Followers

Wednesday, March 27, 2013

wordless wednesday 44



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, March 26, 2013

mimpi banjir & gigi bawah patah

mama lynn terasa hari ni bagai disentap bila asyik memikirkan tentang mimpi yang mama lynn alami malam tadi. mama lynn pun tak perasan pukul berapa mama lynn bermimpi, sedar-sedar da dekat pukul 5.00 pagi.
mama lynn bermimpi yang mama lynn mengikuti rombongan ke singapura (sakan la boleh lak mimpi, teringin sangat nak ke USS la kot). mula-mula rombongan kami ingin ke sana menaiki bas tetapi terpaksa bertukar kenderaan di saat akhir. so kami ke sana dengan menaiki van.
di dalam perjalanan ke singapura, boleh pulak banjir di jambatan yang menghubungkan singapura - malaysia. apa pun perjalanan masih dapat diteruskan.
mama lynn tidak dapat mengingati secara jelas apa yang mama lynn lakukan di sana. tapi dalam mimpi tu mama lynn terasa yang gigi bawah mama lynn bergoyang. bila pegang then goyang-goyang sikit terus tercabut (patah). sempat dalam mimpi tu mama lynn perhatikan bentuk gigi tersebut. apa yang berlaku lepas tu mama lynn dah tak ingat.
bila tersedar dari tidur terasa tersentak sangat. ambil masa jugak then baru mama lynn ludah ke kiri. bila dah terdedah dengan tafsir mimpi gigi patah rasa hati ni berdebar pulak.
mama lynn terus cari kat internet tafsir mimpi berkenaan banjir dan gigi bawah patah seperti kat bawah ni. mungkin juga mimpi tersebut mainan tidur semata-mata. tak mahu terlalu memikirkannya. moga Allah SWT jauhkan keluarga mama lynn daripada perkara-perkara buruk. amin.

Banjir : Jika anda bermimpi sedang mengamat-amati banjir bertanda anda akan dikaruniai rezeki. Tapi bila anda ditimpa banjir, alamat buruk karena akan kekurangan. Mimpi rumah anda kebanjiran bersirat anda akan capek hati (kesal, dongkol, emosi jiwa)
"Kalau mimpi patah gigi belah atas, maknanya ada orang atas kita yang terdekat akan meninggal dunia. Kalau mimpi patah gigi belah bawah, maknanya ada orang bawah kita yang terdekat akan meninggal dunia."

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, March 25, 2013

rezeki berganda di hari gaji

alhamdulillah hari ni hari gaji untuk seluruh kakitangan awam. lega sangat-sangat bila tiba hari gaji ni. berganda lega bila di hari gaji ni ada lagi rezeki lain yang mama lynn dapat.

semalam mama lynn baru prasan yang ada surat daripada koperasi seberguna pekerja-pekerja malaysia berhad (koperasi pekerja) . untuk makluman mama lynn pernah jadi ahli koperasi ni masa buat pinjaman peribadi 3-4 tahun yang lepas. koperasi pekerja ni hantar surat peringatan kedua bagi tujuan penghantaran surat berhenti menjadi ahli. turut dimaklumkan dalam surat tu caruman terkumpul sehingga januari 2013. xde la banyak mana pun, rm305.00. kalau yuran ahli ditolak lagi dari gaji mama lynn bulan ni bertambah la amaun yang mama lynn akan dapat balik. so pagi-pagi tadi mama lynn terus buat pos laju surat berhenti keahlian bersama salinan kad pengenalan. cepat diorang terima cepat la mama lynn dapat balik duit mama lynn tu.
 
iklan kejap.... jom cari mama lynn dalam gambar kat bawah ni. meriah kan bila berkumpul macam ni.
 
*
 
**
***
a part of Hj Mahmud family members (gambar kenangan pada 10.3.2013 lepas)

semalam ada jugak terima surat dari ambank. baru pagi ni mama lynn sempat buka, hehe sekali ada cek (lupa lak nak snap gambar). dalam surat dari ambank tu dimaklumkan bahawa yang cek tu merupakan lebihan potongan & lebihan pembayaran loan mama lynn sebelum ni. hujung tahun lepas mama lynn ada buat overlapping, so baru sekarang diorang return duit tu. even amaunnya hanya rm135.17, tetap bersyukur. ada jugak la rezeki yang masuk.
 
bertambah bersyukur bila bulan ni merupakan bulan pertama potongan kwsp tiada lagi dalam slip gaji. secara rasminya pada 1 mac 2013 mama lynn memasuki skim pencen. walaupun gaji bersih mama lynn tidaklah sebesar mana sekurang-kurangnya dapat la jugak mama lynn buat bajet yang lebih seimbang setiap bulan. doakan mama lynn dapat menyimpan sikit tahun ni. kalau tahun lepas memang x nampak hasil, biarlah tahun ni dapat menyimpan sikit. in shaa Allah.
 
alhamdulillah... tq Allah untuk segala nikmat yang telah Kau berikan. mama lynn anggap rezeki berganda bulan ni adalah rahmat daripada dugaan yang mama lynn lalui sebelum ni. ALHAMDULILLAH rasa kehidupan ni semakin dipermudahkan.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, March 22, 2013

perhimpunan datuk bandar kali ketiga tahun 2013

selasa lepas 19 mac 2013 (tarikh sama adik mama lynn eksiden), jabatan kejuruteraan telah menjadi hos bagi majlis perhimpunan datuk bandar. ini adalah kali pertama mama lynn terlibat dalam menjadi hos perhimpunan datuk bandar bersama datuk bandar sepanjang ditempatkan di jabatan kejuruteraan. pengalaman pertama bersama pasukan koir jabatan. malunya bila kena berdiri dan menyanyi kat atas pentas sementara kakitangan lain memandang dari bawah. tapi tu semua pengalaman yang manis jugak buat diri ni + kami hanya menyanyikan lagu-lagu patriotik seperti lagu negeri selangor, negaraku, shah alam dan warisan (nyanyian asal arwah sudirman).
 
untuk kelihatan seragam pihak jabatan kejuruteraan telah membuat pembelian tudung yang sama untuk digunakan dalam majlis tersebut. memandangkan mama lynn tak pakai tudung ala-ala fareeda tu, mama lynn bersama 5-6 orang staff lain diberikan tudung seragam yang lain. cantik jugak siap dengan sulam.
 
kat bawah ni adalah diantara gambar-gambar yang mama lynn dapat kongsikan sepanjang majlis perhimpunan datuk bandar tersebut. untuk gambar yang lebih jelas bolehlah zoom out gambar-gambar tu. itulah baju korporat mama lynn dari hari isnin sehingga hari rabu.
 
 











♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

adik-adik mama lynn eksiden

kadang-kadang kita tak dapat nak jangka apa yang akan berlaku dalam hidup kita. begitu juga bila ia melibatkan kemalangan. kemalangan tidak berbau, kalau lah kita dapat menjangkanya sudah tentulah kita akan lebih berhati-hati. baru-baru ni (selasa lepas), 2 orang adik mama lynn terlibat dalam kemalangan motosikal di laluan motor federal highway selepas tol batu 3. kiranya setentang dengan shopping complex EMPIRE, subang sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja.
 
mujur juga keduanya tidak mengalami kecedaraan yang teruk. si abang calar di punggung (mama lynn tak tengok pulak besar mana). adiknya pulak luka di kening, pipi dan calar di kaki yang agak besar. mama lynn sendiri rasa ngeri pandang luka kat kaki adik perempuan mama lynn.
 
apa yang adik mama lynn ceritakan kemalangan tu berpunca daripada adik mama lynn yang nak elak dari motor yang memotong. entah macam mana dia hilang kawalan motor di kawasan berlumut. mungkin keadaan jalan yang agak licin menyebabkan dia tak mampu mengawal motor dengan baik. adik perempuan mama lynn terus terjatuh dalam keadaan meniarap manakala abangnya terlajak ke depan dengan motor.
 
alhamdulillah keduanya tidaklah mengalami kecedaraan yang teruk cuma adik perempuan mama lynn masih tidak dapat berjalan dengan stabil. doakan adik perempuan mama lynn cepat sembuh eh. abangnya alhamdulillah sihat dah.. tapi still dalam MC.

 




p/s : entri pengubat rindu blogging. in shaa Allah akan mula merajinkan diri blogging lepas ni. alhamdulillah semua masalah mama lynn dah selesai. tq ALLAH permudahkan hidup ni.


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, March 14, 2013

rindu nak blogging

asal lama tak blogging mula lah gelisah. nak gak ada entri. memandangkan sepanjang seminggu lebih ni banyak sangat dugaan yang datang , mama lynn sampai tak berkesempatan nak menulis apa-apa entri. sepanjang tempoh takde entri ni banyak sangat persoalan yang ada dalam benak hati ni.. masalah apakah itu ? biarkanlah mama lynn selesaikan setiap masalah tu satu persatu dahulu.
 
nak taip keyboard ni pun agak teragak-agak jugak. takpelah, untuk mengubat kerinduan teman-teman blogger mama lynn nak share sikit gambar masa majlis sambut menantu kat rumah ibunda mama lynn last week. malas nak cerita banyak-banyak. selesai semua masalah nanti baru ada mood nak blogging. doakan yang terbaik untuk diri ni.
 
 *
 
**
 
***
 

 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, March 6, 2013

hari kedua @ kulim

nak sambung lagi cerita balik kampung mama lynn...
pagi ahad aktiviti di rumah je. en suami g kerja lebih kurang pukul 9.00 pagi. memandangkan zahir sekolah, aktiviti nak berjalan perlu ditangguhkan selepas zahir balik sekolah kul 12.00 tgh. sementara nak tunggu zahir, sempat la mama lynn mengemas then memasak untuk juadah tgh. selesai menyiapkan bekalan makanan untuk en suami dan adik ipar, kami (mama lynn, diana dan zura a.k.a mama diana) terus pick up zahir kat sekolah. sebelum ke baling tu singgah kejap kat kedai motor en suami menghantar juadah makan tengahari. 
pada asalnya ,kami takde la plan nak berjalan sakan. cuma mama lynn nak menjemput keluarga di kupang untuk ke majlis perkahwinan adik mama lynn. jemput sendiri ni lebih manis bila dengan keluarga. sampai je kat kupang singgah dulu kat kedai kak yong (cousin en suami). kebetulan abang ipar dan keluarga serta mak mertua pun ada sama kat kedai kak yong. sempat jugak la shopping stok sf beauty, pencuci khusus wanita d'herbs dan jus perawan gold d'herbs. memang rambang mata kalau tengok produk kecantikan ni. rasa macam-macam nak cuba. jus perawan gold  tu saje la mama lynn nak cuba as supplement untuk preggy. kalau ada rezeki ada lah kan. orang kata kena la ada usaha untuk mengandung ni.

lepas shopping mama lynn singgah kejap kat rumah pak long en suami ngan zura, zahir dan diana. sempat jugak lunch kat sana. mak long masak kari ikan kembung + timun, sambal belacan dan ikan goreng. sangat la terangkat dapat makan menu kampung sekali sekala. lepak kat rumah pak long tak lama pun pastu kami ke kedai kak yong balik. sampai kat kedai again teman anak bujang nak makan bihun laksa pulak cos abang ipar, biras ngan mak mertua mama lynn tengah makan laksa kat gerai makan sebelah kedai kak yong. memandangkan kuah laksa agak pedas zahir tak boleh nak habiskan. mama lynn ngan diana pulak yang tolong habiskan. haha makan dan makan.

siap je makan kami semua (2 buah kereta) berkonvoi ke rumah pak cik dan mak cik en suami. masih kat kupang jugak. tak jauh mana dari rumah pak long. sampai kat umah, mak cik sedang sibuk memasak kat dapur. memang hari makan kami. makan dan makan... mahu tak gemuk. kali ni mak cik masak sup sayur, ikan pekasam goreng, sayur peria goreng ngan udang, ulam timun, sambal tempoyak dan ikan masak pindang. mama lynn tak menolong sangat sekadar tolong hidangkan juadah  ngan goreng keropok lekor je la. hehe M besar datang lagi. berselera sangat makan bila dapat menu-menu kampung ni. pakej makan malam sekali kali ni. memang murah rezeki kami hari tu.

lepas makan tu la baru gerak balik ke sedim balik ngan abang ipar. sampai sedim pun dah lewat petang. plan nak singgah ke pasar malam tapi rasa letih sangat so kami pulang ke rumah dulu. malam tu je lah baru dapat spend masa ngan en suami tersayang. kami ke pasar malam di kilang lama, kulim. suami belikan kami masing-masing sehelai tudung. mama lynn kalau dah jumpa yang berkenan tambah lagi 2 helai. sangat murah sebab tu rasa nak membeli je. tudung dengan material yang sama kat shah alam ni dijual dengan harga 2 kali ganda.

balik dari pasar malam terus balik rumah. penat sepanjang hari tak lekat kat rumah. kalau balik sedim memang tak biasa lekat kat rumah, berjalan je kerja kami sekeluarga. tak dapat berjalan jauh, dapat g yang dekat-dekat pun takpe, janji dapat keluar.

p/s : next entri nanti mama lynn ceritakan hari terakhir di sedim. again , berjalan lagi.


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Jemputan Majlis Perkahwinan Adik Mama Lynn

 
jemputan ke majlis perkahwinan adik lelaki mama lynn , AHMAD FAIRUZ BIN KAMARULZAMAN & ROZALIYA BT AB OTHMAN pada masa dan tarikh seperti berikut :

tarikh : 10 mac 2013 (ahad)
tempat : no 19, jalan kerayong 8, taman sri kerayong, 42200 kapar,klang , selangor.
jamuan makan : 11.00 pagi hingga 4.00 petang

p/s : moga dengan kehadiran tuan/puan dapat menyerikan lagi majlis perkahwinan tersebut. in shaa Allah.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

hari pertama @ kulim

cerita apa di kampung kali ni. semalam mama lynn sampai dari kulim pukul 5.00 pagi. alhamdulillah perjalanan dari kulim ke shah alam berjalan dengan lancar. memandangkan mama lynn duduk kat couple seat , so sepanjang malam mama lynn menidurkan diri. malas nak bersembang cos yang duduk kat sebelah mama lynn tu lelaki.
 
balik kampung kali ni tak dapat spend masa sangat ngan en suami. almaklum la dapat suami yang sibuk memanjang. mama lynn sampai kulim sabtu lepas jam 4.00++ pagi. mujur la sampai je en suami dah sedia menanti. tak perlu menunggu lama seperti kebiasaan. otw balik sedim dari kulim en suami minta tolong mama lynn gantikan dia untuk hadir ke "himpunan komuniti usahawan TEKUN negeri kedah & perlis" yang akan diadakan di alor star pada pagi tu. ekceli sepatutnya en suami yang kena attend majlis ni ngan mak mertua mama lynn. tetapi memandangkan en suami x cukup tidur, dia minta mama lynn replaced . sayang jugak kalau tak bukak kedai (bengkel motor). huhuhu penat jugak la sepanjang hari sabtu tu.
 
sampai-sampai umah rehat kejap , dekat kul 7.00 pagi tu kena keluar balik. kami ke alor star (tempat perhimpunan berlangsung) dengan menaiki bas persiaran yang pihak penganjur sediakan. kiranya mama lynn terpaksa meninggalkan kereta kat pejabat TEKUN, kulim. penat naik bas x hilang lagi..again kena naik bas lagi. perhimpunan tu berlangsung dalam pukul 9.30 pagi tapi kami tiba lewat. masuk je dewan dah penuh hadirin yang ada. mama lynn dan mak mertua duduk kat belakang je. heheh alasan senang sikit nak keluar. majlis tu lebih kepada penghargaan untuk usahawan kecil yang meminjam dana perniagaan dari TEKUN. mama lynn takde la tahu sangat fungsi TEKUN tapi tahu lah sikit-sikit cuma dalam majlis tu tetap ada unsur politik. sempat jugak mereka berkempen. majlis tu dirasmikan oleh anak tun mahathir, hahaha sangat la gagal bab nak ingat nama menteri ni.
 
abis je himpunan tu sempat la singgah kat pekan rabu kat alor star tu kejap. mama lynn terus call ibunda tanya kalau nak pesan barang. bukan selalu dapat ke pekan rabu. mama lynn belikan kuah rojak mak bee 2 botol untuk ibunda dan sebotol lagi kuah rojak pedas. then tapau dodol durian 3 bungkus (1pack= 500gram). mak mertua pulak sempat shopping sehelai tudung sifon 2 layer, cantik + murah jugak. siap ngan batu baru rm40.00.
 
malam tu memang takde aktiviti + diri sendiri pun penat tak hilang lagi. en suami pulak sibuk ngan aktiviti part time, repair kereta. so memang x dapat nak luangkan masa sangat. abang ipar mama lynn dan keluarga ada balik kejap tapi tak tidur kat sedim pun cos diorang nak balik kampung mak mertua kat kupang, baling. mak mertua pun join sama. mama lynn awal-awal lagi cakap tak nak ikut cos letih sangat.  ingatkan nak tengok drama kat tv3 tapi the end tertidur depan tv, bila terjaga terus sambung tidur kat bilik.
 
cerita di hari kedua kat sedim akan mama lynn kongsikan di entri akan datang. hehe panjang sangat lak nak sambung kat sini. in shaa Allah , ada masa nanti mama lynn bercerita lagi.
 
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, March 5, 2013

Doa Pembatal Sihir



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, March 1, 2013

cik T datang lagi

again.... cik T datang tanpa dijangka. haha sangat la sempoi dengan apa yang terjadi 2 hari lepas. tak tahu la cerita mama lynn ni logik atau tak. jangan gelak tau tapi itulah realiti tentang cik T yang kita tak tahu.
 
nak jadi cerita mama lynn kan pakai sabun pencuci muka sf beauty. siapa tak kenal produk tu ley la singgah baca entri sf beauty yang pernah mama lynn share dulu. bila guna sabun muka paham-paham la kan kena potong kecil-kecil. mama lynn letak sabun yang dah dipotong tu kat atas rak letak berus gigi yang bercermin tu. senang nak guna kalau letak kat situ. cermin tu mama lynn gantung betul-betul kat sinki.
 
ada satu hari tu mama lynn bangun pagi nak mandi g kerja. tengok kat cermin tu sabun muka mama lynn hilang. ingatkan jatuh kat bawah sinki, so jenuh jugak la mencari. bila da tak jumpa tu, mama lynn potong lagi sikit sabun tu. kali ni mama lynn letak plak kat atas tutup tupperwear , kat sinki jugak. mama lynn takut kejadian sama berulang so mama lynn letak la tempat yang tersorok sikit. again... bagun pagi esoknya tengok sabun tu hilang.
 
mama lynn percaya tu kerja cik T. takkan la cicak yang bawak lari kot. rugi la jugak bila 2x kena kejadian yang sama. nak marah memang tak boleh. dah la haritu mama lynn agak saspen bila banyak kejadian aneh kat umah mama lynn tu. ingatkan ada HANTU rupanya kerja cik T.
 
cik T moden ingat sabun muka tu chesse kot. takpelah mungkin da bukan rezeki mama lynn. kali ni mama lynn letak sabun muka dalam tupperwear bertutup pulak. moga tak la hilang lagi. cik T dah pandai melawa. kelakar kan....

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

kawan sejati


p/s : kawan suka dan duka.. terima kasih buat sahabat yang sentiasa setia bersama diriku tatkala suka dan duka. terima kasih kerana sudi bersama diriku tatkala diri ini memerlukan. kasih sayang ketat-ketat buat kamu semua.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

nak balik kulim



 
 
ambil mood kejap. semangat berkobar-kobar nak balik kampung malam ni. alhamdulillah semalam da pack baju . tinggal nak masukkan sehelai 2 je tshirt lagi. semangat nak balik jumpa anak-anak. bapak budak jangan ditanya, comfirmla semangat jugak. rindu sangat kat en suami tercinta.
 
mama lynn seperti biasa akan ambil bas kul 10.00 malam. era mesra je pilihan hati ni kalau balik kulim. sangat semangat nak sambut birthday mak mertua yang ke 56 tahun. huhuhu ni pun tak belikan hadiah lagi. plan nak cari tudung je untuk mak. ekceli birthday mak mertua jatuh pada 26 februari lepas. tak boleh nak happy sangat cos tarikh yang sama last year mama lynn kehilangan arwah bapa mertua. al-fatihah untuk arwah ayah, abu bakar bin mat piah.
 
p/s : jumpa next week untuk lebih cerita tentang kg sungai buluh ,sedim.


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

kawan yang baik dan kawan yang tidak baik

sharing is caring, pepagi ni saje singgah kat fb Himpunan Doa Harian  & Doa Dalam Islam. di sini banyak sangat perkongsian yang dapat memberi panduan dan manfaat buat kita semua dalam kehidupan kita sehari-hari.  sekurang-kurangnya sedikit manfaat itu dapat kita amalkan dalam hidup. in shaa Allah.
 
pagi ni mama lynn nak share tentang bagaimana Imam al-Ghazali  menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik. mungkin dengan penerangan ini dapat kita jadikan panduan dalam memilih kawan.

Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..

Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

"8 PINTU MURAH REZEKI"

"8 PINTU MURAH REZEKI" ialah:

1. Jangan Derhaka dengan Ibu Bapa.
2. Jangan Bergaduh dengan Saudara Mara.
3. “Tidak akan papa kedana orang yang pergi menunaikan haji..”
4. Sentiasa sembahyang sunat Dhuha.
5. Jangan tidur selepas solat subuh.
6. Selalu baca doa Al-Waqiah.
7. Rezeki ada dalam perkahwinan.
8. Rezeki ada pada anak “Semasa bayi itu lahir, 4 perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya.

Wallahualam.


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar