Followers

Thursday, April 11, 2013

kembali diet


setelah 3 bulan ++ out of diet, semalam mama lynn telah memulakan misi diet mama lynn semula. doakan mama lynn berjaya membuang lemak-lemak kat badan ni.
 
secara jujurnya lepas mama lynn off diet penghujung disember lepas, selera makan mama lynn memang menjadi-jadi. memang la masa diet tu mama lynn berjaya loose 6-7 kg tapi bila stop diet, berat badan ni naik balik.
 
melihat testimoni pengguna figure up ramai yang berjaya, mama lynn terasa nak cuba. ditambah lagi sokongan dari kakak mama lynn yang obsess untuk cantik.
 
semalam di hari pertama mama lynn ambil kapsul figure up di pagi hari, mama lynn tidak rasa lapar sangat. pagi mama lynn ambil set breakfast a.m riser (kfc) then petang balik dari kerja baru mama lynn jamah nasi.
 
mulai hari ni mama lynn cuba nak kurangkan pengambilan karbohidrat. moga niat mama lynn dipermudahkan. walaupun en suami tidak pernah merungut tentang fizikal mama lynn tapi bila dah nak masuk 3 series ni rasa perlu untuk lebih menjaga kesihatan. mama lynn ada amalkan supplement lain jugak.
 
in shaa Allah, mama lynn akan cuba buktikan yang mama lynn pun boleh kurus jugak (takde la berangan nak kurus mana). cuma nak dapatkan berat badan bawah 70kg. buat masa ni , itu target mama lynn.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

4 pesanan kasih sayang:

  1. selamat membunag lemak k...
    lepas ni mesti selim melim

    ReplyDelete
  2. mudah2 an.... huhuhu. asyk sekerat jalan je klu berdiet ni

    ReplyDelete
  3. salam kenal lynn.hehee..inila kita yg bernama wanita ye..sama2 kita berusaha menjayakan prog diet kita ye..jemput visit blog saya madeenayahya.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. deena : dah ke sana... hehe chaiyok2...

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar