindunya nak blog walking.








♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar