Followers

Friday, March 22, 2013

adik-adik mama lynn eksiden

kadang-kadang kita tak dapat nak jangka apa yang akan berlaku dalam hidup kita. begitu juga bila ia melibatkan kemalangan. kemalangan tidak berbau, kalau lah kita dapat menjangkanya sudah tentulah kita akan lebih berhati-hati. baru-baru ni (selasa lepas), 2 orang adik mama lynn terlibat dalam kemalangan motosikal di laluan motor federal highway selepas tol batu 3. kiranya setentang dengan shopping complex EMPIRE, subang sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja.
 
mujur juga keduanya tidak mengalami kecedaraan yang teruk. si abang calar di punggung (mama lynn tak tengok pulak besar mana). adiknya pulak luka di kening, pipi dan calar di kaki yang agak besar. mama lynn sendiri rasa ngeri pandang luka kat kaki adik perempuan mama lynn.
 
apa yang adik mama lynn ceritakan kemalangan tu berpunca daripada adik mama lynn yang nak elak dari motor yang memotong. entah macam mana dia hilang kawalan motor di kawasan berlumut. mungkin keadaan jalan yang agak licin menyebabkan dia tak mampu mengawal motor dengan baik. adik perempuan mama lynn terus terjatuh dalam keadaan meniarap manakala abangnya terlajak ke depan dengan motor.
 
alhamdulillah keduanya tidaklah mengalami kecedaraan yang teruk cuma adik perempuan mama lynn masih tidak dapat berjalan dengan stabil. doakan adik perempuan mama lynn cepat sembuh eh. abangnya alhamdulillah sihat dah.. tapi still dalam MC.

 




p/s : entri pengubat rindu blogging. in shaa Allah akan mula merajinkan diri blogging lepas ni. alhamdulillah semua masalah mama lynn dah selesai. tq ALLAH permudahkan hidup ni.


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

5 pesanan kasih sayang:

  1. YA Allah...kesian nya.. nasib baik takde apa2..
    mudah2an adik2 Mama Lyn cepat sembuh ya..take care both of them..

    ReplyDelete
  2. UHHHH... saketnye nye... mudah2an cepat sembuh

    ReplyDelete
  3. thanks atie, tu la mujur keduanya takde mengalami kecederaan teruk. harap adik2 mama lynn cepat sembuh

    ReplyDelete
  4. intan berlian : ina, da nak masuk seminggu tp keadaan kesihatan dia masih x ok sangat.. duk mengeluh sakit je.. tgk keadaan pun tahu pedihnya tahan sakit tu

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar