Followers

Friday, March 22, 2013

perhimpunan datuk bandar kali ketiga tahun 2013

selasa lepas 19 mac 2013 (tarikh sama adik mama lynn eksiden), jabatan kejuruteraan telah menjadi hos bagi majlis perhimpunan datuk bandar. ini adalah kali pertama mama lynn terlibat dalam menjadi hos perhimpunan datuk bandar bersama datuk bandar sepanjang ditempatkan di jabatan kejuruteraan. pengalaman pertama bersama pasukan koir jabatan. malunya bila kena berdiri dan menyanyi kat atas pentas sementara kakitangan lain memandang dari bawah. tapi tu semua pengalaman yang manis jugak buat diri ni + kami hanya menyanyikan lagu-lagu patriotik seperti lagu negeri selangor, negaraku, shah alam dan warisan (nyanyian asal arwah sudirman).
 
untuk kelihatan seragam pihak jabatan kejuruteraan telah membuat pembelian tudung yang sama untuk digunakan dalam majlis tersebut. memandangkan mama lynn tak pakai tudung ala-ala fareeda tu, mama lynn bersama 5-6 orang staff lain diberikan tudung seragam yang lain. cantik jugak siap dengan sulam.
 
kat bawah ni adalah diantara gambar-gambar yang mama lynn dapat kongsikan sepanjang majlis perhimpunan datuk bandar tersebut. untuk gambar yang lebih jelas bolehlah zoom out gambar-gambar tu. itulah baju korporat mama lynn dari hari isnin sehingga hari rabu.
 
 











♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. saya pun join koir kat ofis..seronok sebab leh release tension..hehehe..

    ReplyDelete
  2. yup, seronok jugak... masa macam ni la buat kt lagi close ngan kawan2 sepejabat

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar