Followers

Thursday, February 21, 2013

saspen je cik T ni

saspen je nak cerita. ingat nak tulis entri ni semalam tapi M besar datang menyinggah. alkisah lately ni banyak la kejadian aneh kat teratak kecil mama lynn tu. sampai dalam hati ni terdetik ada penunggu lainkah kat rumah tu? boleh pulak mama lynn fikir sampai macam tu kan.
 
mama lynn kalau kat dapur hang plastik sampah kat pintu dapur. mesin basuh kat umah mama lynn tu pulak takde tempat yang lebih praktikal untuk mama lynn letak , so memang selalu la berubah tempat. mama lynn sengaja la letak betul2 kat pintu dapur, ni pun sebagai langkah-langkah keselamatan. ada 2x terjadi dalam minggu lepas sampah (pembungkus maggi) duk atas mesin basuh. padahal rasanya mama lynn takde la pulak keluarkan sampah tu. bila kejadian tu berulang rasa saspen la pulak, duk fikir hal-hal mistik la pulak.
 
mahu x rasa mistik, kebetulan kat bawah pintu dapur tu ada lubang. mama lynn akan sumbat ngan kain. yang peliknya kain tu boleh lak tertolak , so lubang tu terbukak la kan. mama lynn ni punya la berdebar tak terkira. sabar..... tetap nak fikir positif.
 
nak jadikan cerita semalam mama lynn nak lipat kain baju. mama lynn kalau sidai baju memang dalam rumah. pelik sangat sehelai blouse labuh mama lynn kena gigit kat bahu, kiranya berlubang la baju tu. ingatkan blouse je kena, sehelai skirt kembang mama lynn pun kena gigit jugak kat bahagian pinggang. isshh sape punya angkara ni. padahal mama lynn hang kat batang besi tu.
 
try la tanya jiran mustahil tak cik T boleh panjat kat besi tu ? dia kata "boleh la kak". aduuhh sah la rumah mama lynn kena masuk dek tikus. sedangkan tikus boleh gali lubang, apetah lagi kerja-kerja macam ni.
 
orang kata kita tak boleh nak marah kat cik T ni. urmmm sabar eh, tak mahulah merungut karang lain pulak jadinya. tak nampak takpe, jangan nampak depan mata dah. karang tak boleh tidur malam lak. hahaha bunyi orang takut tikus kan.saspen je cik T ni. mama lynn ni punya la berdebar macam ada "something else" yang datang mengganggu.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

5 pesanan kasih sayang:

  1. cik T..telinga dia terlalu peka tau mamalynn..kena jaga betoi2 2. 2 cik T yg terlepas dlm cter ratotulie kot mama ^_^

    ReplyDelete
  2. selipar putih : hahaha mmg kena jaga. takut jugak la klu cik T ada niat lain

    ReplyDelete
  3. euwww,geli qilah tak boleh nampak kompem lari pecut marathon tiba2 kang..hihi...geli kot lagipun orang cakap kencing cik T ni bahaya tau..sangat bahaya Kak Lynn..-_-

    ReplyDelete
  4. skrg mumme sdg berperang dgn cicak2 di rumah...menjadi2 dia skrg ni...

    ReplyDelete
  5. illa aqilah : hehehe mahu x lari.. geli kan

    mumme : sama je mumme.. byk gak cicak kat umah.. hehe jenuh nak bersihkan sisa kumbahan dia

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar