Followers

Wednesday, March 6, 2013

hari pertama @ kulim

cerita apa di kampung kali ni. semalam mama lynn sampai dari kulim pukul 5.00 pagi. alhamdulillah perjalanan dari kulim ke shah alam berjalan dengan lancar. memandangkan mama lynn duduk kat couple seat , so sepanjang malam mama lynn menidurkan diri. malas nak bersembang cos yang duduk kat sebelah mama lynn tu lelaki.
 
balik kampung kali ni tak dapat spend masa sangat ngan en suami. almaklum la dapat suami yang sibuk memanjang. mama lynn sampai kulim sabtu lepas jam 4.00++ pagi. mujur la sampai je en suami dah sedia menanti. tak perlu menunggu lama seperti kebiasaan. otw balik sedim dari kulim en suami minta tolong mama lynn gantikan dia untuk hadir ke "himpunan komuniti usahawan TEKUN negeri kedah & perlis" yang akan diadakan di alor star pada pagi tu. ekceli sepatutnya en suami yang kena attend majlis ni ngan mak mertua mama lynn. tetapi memandangkan en suami x cukup tidur, dia minta mama lynn replaced . sayang jugak kalau tak bukak kedai (bengkel motor). huhuhu penat jugak la sepanjang hari sabtu tu.
 
sampai-sampai umah rehat kejap , dekat kul 7.00 pagi tu kena keluar balik. kami ke alor star (tempat perhimpunan berlangsung) dengan menaiki bas persiaran yang pihak penganjur sediakan. kiranya mama lynn terpaksa meninggalkan kereta kat pejabat TEKUN, kulim. penat naik bas x hilang lagi..again kena naik bas lagi. perhimpunan tu berlangsung dalam pukul 9.30 pagi tapi kami tiba lewat. masuk je dewan dah penuh hadirin yang ada. mama lynn dan mak mertua duduk kat belakang je. heheh alasan senang sikit nak keluar. majlis tu lebih kepada penghargaan untuk usahawan kecil yang meminjam dana perniagaan dari TEKUN. mama lynn takde la tahu sangat fungsi TEKUN tapi tahu lah sikit-sikit cuma dalam majlis tu tetap ada unsur politik. sempat jugak mereka berkempen. majlis tu dirasmikan oleh anak tun mahathir, hahaha sangat la gagal bab nak ingat nama menteri ni.
 
abis je himpunan tu sempat la singgah kat pekan rabu kat alor star tu kejap. mama lynn terus call ibunda tanya kalau nak pesan barang. bukan selalu dapat ke pekan rabu. mama lynn belikan kuah rojak mak bee 2 botol untuk ibunda dan sebotol lagi kuah rojak pedas. then tapau dodol durian 3 bungkus (1pack= 500gram). mak mertua pulak sempat shopping sehelai tudung sifon 2 layer, cantik + murah jugak. siap ngan batu baru rm40.00.
 
malam tu memang takde aktiviti + diri sendiri pun penat tak hilang lagi. en suami pulak sibuk ngan aktiviti part time, repair kereta. so memang x dapat nak luangkan masa sangat. abang ipar mama lynn dan keluarga ada balik kejap tapi tak tidur kat sedim pun cos diorang nak balik kampung mak mertua kat kupang, baling. mak mertua pun join sama. mama lynn awal-awal lagi cakap tak nak ikut cos letih sangat.  ingatkan nak tengok drama kat tv3 tapi the end tertidur depan tv, bila terjaga terus sambung tidur kat bilik.
 
cerita di hari kedua kat sedim akan mama lynn kongsikan di entri akan datang. hehe panjang sangat lak nak sambung kat sini. in shaa Allah , ada masa nanti mama lynn bercerita lagi.
 
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. kuah rojak buah tu sedap..tp sayang pedas kan..seribupilihan tak boleh makan pedas..huhu

    ReplyDelete
  2. seribu pilihan : hehe pedas skit2 tu layan la jugak tp klu pedas sgt sy pun tak makan

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar