Followers

Monday, April 29, 2013

pertunangan yanee

lamanya mama lynn tak updated blog ni. Alhamdulillah hari ni rasa bersemangat nak updated blog.  kebetulan ada story yang mama lynn nak kongsikan. kalau takde cerita memang malas nak updated.
 
petang sabtu lepas en suami tercinta balik rumah mama lynn. rasa memang happy bila en suami balik sini. kalau ikutkan memang takde plan pun nak balik sini dis week. even masa ngan suami sangat lah singkat tapi mama lynn tetap happy.
 
pagi semalam lepas en suami dan adik-adiknya bertolak pulang ke kulim mama lynn sempat meluangkan masa ke majlis pertunangan sepupu mama lynn di taman cempaka, ampang. yanee merupakan anak sulung pak cik kim mama lynn. in shaa Allah kalau tiada aral majlis perkahwinan yanee akan dilangsungkan pada bulan disember ini.
 
sabtu lepas sepupu kami , kak bidah pun selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hati tapi mama lynn tak dapat nak pulang ke grik memandangkan majlis tersebut diadakan secara mengejut. kalau ikutkan majlis perkahwinan kak bidah akan diadakan pada 7 disember ini. sorang lagi sepupu kami kabir akan melangsungkan majlis pada 30 november ini. agak padat jugak aktiviti mama lynn hujung tahun ini. lepas ni kena la saving extra sikit bila kena balik grik 2 minggu berturut-turut. mujur juga majlis yanee kat sini je. meriahnya family kami nak terima menantu baru.
 
sedikit gambar yang dapat mama lynn kongsikan di majlis pertunangan yanee semalam. tahniah buat yanee & zahrin. moga jodoh kalian dipermudahkan. in shaa Allah.
 










































 
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, April 23, 2013

Surat Perletakan Jawatan Ditulis Diatas Kek!

 
jika anda nak berhenti kerja dan menjadikan bisnes kek sebagai punca mencari rezeki, jadi menulis surat perletakan jawatan di atas kek semestinya satu idea yang kreatif dan sangat bagus! Pada hari jadi ke 31, Chris Holmes atau lebih dikenali sebagai MR. CAKE telah memutuskan telah tiba masanya untuk dia berhenti kerja sebagai Pegawai Sempadan di London Stansted Airport untuk melakukan sesuatu yang dia sangat MINAT dan memberikan masa lebih bersama keluarga tercinta. bisnes membuat kek telah menjadi pilihannya dan notis pemberitahuan kepada majikannya ialah dengan menggunakan ICING sebenar di atas kek!   : sumber
 
cool sangat kan bila hantar surat resign macam ni. semua pembuat kek kat luar sana, tak nak cuba ke hasilkan kek macam ni. kalau korang boleh buat mama lynn nak tempah jugak tapi takde la sampai nak anta surat resign. mungkin boleh ditukar kepada surat cinta ke. takde perkara yang mustahil zaman sekarang ni. cool sangat.


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Mengira Waktu Subur Wanita

Assalamualaikum Warahmatullah.
 
Ada yang meminta saya menulis artikel tentang waktu kesuburan wanita. Saya tahu ada yang dah sangat mahir.. kalau tak mahir takkan ada 6 orang askar kat rumah kan... hehe. Tapi yang baru-baru nak mencuba tuh tentu ada yang malu nak bertanya. Baik juga kalau tahu, InsyaAllah boleh kongsi dengan suami atau adik beradik atau anak-anak dara kat rumah.

Kitaran haid wanita adalah tajuk sangat penting masa student dulu dan selalu masuk soalan esei. Kalau ada pertanyaan, saya cuba jawab. Kalau tak dapat, maafkan saya, anda boleh tujukan soalan kepada pakar sakit puan.
KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

FAHAMI KITARAN HAID
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
 
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
 
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.


Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

 
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)
 
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
 
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
 
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
 
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

 
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
 
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
 
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.


MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

Selamat Mencuba!

sumber : dr azwan

p/s : sekadar perkongsian untuk semua isteri di luar sana. kebetulan semalam emosi mama lynn kurang stabil, mama lynn cuba buat carian berkenaan waktu subur. dan kebetulan jugak malam tadi period mama lynn datang. kali ni kitaran haid mama lynn dah jadi 25 hari. means 25-14 = 11. adakah hari ke 11 tu waktu subur untuk mama lynn ? yang ni mama lynn tidak begitu pasti. kira sekadar boleh mengira waktu subur tapi kuasa yang memberikan rezeki zuriat tu di tangan DIA. buat masa ni, rezeki tu masih belum berpihak pada diri mama lynn.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, April 22, 2013

rasa tak sedap badan

 
hanya coretan pendek je hari ni. rasa tak sedap badan pulak pepagi ni. rasa semput mama lynn nak datang balik. mudah-mudahan kesihatan diri tak terganggu. urmm serabut sikit lately ni tu yang sampai terbawa-bawa dalam kehidupan sehari-hari. doakan mama lynn sentiasa sihat. in shaa Allah.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, April 19, 2013

happy friday

 
entri malas-malas untuk hari ni. menghitung hari-hari nak pergi holiday. lagi 3 minggu sebelum menghabiskan masa bercuti bersama en suami & keluarga. in shaa Allah bulan 6 nanti holiday ngan family belah mama lynn pulak. kemana destinasi mama lynn kali ni ? nantikan saja entri mama lynn bulan mei dan bulan jun nanti.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, April 18, 2013

13 Gambar Kreatif Dari Perspektif Berbeza

Koleksi pelbagai gambar yang diambil dari perspektif berbeza bagi menghasilkan gambar yang sangat menarik dan kreatif.













♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar