Followers

Wednesday, March 6, 2013

hari kedua @ kulim

nak sambung lagi cerita balik kampung mama lynn...
pagi ahad aktiviti di rumah je. en suami g kerja lebih kurang pukul 9.00 pagi. memandangkan zahir sekolah, aktiviti nak berjalan perlu ditangguhkan selepas zahir balik sekolah kul 12.00 tgh. sementara nak tunggu zahir, sempat la mama lynn mengemas then memasak untuk juadah tgh. selesai menyiapkan bekalan makanan untuk en suami dan adik ipar, kami (mama lynn, diana dan zura a.k.a mama diana) terus pick up zahir kat sekolah. sebelum ke baling tu singgah kejap kat kedai motor en suami menghantar juadah makan tengahari. 
pada asalnya ,kami takde la plan nak berjalan sakan. cuma mama lynn nak menjemput keluarga di kupang untuk ke majlis perkahwinan adik mama lynn. jemput sendiri ni lebih manis bila dengan keluarga. sampai je kat kupang singgah dulu kat kedai kak yong (cousin en suami). kebetulan abang ipar dan keluarga serta mak mertua pun ada sama kat kedai kak yong. sempat jugak la shopping stok sf beauty, pencuci khusus wanita d'herbs dan jus perawan gold d'herbs. memang rambang mata kalau tengok produk kecantikan ni. rasa macam-macam nak cuba. jus perawan gold  tu saje la mama lynn nak cuba as supplement untuk preggy. kalau ada rezeki ada lah kan. orang kata kena la ada usaha untuk mengandung ni.

lepas shopping mama lynn singgah kejap kat rumah pak long en suami ngan zura, zahir dan diana. sempat jugak lunch kat sana. mak long masak kari ikan kembung + timun, sambal belacan dan ikan goreng. sangat la terangkat dapat makan menu kampung sekali sekala. lepak kat rumah pak long tak lama pun pastu kami ke kedai kak yong balik. sampai kat kedai again teman anak bujang nak makan bihun laksa pulak cos abang ipar, biras ngan mak mertua mama lynn tengah makan laksa kat gerai makan sebelah kedai kak yong. memandangkan kuah laksa agak pedas zahir tak boleh nak habiskan. mama lynn ngan diana pulak yang tolong habiskan. haha makan dan makan.

siap je makan kami semua (2 buah kereta) berkonvoi ke rumah pak cik dan mak cik en suami. masih kat kupang jugak. tak jauh mana dari rumah pak long. sampai kat umah, mak cik sedang sibuk memasak kat dapur. memang hari makan kami. makan dan makan... mahu tak gemuk. kali ni mak cik masak sup sayur, ikan pekasam goreng, sayur peria goreng ngan udang, ulam timun, sambal tempoyak dan ikan masak pindang. mama lynn tak menolong sangat sekadar tolong hidangkan juadah  ngan goreng keropok lekor je la. hehe M besar datang lagi. berselera sangat makan bila dapat menu-menu kampung ni. pakej makan malam sekali kali ni. memang murah rezeki kami hari tu.

lepas makan tu la baru gerak balik ke sedim balik ngan abang ipar. sampai sedim pun dah lewat petang. plan nak singgah ke pasar malam tapi rasa letih sangat so kami pulang ke rumah dulu. malam tu je lah baru dapat spend masa ngan en suami tersayang. kami ke pasar malam di kilang lama, kulim. suami belikan kami masing-masing sehelai tudung. mama lynn kalau dah jumpa yang berkenan tambah lagi 2 helai. sangat murah sebab tu rasa nak membeli je. tudung dengan material yang sama kat shah alam ni dijual dengan harga 2 kali ganda.

balik dari pasar malam terus balik rumah. penat sepanjang hari tak lekat kat rumah. kalau balik sedim memang tak biasa lekat kat rumah, berjalan je kerja kami sekeluarga. tak dapat berjalan jauh, dapat g yang dekat-dekat pun takpe, janji dapat keluar.

p/s : next entri nanti mama lynn ceritakan hari terakhir di sedim. again , berjalan lagi.


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

9 pesanan kasih sayang:

  1. wah...seronok la org tu balik kg jumpe cik abg..

    siap bawak rombongan cik kiah lagi ek..hehe

    ReplyDelete
  2. hehe rombongan cik kiah la sangat nor.. x dpt kuar ngan suami ngan family suami pun ok.. da jd keluarga ni mmg mcm ni la gayanya. suami sibuk pun isteri boleh je berjalan ngan adik bradik dia.

    ReplyDelete
  3. haha terliur dah ni baca nama2 mknan yg tak terkata sedapnya hahak! sat na nak pi makan haha

    ReplyDelete
  4. yep..betul tu..mula2 kawin segan la konon, asyik la nk melekat kt hubby.takut sgt kena tinggal..dah lelame kawin, eh x perasan pun hubby takde sebab bz borak dgn adik2 dia..haha

    ReplyDelete
  5. cik arina : hahah boleh plak terus je lapar. kan.. sekali sekala dapat makan macam ni memang bertambah2 nasi. sangat berselera makan klu blk kg.

    nor : tau xpe. macam akan ni ha, en suami kerja pun boleh lak plan berjalan ngan family dia. en suami xde pun nak jugak berjalan. hehehe dah serasi ...

    ReplyDelete
  6. sedapnya menjamu selera..lauk kampung memang sedap..terliur..hoho..:-)

    ReplyDelete
  7. waa bestnyer balik kampung...dah lama rasenyer tak balik kg...bila baca entry teringat kampung saya...

    ReplyDelete
  8. seribu pilihan : mmg sgt sedap... hehe sesekali makan macam ni mmg layan

    emma hasnah : ikan pekasam mmg sangat sedap, dapat lak makan ngan nasi panas2

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar