Followers

Tuesday, April 16, 2013

gonna miss you sweet darling

poyo je la mama lynn hari ni ngan tajuk entri gedik semacam je. sengaja ambil mood romantik sikit dari hari-hari biasa. ekceli mama lynn rasa tersangat happy sepanjang sebulan ni. mana taknya, setiap minggu dapat spend masa dengan suami tercinta. kebiasaannya , mama lynn hanya dapat spend time ngan husband once a month. itu pun dalam 2-3 hari je.
 
memandangkan kami banyak urusan bersama dalam sebulan ni, en suami dapat la balik 2 minggu sekali. bila en suami tak balik, mama lynn pulak yang balik sedim. hikmah dari sebuah dugaan, rasanya saat ini lebih baik dari semalam.
 
semalam en suami baru je pulang ke sedim kembali. lepas je hantar suami kat klang sentral, mama lynn boleh lak felling2 sedih dalam kereta. gugur jugak air mata ni bila sekali lagi perlu berjauhan. kali ni mungkin ambil masa jugak untuk mama lynn pulang ke sedim kerana tuntutan masa bekerja + pilihanraya yang bakal menjelang.
 
in shaa Allah plan mama lynn kalau nak balik sedim biarlah selepas pilihanraya berlangsung tapi seandainya kerinduan di hati tak tertanggung, mama lynn comfirm akan balik jugak.
 
kali ni biarlah en suami menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjanya di bengkel. rezeki en suami ada di sana, lama sangat tinggalkan kedai pun tak seronok jugak. in shaa Allah ada perkhabaran gembira dari en suami buat diri ini. tapi mama lynn tak nak la over excited sangat, biarlah masa yang menentukan. moga Allah mempermudahkan hidup kami sekeluarga.
 
mama lynn sangat bahagia dengan kehidupan sederhana ini. alhamdulillah sangat-sangat bersyukur walaupun mama lynn tak dapat nak puaskan hati semua pihak. in shaa Allah suatu masa nanti pastikan mama lynn dapat kecapi apa yang mama lynn idam-idamkan. hidup ini mengajar mama lynn untuk lebih bersyukur dan kuat menjadi diri sendiri.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. bersyukur dan bergembira dengan apa yg kita ada sekarang...
    nor pun slalu sedih bile en syed nak balik...x suke kena tinggal..rase nak ikut jer tapi ape kan daya..huhu

    semoga tak lame lagi dapat la kita duduk dgn hubby kita kan kan..amin

    ReplyDelete
  2. moonchild : mudah2 an nor. akak ni nak berhenti kerja jenuh piker. so buat masa ni kena bertahan dulu. ikutkan hati mmg la nak dekat ngan suami. in shaa Allah, dengan izin dari Nya pasti kt dapat hidup macam keluarga lain kan

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar