Followers

Tuesday, March 26, 2013

mimpi banjir & gigi bawah patah

mama lynn terasa hari ni bagai disentap bila asyik memikirkan tentang mimpi yang mama lynn alami malam tadi. mama lynn pun tak perasan pukul berapa mama lynn bermimpi, sedar-sedar da dekat pukul 5.00 pagi.
mama lynn bermimpi yang mama lynn mengikuti rombongan ke singapura (sakan la boleh lak mimpi, teringin sangat nak ke USS la kot). mula-mula rombongan kami ingin ke sana menaiki bas tetapi terpaksa bertukar kenderaan di saat akhir. so kami ke sana dengan menaiki van.
di dalam perjalanan ke singapura, boleh pulak banjir di jambatan yang menghubungkan singapura - malaysia. apa pun perjalanan masih dapat diteruskan.
mama lynn tidak dapat mengingati secara jelas apa yang mama lynn lakukan di sana. tapi dalam mimpi tu mama lynn terasa yang gigi bawah mama lynn bergoyang. bila pegang then goyang-goyang sikit terus tercabut (patah). sempat dalam mimpi tu mama lynn perhatikan bentuk gigi tersebut. apa yang berlaku lepas tu mama lynn dah tak ingat.
bila tersedar dari tidur terasa tersentak sangat. ambil masa jugak then baru mama lynn ludah ke kiri. bila dah terdedah dengan tafsir mimpi gigi patah rasa hati ni berdebar pulak.
mama lynn terus cari kat internet tafsir mimpi berkenaan banjir dan gigi bawah patah seperti kat bawah ni. mungkin juga mimpi tersebut mainan tidur semata-mata. tak mahu terlalu memikirkannya. moga Allah SWT jauhkan keluarga mama lynn daripada perkara-perkara buruk. amin.

Banjir : Jika anda bermimpi sedang mengamat-amati banjir bertanda anda akan dikaruniai rezeki. Tapi bila anda ditimpa banjir, alamat buruk karena akan kekurangan. Mimpi rumah anda kebanjiran bersirat anda akan capek hati (kesal, dongkol, emosi jiwa)
"Kalau mimpi patah gigi belah atas, maknanya ada orang atas kita yang terdekat akan meninggal dunia. Kalau mimpi patah gigi belah bawah, maknanya ada orang bawah kita yang terdekat akan meninggal dunia."

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

9 pesanan kasih sayang:

  1. Eh betul ke mimpi pasal banjir ni.. aduh baru ja mimpi banjir jugak, air naik membuak2. mudahan dapt rezekilah.. tak mo yg sedih2

    pastu dina pulak bagitau malam sebelom tu dia mimpi semua gigi dia patah huhu emm macam sesuatu akan berlaku .. tapi tak mau pikir sangat... hanya petanda sesuatu yg akan berlaku dah ketentuan..

    ReplyDelete
  2. semoga semuanye baik2 belaka...

    ReplyDelete
  3. alahai..nor panggil x suke mimpi gg patah..sbb rase dh 2/3 kali mimpi camtu dulu n betul2 ade org meninggal..sedih...hrp2 mimpi akak kali cume mainan tido semata la hendaknya...amin

    ReplyDelete
  4. hana xpernah mmpi2 yang nagatif macam ni. kecuali perperangan..haha ganaz x. mainan tido je tu..

    ReplyDelete
  5. zie : info yang saya dapat macam tu la kak zie, mudah2 an ada la rezeki . anak kak zie pun mimpi yg sama jugak macam saya eh.. kebetulan kan... moga dijauhkan hendaknya dari perkara yang tak baik

    sueshe : mudah2 an macam tu la

    moonchild : nor, akak pun penah ada pengalaman macam tu. tu yg hati ni was2 jugak. risau

    hana : moga ianya sekadar mainan tiudr semata2... minta Allah jauhkan yg tak baik tu

    ReplyDelete
  6. mak ada juga mimpi begitu mmg bangun kepala asyik tertanya saja apakah makna tersurat dan tersirat mimpi itu hehe

    ReplyDelete
  7. mak dara : moga dijauhkan hendaknya khabar yg tidak baik tu... Allah Maha Mengetahui kan. x nak fikirkan sangat tp tu la, asyik tfikir je

    ReplyDelete
  8. nk tnye pasal mimpi gigi patah tu..boleh kongsi x..

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar