Followers

Monday, March 25, 2013

rezeki berganda di hari gaji

alhamdulillah hari ni hari gaji untuk seluruh kakitangan awam. lega sangat-sangat bila tiba hari gaji ni. berganda lega bila di hari gaji ni ada lagi rezeki lain yang mama lynn dapat.

semalam mama lynn baru prasan yang ada surat daripada koperasi seberguna pekerja-pekerja malaysia berhad (koperasi pekerja) . untuk makluman mama lynn pernah jadi ahli koperasi ni masa buat pinjaman peribadi 3-4 tahun yang lepas. koperasi pekerja ni hantar surat peringatan kedua bagi tujuan penghantaran surat berhenti menjadi ahli. turut dimaklumkan dalam surat tu caruman terkumpul sehingga januari 2013. xde la banyak mana pun, rm305.00. kalau yuran ahli ditolak lagi dari gaji mama lynn bulan ni bertambah la amaun yang mama lynn akan dapat balik. so pagi-pagi tadi mama lynn terus buat pos laju surat berhenti keahlian bersama salinan kad pengenalan. cepat diorang terima cepat la mama lynn dapat balik duit mama lynn tu.
 
iklan kejap.... jom cari mama lynn dalam gambar kat bawah ni. meriah kan bila berkumpul macam ni.
 
*
 
**
***
a part of Hj Mahmud family members (gambar kenangan pada 10.3.2013 lepas)

semalam ada jugak terima surat dari ambank. baru pagi ni mama lynn sempat buka, hehe sekali ada cek (lupa lak nak snap gambar). dalam surat dari ambank tu dimaklumkan bahawa yang cek tu merupakan lebihan potongan & lebihan pembayaran loan mama lynn sebelum ni. hujung tahun lepas mama lynn ada buat overlapping, so baru sekarang diorang return duit tu. even amaunnya hanya rm135.17, tetap bersyukur. ada jugak la rezeki yang masuk.
 
bertambah bersyukur bila bulan ni merupakan bulan pertama potongan kwsp tiada lagi dalam slip gaji. secara rasminya pada 1 mac 2013 mama lynn memasuki skim pencen. walaupun gaji bersih mama lynn tidaklah sebesar mana sekurang-kurangnya dapat la jugak mama lynn buat bajet yang lebih seimbang setiap bulan. doakan mama lynn dapat menyimpan sikit tahun ni. kalau tahun lepas memang x nampak hasil, biarlah tahun ni dapat menyimpan sikit. in shaa Allah.
 
alhamdulillah... tq Allah untuk segala nikmat yang telah Kau berikan. mama lynn anggap rezeki berganda bulan ni adalah rahmat daripada dugaan yang mama lynn lalui sebelum ni. ALHAMDULILLAH rasa kehidupan ni semakin dipermudahkan.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. rezeki melimpah ruah..alhamdulillah rezeki kn..semoga sentiasa di murahkan rezeki dpt sama2 kita buat tabungan..hehhe

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar