Followers

Thursday, April 18, 2013

black out

sedang mama lynn syok tidur boleh pulak terjaga. urmmm kenapa panas ni, ishh kenapa gelap semacam je. barulah tersedar yang bekalan elektrik terputus. bunyi bising di luar rumah meyakinkan yang pihak TNB sedang dalam usaha membuat kerja-kerja pembaikan.
 
mama lynn tengok jam kat handphone. jam menunjukkan pukul 1.00++ pagi. ishh tak boleh jadi ni bergelap sorang-sorang + kat umah memang takde langsung bekalan lilin.
 
mama lynn tak tunggu lama, terus matikan suis lampu, kipas seterusnya capai baju kerja dan hand bag. mama lynn buka pintu rumah dan terus start enjin kereta. beraninya la mama lynn keluar rumah time macam tu. berani sebab ada orang TNB kat depan rumah. hehe lari balik rumah ibunda la gayanya.
 
mama lynn tak terus sambung tidur dalam rumah tetapi mama lynn ajak adik-adik mama lynn tidur dalam kereta. rasa lega bila dapat aircond kereta, lebih dari setengah jam jugak la lepak dalam kereta baru masuk dalam rumah ibunda. tu pun sebab ibunda complain bunyi enjin kereta bising, takut-takut mengganggu jiran tetangga.
 
tak sampai 10 minit mama lynn tidur-tidur ayam kat ruang tamu rumah ibunda, bekalan elektrik pun tersambung semula. ishh kalau kat kg, takde kipas pun lena lagi tidur tapi kat rumah sendiri memang tak tahan bahang panasnya. pengajaran untuk diri lepas ni kenalah sediakan stok lilin kat rumah.
 
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar